Showing posts with label komunikasi. Show all posts
Showing posts with label komunikasi. Show all posts

Tuesday, June 9, 2015

Perlukah Belajar Berkomunikasi Dalam Bahasa Inggeris?

"Yep, they call me Mat Saleh, and ya orang Putih!" ujar seorang kenalan anakku sewaktu kami makan tengahari bersama. Sebenarnya ketika itu kami dalam pengembaraan selama 3 minggu di negeri 'mat saleh' ini. Kenalan anakku ini sebenarnya pernah berkhidmat di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Ia tahu berbahasa Malaysia. Malah dia pernah berkhidmat di salah sebuah negara Arab. Oleh itu dia juga memahami bahasa Arab!

Dalam pengembaraan ini kami bepeluang bersua dan berkomunikasi dalam bahasa 'orang putih' ini samada dalam keadaan terpaksa (hendak bertanyakan sesuatu) atau tidak (sekadar perbualan). Semuanya perlu diucapkan dalam bahasa Inggeris. Jika tidak, kami seperti ayam bercakap dengan itik atau  hanya menggunakan 'sign language'!

Kami juga harus berbicara dalam bahasa Inggeris dengan umat Islam di sana juga. Tak kiralah samada imam atau makmum di Islamic Center ataupun di kedai menjual barangan halal! Biasanya ketika inilah kita tahu sejauh mana santainya kita berbicara. Saya sendiri agak kekok pada mulanya untuk berbicara dalam bahasa Inggeris tapi dalam keadaan terpaksa, sememangnya kita perlu membuka mulut dan berinteraksi!

Dalam kelas English Communication, biasanya kita boleh mewujudkan keadaan terpaksa ini walaupun hanya sebentar. Yang penting wujudkan situasi, letakkan poster yang menggambarkan keadaaan di negara 'orang putih' ini untuk menambahkan setting yang agak realistik. Seelok-eloknya ia adalah gambar pemandangan samada  di bandar atau di kawasan tempat perlancongan. Awas! jangan ada poster yang menghairahkan atau menggambarkan sesuatu yang lucah. Setiap apa yang kita ajar atau mesti berlandaskan agama agar ia dijadikan satu ibadah.

Zaman mengajar bagi saya sudah lama berlalu. Tenaga yang semakin berkurangan  dan penyakit yang dialami menyebabkan saya tak mampu untuk meneruskan usaha saya dalam mengendalikan kelas sebegini. Atas sebab-sebab inilah saya perturunkan ilmu  dan tips yang saya ada ini kepada umum agar kelas yang dikendalikan tidak 'boring'.

Harapan saya  generasi yang seterusnya meneruskan usaha saya agar kelas bahasa bukannya satu kelas yang membosankan namun boleh menarik pelajar-pelajar mengetahui lebih banyak tentang Islam.
Ilmu duniawi dapat ilmu akhirat juga dapat.  Selitkan walaupun sebentar sedikit ilmu aqidah, fiqah akhlak dan seerah setiap kali anda mengendalikan kelas anda. InsyaaAllah segala usaha anda akan mendapat ganjarannya.

Selamat mencuba!

Friday, April 10, 2015

Perlukah Kita Belajar Berkomunikasi Dalam Bahasa Asing?


Duar(Oman)= roundabout
Suatu ketika di sebuah lapangan terbang di Amerika Syarikat saya pernah bertanya pada seorang pekerja di mana harus saya tunggu untuk menaiki shuttle ke sebuah motel. Motel tersebut ialah Super 8. ' "Hi, I'm waiting for the Super 8 shuttle. Do you know where do I have to wait?"  Pekerja berkulit htam itu termenung seketika. "Say it again? " tanyanya. Berkali-kali aku menyatakannya akhirnya barulah dia faham. Rupa-rupanya intonasi bagi Super 8 itu ditekankan bahagian 'Su' bukannya bahagian 'eight'!

Cuba kita perhatikan bagaimana kanak-kanak kecil yang cepat belajar apa-apa bahasa sekali pun bila mereka pergi ke luar negara. Tak kiralah samada negara di Timur Tengah, negara Asia yang lain mahupun negara Barat. Kanak-kanak yang yang belum pandai membaca dan menulis kebanyakannya terpaksa belajar berkomunikasi semata-mata kerana hendak berkawan. Dan mereka belajar hanya dengan kaedah mendengar dan bercakap terlebih dahulu. Dan intonasi atau bahagian-bahagian perkataan yang mereka tekankan biasanya sama dengan orang tempatan di sana bertutur.

Bedankt(dutch Pella)= Come again
Saya pernah bermalam di rumah seorang keturunan Arab yang belajar di US suatu ketika dahulu. Ketika kami bersembang dalam bahasa Inggeris, anaknya yang berumur lima tahun kerap kali membetulkan sebutan ibunya. Di manakah dia mempelajari sebutan tersebut? Mestilah daripada kawan-kawannya.

Biasanya setiap guru yang mengajar bahasa akan faham bahawa untuk belajar satu-satu bahasa mesti melalui beberapa peringkat. Peringkat- peringkatnya ialah mendengar,kemudian bertutur, seterusnya membaca dan akhirnya barulah menulis.Dua peringkat yang paling awal ialah mendengar dan bertutur. Intonasi, 'pronunciation'(cara sebutan), 'pause'(tempat berhenti) merupakan antara teknik yang perlu dipelajari bila seseorang mempelajari berkomunikasi satu-satu bahasa selain daripada memahami maksud satu-satu perkataan.

Malangnya peringkat ini jarang dapat ditekankan oleh guru di sekolah kerana kesuntukan masa. Kesannya ramai pelajar yang lemah satu-satu bahasa akan terus memencilkan diri dan lemah dalam bahasa tersebut.

Belajar bahasa asing dalam aspek mendengar dan bertutur ini tidak semestinya pembelajaran pengajaran yang membosankan. Saya pernah mewujudkan dan mengendalikan sendiri sebuah kelas Bahasa Inggeris Komunikasi dan kelas ini antara  kelas yang paling menarik yang pernah saya ajar. Kelas yang penuh dengan aktiviti ini memerlukan kesemua  pelajar bertutur dalam bahasa Inggeris secara santai.Saya akan ceritakan pengalaman saya nanti, InsyaAllah.

Popular Posts