Tuesday, April 30, 2013

Tentera Al Fateh, Penakluk Konstatinople -Tentera Yang Baik Yang Bagaimana

image source: www.travelust.org
Masjid Hagia Sophia kini ditukarkan
menjadi museum.
Nabi saw bersabda: "Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Islam. Pemerintah ketika itu sebaik- baik pemerintah dan tenteranya sebaik- baik tentera."(Riwayat Ahmad)


Sultan Muhammad mengarahkan 250 000 tentera Turki menjalani latihan di Pulau Magnesia. Mereka adalah tentera pilihan terbaik daripada kalangan tentera Turki. Sultan Muhammad menetapkan syarat pemilihan hanya mereka yang taat kepada ajaran agama sahaja yang dipilih. 

" Sepanjang menjalani latihan, tentera kita hendaklah menjaga akhlak dan tingkah laku. Tidak dibenarkan sesiapapun mengganggu penduduk di pulau ini. Malah tanaman atau buah- buahan mereka juga jangan diambil melainkan dengan kebenaran tuannnya," pesan Sultan Muhammad al Fateh.

Sultan Muhammad berasa gembira kerana tenteranya menjalani latihan dengan penuh bersemangat. Apabila masuk waktu sembahyang, mereka sembahyang berjemaah. Sultan Muhammad menjadi imamnya. Semangat jihad meresap ke dalam jiwa mereka melalui ceramah agama yang diberikan. Dengan ini tentera Turki menjadi kuat jasmani dan rohaninya.

"Tentera kita bagai singa pada siang hari dan menjadi abid pada waktu malam," puji Khali Pasya, seorang panglima.

"Walaupun ramai yang berpuasa sunat pada siang hari tetapi mereka begitu kuat dan tangkas ketika menjalani latihan ketenteraan," kata Panglima Tharhan.

"Setiap malam saya meninjau ke dalam khemah dan lebih ramai yang berjaga malam darioada tidur," puji Sheikh Syamsuddin al Wali.

Begitulah sikap dan ibadah tentera Al Fateh semasa bersiap siaga untuk menakluk kota Konstatinople. Dengan adanya tentera sedemikian, Allah telah membantu Muhammmad Al Fateh untuk menakluk Kota Konstatinople seperti yang disebutkan oleh Rasulullah.

Sumber: Muhammad Al Fateh- Penakluk Konstatinopel- Abd Latip Talib

No comments:

Post a Comment

Popular Posts