Image source-couleeregionbootcamps.com |
Sejak 30 tahun lalu , para pengkaji membuat penelitian tentang kaitan antara jantung dan otak.
Mereka mendapati jantung berperanan dalam memahami perubahan persekitaran dan mampu memberi kesan bagi setiap aktiviti pada otak.
Sebab itulah ia di gelar oleh pakar saraf dan jantung sebagai otak kelima (otak pertama hingga keempat terletak di otak).
Kajian mereka mendapati 60- 65 peratus komposisi jantung ialah sel- sel saraf seperti otak, bukannya otot - otot.
Prof Gary Swatchz dan Prof Linda Russek, pakar psikiatri di University Arizona merumuskan bahawa jantung mempunyai satu kuasa isitmewa yang boleh menyimpan dan memproses sesuatu maklumat. Maka daya ingatan bukan sahaja disimpan oleh otak tetapi turut disimpan oleh jantung. Satu kajian ke atas 300 pesakit yang telah menjalani pemindahan jantung menunjukkan hasil yang agak mengejutkan kerana didapati semua pesakit mengalami perubahan emosi dan psikologi selepas menerima jantung baru.
Al Quran telah menyebut mengenai jantung sebanyak 110 kali. Bahkan ia menjelaskan mengenai kemampuan hati untuk berfikir seperti firman Nya yang bermaksud:" Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati(jantung) yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati di dalam dada.
Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya: " Di dalam badan terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. Ia adalah hati(jantung).- ( Muttafaq'alaih)
Sumber- Dr Farhan Hadi Mohd Taib- Solusi isu 40
No comments:
Post a Comment