Showing posts with label Nabi Muhammad. Show all posts
Showing posts with label Nabi Muhammad. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Bilakah kita berbangga melihat berkibarnya bendera Malaysia kita?

Bendera Malaysia berkibar
di hadapan Islamic Center, Washington DC
Biasanya rakyat Malaysia lebih menyanjungi negara mereka sendiri apabila berada di luar negara. Sesuatu yang dikaitkan dengan Malaysia dari sekecil- kecil duit syiling hinggalah kepada bangunan Kedutaan Malaysia menjadi kebanggaan setiap rakyat yang berkunjung di luar negara.

Washington DC merupakan bandar yang mempunyai  pusat pentadbiran Amerika Syarikat. Banyak bangunan penting terdapat di sini seperti White house, Pentagon dan Washington Monument . Kami berpeluang untuk singgah di sebuah Islamic Center di sini semasa berkunjung di sini.

Selesai bersolat kami terus ke bahagian perkarangan masjd untuk menikmati pemandangan di sekitarnya. Di satu sudut halaman bangunan ini di naikkan beberapa bendera negara yang mempunyai ramai Islam yang kebanyakannya terdiri daripada negara- negara Arab.

Alangkah bangganya kami melihat bendera Malaysia berkibar di sebalik bendera- bendera tersebut. Ini menandakan umat Islam di sana mengiktiraf dan tahu Malaysia sebuah negara yang mempunyai ramai rakyat Islam. Berbanding dengan 30 tahun dahulu, rakyat di sini langsung tidak tahu langsung kewujudan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara.

Perasaan bangga dan gembira melihat bendera Malaysia ini  hanya rakyat Malaysia yang akan merasai. Turun dan naiknya sesebuah bendera merupakan peristiwa penting bagi sesebuah negara  mahupun suatu agama. Contohnya kita berbangga apabila bendera Malayan Union diturunkan dan bendera Persekutuan  Tanah Melayu dinaikkan pada 31 Ogos 1957. 

Rasulullah juga menekankan kepentingan  bendera atau panji perang  semasa peperangan. Kisah yang paling menyentuh hati ialah dalam perang Mu'tah dimana terdapat 3 pemegang panji perang yang mati syahid dalam perang tersebut iaitu  Zaid b. Harithsah, Jaafar b. Abu Talib dan Abdullah bin Rawahah. 

Perang Mu'tah diketuai pada mulanya oleh Zaid b. Harithsah. Selepas  Zaid syahid dibunuh, Jaafar mengambil alih kepimpinan dalam perang tersebut. Semasa Jaafar memegang bendera dengan tangan kanannya, tangannya itu telah ditetak hingga putus. Menyedari betapa pentingnya bendera tersebut,  Jaafar tidak membiarkan bendera itu jatuh ke tanah. Dia memegangnya pula dengan tangan kirinya. Tak lama selepas itu tangan kirinya pula ditetak hingga putus. Jaafar tidak berputus asa lalu menyandarkan bendera itu ke dadanya. Akhirnya pedang musuh membelah  badan Jaafar lalu beliau mayi syahid. Allahuakbar.  Kemenangan akhirnya berpihak kepada Islam setelah Khalid al Walid mengambil alih panji perang daripada Abdullah b. Rawahah.

Oleh itu berbanggalah dengan bendera kita dan kibarkanlahnya samada dirumah, kedai dan pejabat.
 Salam kemerdekaan. Be a proud  Malaysian Muslim .


Friday, June 21, 2013

Jika Ditimpa Musibah, Suluh Diri Kita Dengan Suluhan Nabawi.

Teladani Rasulullah saw dalam menghadapi ujian yang berat dalam hidup baginda kemudian suluh akan diri kita dengan suluhan nabawi.

Rasulullah saw pernah dicampak kotoran ke atas kepala Baginda, dibaling batu hingga luka, muka dan kakinya serta patah giginya, dipulaukan sehingga terpaksa memakan daun- daun kering, diusir dari Makkah, kampung halamannya, isterinya difitnah, dibunuh empat puuh sahabatnya dalam perjaanan berdakwah, kematian anak- anaknya, dihimpit kelaparan sehingga terpaksa mengikat perut, dituduh sebagai gila serta ahli sihir dan sebagainya.

Apabila ditimpa musibah, amalkan mengucapkan "Inna lillahi wainna ilaihi raji'un" yang bermaksud: 'Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita akan kembali."

Ia adalah doa yang akan dapat meredakan kesedihan kita dengan mengakui qadak dan qadar daripada Allah swt.

Selain itu ucapkan doa yang bermaksud," Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah ganjaran terhadap musibah yang aku lalui dan gantikan bagiku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya,"

Orang yang menyedari hakikat dunia sebagai ujan, dia akan terus berusaha kerana dia memiliki dua unsur motivasi dalam dirinya. Pertama, dia tahu bahawa hidup adalah ujan. Kedua dia tahu bahawa apa saja yang dilakukannya akan mendapat ganjaran walaupun gagal di dunia, tetap memperoleh ganjaran di akhirat.

Ust Mohd Sukki Othman solusi isu 21

Wednesday, January 23, 2013

Kelahiran yang Indah....Nabi Muhammad s.a.w

"Aku teringatkan cerita Almarhum suamiku," kata Aminah sambil tersenyum sedikit." Mudah- mudahan semuanya benar"

"Cerita apa?" tanya Ummu Uthman , mengesat peluh di dahi Aminah.

"Kata Abdullah, beberapa orang wanita memberitahunya, mereka melihat cahaya pada wajah Abdullah. Tetapi selepas menikahiku, mereka tidak lagi melihat cahaya itu."

"Kenapa? Ke mana perginya cahaya itu?" Ummu Aiman turut tertarik ingin mengetahui.

" Kata mereka, cahaya itu sudah berpindah kepadaku," jawab Aminah.


"Cahaya apa, puan?" tanya Ummu Aiman lagi.

"Entahlah, Abdullah tidak tahu dan aku juga tidak tahu."

"Aku percaya, tentu ada maksudnya yang tersendiri," ulas Ummu Uthman pula.

Aminah berkata lagi, " Aku pernah bermimpi melihat seolah- olah ada cahaya halus keluar dari tubuhku. Cahaya itu menerangi seluruh alam, hingga terlihat bangunan di Syam dan Basrah. Dan aku mendengar suara berkata," Wahai Aminah, engkau teah mengandungkan seorang pemimpin seluruh umat manusia."

"Barangkali itulah cahaya yang diceritakan oleh suamimu dulu, Aminah," Ummu Uthman membuat telahan.


Semasa kelahiran itu, bergegar istana Kaisar Rom menyebabkan 14 buah menaranya runtuh. Terpadam api sembahan penganut agama majusi di Parsi yang tidak pernah padam sejak ratusan tahun sebelumnya.

Sumber: Zuraimi Ismail-Anis May 2009

Thursday, January 17, 2013

Nabi Muhammad- Tokoh Sejarah Paling Berpengaruh

Michael H Hart adalah ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi. Pada tahun 1978  beliau telah menulis buku bertajuk 'The 100' dan buku ini diterbitkan semula  pada tahun 1992 dengan tajuk The 100: A Ranking of  The Most Influential Persons in History. 


Di dalamnya di muatkan kajian beliau berkenaan 100 tokoh sejarah yang paling banyak memberi kesan dan mempengaruhi jalan hidup manusia. Akhirnya beliau merumuskan, tokoh sejarah yang paling berpengaruh adalah Nabi Muhammad.

Beliau berkata," ....saya memilihnya( Muhammad) sebab hanya beliau sahaja dalam sejarah yang berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Daripada asal usul yang agak biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama terhebat di dunia dan menjadi pemimpin yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya masih hebat dan terus berkembang.

Daripada 100 orang tokoh yang dikajinya, 20 nama yang teratas adalah

1. Nabi Muhammad
2. Isaac Newton
3. Nabi Isa(Jesus Christ)
4. Buddha
5. Confucius
6. St Paul
7. Tsa'i Lun
8. Johann Gutenberg
9. Christopher Columbus
10. Albert Einstein
11. Karl Marx
12. Louis Pastuer
13. Galileo Galilei
14. Aristotle
15. Lenin
16. Nabi Musa
17. Charles Darwin
18. Shih Huang Ti
19. Augustus Caesar
20. Mao Tse tung

Sumber: Bukti Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad- Dr Danial Zainal Abidin.

Tuesday, April 3, 2012

Sirah Rasulullah- Peristiwa Hari Isnin

Pic Source:koding-kn.blogspot.com




Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Ibn Abbas berkata," Sesungguhnya Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Isnin, diangkat menjadi rasul pada hari Isnin, keluar berhijrah dari Makkah ke Madinah  pada hari Isnin, tiba di Madinah pada hari Isnin, dan wafat pada hari Isnin. Rasulullah  SAW juga sewaktu mengangkat Hajar Aswad ketika Kaabah di bangunkan oleh kaum Quraisy pada hari Isnin.
Sumber: Allah Muliakan Maulid Nabi- Ust Ahmad Lutfi- Anis April 2010

Sedikit renungan: Adakah kesemua persitiwa di atas berlaku secara kebetulan atau kesemuanya ditentukan Allah? Kaitkan dengan peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita samada nikmat atau musibah, kesemuanya ditentukan Allah. Wallahualam.

Tuesday, November 15, 2011

Siapakah Uwais Al Qarni- Seorang Yang Terkenal di Kalangan Penghuni Langit


Pernah mendengar nama  Uwais Al Qarni? Beliau  merupakan seorang pemuda Yaman yang memeluk Islam semasa hayat Nabi Muhammad saw. Walaubagaimanapun beliau tidak pernah berjumpa dengan baginda saw.  Namun beliau seorang yang sangat istimewa bagi penghuni di langit. Ingin tahu kenapa? Ikuti kisahnya di sini.


Uwais ialah seorang pengembala kambing dengan upah yang sangat sederhana, hanya cukup untuk menampung keperluan seharian. Kesibukan sebagai pengembala kambing dan menjaga ibunya yang lumpuh dan buta, tidak menjejaskan ibadahnya. Dia berpuasa pada siang hari dan qiyam bermunajat pada sebelah malam.

Ramai daripada kalangan keluarganya yang telah memeluk islam berhijrah ke Madinah untuk menyatakan baiah setia kepada Nabi Muhammad saw. Sedih hatinya namun dia tak mampu untuk pergi ke sana. Lebih lebih lagi dia perlu menjaga ibunya. 

Suatu hari dia memohon kebenaran ibunya untuk menziarahi Nabi di Madinah. 
Setibanya di Madinah, dia pergi ke rumah Aisyah. Aisyahmemberitahu baginda tiada di rumah kerana berada di medan perang.  Oleh kerana teringatkan ibunya, dia mengambil keputusan untuk tidak  tunggu lama. Lalu dia memohon izin pulang ke Yaman dan meminta Aisyah mengirimkan salamnya pada Rasulullah. 

Setelah Nabi pulang Aisyah terus memberitahu tentang salam daripada Uwais Al Qarni. Walaupun baginda tidak pernah berjumpa dengan Uwais, baginda memberitahunya  Uwais ialah anak yang taat kepada ibunya dan sangat terkenal di langit. Ketika itu Saidina Umar dan Ali berada di situ. Lantxt-align: -webkit-auto;">Sumber: Ust. Zahazan Mohamed: Solusi Isu 37

Popular Posts