Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Monday, November 4, 2013

Keputusan Membuat Pembedahan Tulang Belakang

Dec 2010 aku membuat keputusan untuk menjalani pembedahan setelah rawatan alternatif yang lain tidak menampakkan 'improvement'. Dr Ali, pakar tulang belakang menerangkan  segala langkah yang perlu dilakukan sebaik sahaja aku menyatakan persetujuanku untuk menjalani pembedahan pada bulan itu juga. Aku perlu mendapat pelepasan daripada pakar thyroid dan pakar asthma yang aku merawat aku sebelum pembedahan itu dijalankan.

Oleh kerana tahap  thyroid aku sudah kembali normal, aku mendapat perlepasan dengan mudahnya daripada pakar thyroid. Walaubagaiamanapun ketika aku membuat keputusan untuk pembedahan tersebut, aku masih batuk. Bagi seorang pesakit asthma, batuk boleh membawa kepada asthma jika tidak dikawal.  Pesakit asthma juga adalah dianggap 'high risk patient' bagi pembedahan. Oleh itu, pelbagai 'ujian' yang perlu dibuat sebelum doktor memberi aku pelepasan pembedahan tersebut.

Akhirnya setelah memeriksa segala ujian yang berikan, doktor tersebut memberi pelepasan walaupun ketika itu aku masih belum baik sepenuhnya dari batuk. Sebagai pesakit asthma memang payah bagiku bebas daripada batuk  dalam masa yang singkat.. Sekali terkena  batuk dan asthma ia mengambil masa lebih  tiga bulan untuk sihat kembali.  Sekiranya terkena asthma yang teruk, badan menjadi lemah dan komunikasi amat terbatas.

Sehari sebelum pembedahan, aku 'check in' ke wad. Sebaik saja aku berehat di katil, maka pelbagai ujian di lakukan sebelum pembedahan. Aku terpaksa menjalani x ray untuk memastikan kedudukan terkini tulang aku dan  ecg untuk menentukan jantung ku 'ok'. Untuk melegakan batuk, doktor telah mengarahkan aku menjalani ventolin inhalation berkali kali. Ubat batuk dan pelbagai ubat terpaksa aku ambil supaya aku lebih selesa semasa pembedahan. Ini tidak termasuk tekanan darah yang sentiasa diambil oleh jururawat di sana. 

Untuk menenangkan kegerunanku menghadapi pembedahan, aku mengambil ar zam- zam yang aku beli sebelum aku masuk wad.Aku juga percaya dengan kuasa Allah, air zam zam juga boleh melegakan  batuk.   Solat fardhu dan hajat juga mententeramkanku..Aku hanya sempat tidur beberapa jam saja sebelum ke bilik pembedahan.

Aku bersyukur suamiku sentiasa di sampingku untuk  mententeramkan aku. Walaubagaimanapun  segala kemungkinan bermain difikiran ku. Aku hanya mampu berdoa di saat aku di bawa ke bilik pembedahan "Ya Allah, ampunkanlah  aku.. Amalanku yang amat sedikit ini mampukah menampungku ke syurga. Ya Allah, hanya dengan rahmatmu akan ku ke syurga. Hanya kepadamu aku berserah."

Bersambung

Friday, September 27, 2013

Jangan tersalah niat dalam hidup

Madrasah di Pulau Mabul. Sabah
Orang yang tersalah niat dalam mencari harta akan hidup bagai hamba sahaya. Ia melihat wang  dan kekayaan sebagai tujuan utama sehingga dibayangi kefakiran dan takut miskin.

Orang yang tersalah niat dalam belajar menghabiskan hidupnya untuk perkara yang sia- sia. Ia membuang energi untuk mengejar ijazah , bukan untuk menimba ilmu. Kaum muslimin khasnya, dan masyarakat dunia amnya, memuliakan seseorang kerana sumbangan yang diberikan, bukan kerana ijazah yang dipegang.

Orang yang tersalah niat dalam berdakwah akan hidup dalm kebencian. Hakikat dakwah adalah simpati yang lahir dalam hati seseorang lalu mendorongnya untuk menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kebinasaan. Jika dakwah berakhir dengan kebenaran, mesti ada yang salah dalam motif dan niat awal dakwah tersebut.

Dan yang paling rosak adalah orang yang tersalah niat bahkan tidak mempunyai niat dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Orang seperti ini tidak sedar arah dan tujuan hidup.

Manusia seperti ini sangat pandai dalam urusan dunia namun sangat jahil tentang urusan akhirat. 
" Mereka mengetahui yang lahir daripada kehidupan dunia; sedang tentang akhirat mereka sangat lalai." 
Surah al Rum 30:7

Ayat ini sebenarnya berbicara tentang sifat orang kafir, namun sayangnya ayat ni juga untuk sebahagian profesional Muslim pada masa ini. Mereka sangat pakar dalam politik, sains, muzik, ekonmi dan pelbagai  ilmu sekular yang lainnya, namun tidak mengetahui apa apa yang berkaitan hukum halal  haram dalam keluarga, fardhu ain, muamalat dan ibadahnya.

Imam Hassan al Basri menggambarkan keadaan ini seperti berikut:
" Kerana kepandaiannya, salah seorang daripada mereka mampu mengetahui kadar emas hanya dengan mengetuk dengan jari. Namun, ia tidak boleh melakukan solat dengan benar."( disebut oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya.)
sumber: Umar M Noor- solusi isu 27

Friday, June 21, 2013

Jika Ditimpa Musibah, Suluh Diri Kita Dengan Suluhan Nabawi.

Teladani Rasulullah saw dalam menghadapi ujian yang berat dalam hidup baginda kemudian suluh akan diri kita dengan suluhan nabawi.

Rasulullah saw pernah dicampak kotoran ke atas kepala Baginda, dibaling batu hingga luka, muka dan kakinya serta patah giginya, dipulaukan sehingga terpaksa memakan daun- daun kering, diusir dari Makkah, kampung halamannya, isterinya difitnah, dibunuh empat puuh sahabatnya dalam perjaanan berdakwah, kematian anak- anaknya, dihimpit kelaparan sehingga terpaksa mengikat perut, dituduh sebagai gila serta ahli sihir dan sebagainya.

Apabila ditimpa musibah, amalkan mengucapkan "Inna lillahi wainna ilaihi raji'un" yang bermaksud: 'Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita akan kembali."

Ia adalah doa yang akan dapat meredakan kesedihan kita dengan mengakui qadak dan qadar daripada Allah swt.

Selain itu ucapkan doa yang bermaksud," Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah ganjaran terhadap musibah yang aku lalui dan gantikan bagiku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya,"

Orang yang menyedari hakikat dunia sebagai ujan, dia akan terus berusaha kerana dia memiliki dua unsur motivasi dalam dirinya. Pertama, dia tahu bahawa hidup adalah ujan. Kedua dia tahu bahawa apa saja yang dilakukannya akan mendapat ganjaran walaupun gagal di dunia, tetap memperoleh ganjaran di akhirat.

Ust Mohd Sukki Othman solusi isu 21

Thursday, January 26, 2012

Berdoalah dengan hati yang bersih.

Hati ialah alat komunikasi yang sangat canggih dengan syarat hati itu bersih. Cuba lihat cara orang soleh berkomunikasi dengan Allah lewat doanya. Suaranya perlahan, lembut, mendayu dayu,merayu- rayu, penuh rasa harap dan malu.

Firman Allah yang bermaksud:" Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di atas mukabumi , sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan(supaya dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang yang berbuat baik.- Surah al A'raf 7: 55-56

Sumber: Pahrol Mohd Juoi- Solusi Isu 39

Popular Posts