Showing posts with label Orang Islam. Show all posts
Showing posts with label Orang Islam. Show all posts

Friday, September 27, 2013

Jangan tersalah niat dalam hidup

Madrasah di Pulau Mabul. Sabah
Orang yang tersalah niat dalam mencari harta akan hidup bagai hamba sahaya. Ia melihat wang  dan kekayaan sebagai tujuan utama sehingga dibayangi kefakiran dan takut miskin.

Orang yang tersalah niat dalam belajar menghabiskan hidupnya untuk perkara yang sia- sia. Ia membuang energi untuk mengejar ijazah , bukan untuk menimba ilmu. Kaum muslimin khasnya, dan masyarakat dunia amnya, memuliakan seseorang kerana sumbangan yang diberikan, bukan kerana ijazah yang dipegang.

Orang yang tersalah niat dalam berdakwah akan hidup dalm kebencian. Hakikat dakwah adalah simpati yang lahir dalam hati seseorang lalu mendorongnya untuk menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kebinasaan. Jika dakwah berakhir dengan kebenaran, mesti ada yang salah dalam motif dan niat awal dakwah tersebut.

Dan yang paling rosak adalah orang yang tersalah niat bahkan tidak mempunyai niat dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Orang seperti ini tidak sedar arah dan tujuan hidup.

Manusia seperti ini sangat pandai dalam urusan dunia namun sangat jahil tentang urusan akhirat. 
" Mereka mengetahui yang lahir daripada kehidupan dunia; sedang tentang akhirat mereka sangat lalai." 
Surah al Rum 30:7

Ayat ini sebenarnya berbicara tentang sifat orang kafir, namun sayangnya ayat ni juga untuk sebahagian profesional Muslim pada masa ini. Mereka sangat pakar dalam politik, sains, muzik, ekonmi dan pelbagai  ilmu sekular yang lainnya, namun tidak mengetahui apa apa yang berkaitan hukum halal  haram dalam keluarga, fardhu ain, muamalat dan ibadahnya.

Imam Hassan al Basri menggambarkan keadaan ini seperti berikut:
" Kerana kepandaiannya, salah seorang daripada mereka mampu mengetahui kadar emas hanya dengan mengetuk dengan jari. Namun, ia tidak boleh melakukan solat dengan benar."( disebut oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya.)
sumber: Umar M Noor- solusi isu 27

Friday, August 2, 2013

Hebatnya Mereka Ini Membaca dan Mengkhatamkan Al Quran



Saiyidina Uthman bin Affan berkata:" Kalau hati kita besih, kita tidak akan pernah kenyang daripada Al Quran. Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf al Quran padanya." 
Riwayat al Baihaqi dalam Shu'ab al Iman

Imam Baihaqi berkata selepas meriwayatkan ucapan ini:" Apabila Uthman wafat, mushafnya telah rosak kerana terlalu kerap dibaca."

Rabi' bin Sulaiman bercerita," Al Syafii mengkhatamkan al Quran pada bulan Ramadhan sebanyak 60 kali. Pada bulan yang lain sebanyak 30 kali."

Ibn Haddad berkata," Apabila mendengar riwayat Rabi' bin Sulaiman ini , aku berusaha melakukan seperti mana yang dilakuan oleh al Syafii. Akan tetapi aku hanya mampu mencapai 59 kali khatam sebulan. Selain bulan Ramadhan , aku hanya mampu khatam hingga 30 kali khatam sahaja. "

Umar M. Noor- Solusi Isu 34

Friday, June 21, 2013

Jika Ditimpa Musibah, Suluh Diri Kita Dengan Suluhan Nabawi.

Teladani Rasulullah saw dalam menghadapi ujian yang berat dalam hidup baginda kemudian suluh akan diri kita dengan suluhan nabawi.

Rasulullah saw pernah dicampak kotoran ke atas kepala Baginda, dibaling batu hingga luka, muka dan kakinya serta patah giginya, dipulaukan sehingga terpaksa memakan daun- daun kering, diusir dari Makkah, kampung halamannya, isterinya difitnah, dibunuh empat puuh sahabatnya dalam perjaanan berdakwah, kematian anak- anaknya, dihimpit kelaparan sehingga terpaksa mengikat perut, dituduh sebagai gila serta ahli sihir dan sebagainya.

Apabila ditimpa musibah, amalkan mengucapkan "Inna lillahi wainna ilaihi raji'un" yang bermaksud: 'Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita akan kembali."

Ia adalah doa yang akan dapat meredakan kesedihan kita dengan mengakui qadak dan qadar daripada Allah swt.

Selain itu ucapkan doa yang bermaksud," Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah ganjaran terhadap musibah yang aku lalui dan gantikan bagiku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya,"

Orang yang menyedari hakikat dunia sebagai ujan, dia akan terus berusaha kerana dia memiliki dua unsur motivasi dalam dirinya. Pertama, dia tahu bahawa hidup adalah ujan. Kedua dia tahu bahawa apa saja yang dilakukannya akan mendapat ganjaran walaupun gagal di dunia, tetap memperoleh ganjaran di akhirat.

Ust Mohd Sukki Othman solusi isu 21

Tuesday, June 11, 2013

Islamic Heritage Museum, Washington DC- Usaha Dakwah Orang Islam Yang Patut di Puji.


Islamic Heritage Museum, Washington DC
Assalamualaikum" ucap seorang black American kepada kami sebaik sahaja kami tiba di perkarangan Islamic Heritage Museum tak jauh dari pusat  bandaraya Wasington Dc ini. Dengan senyuman kami menjawab salamnya, penyambung ukhuwah sesama muslim. Suami dan anak lelakiku  segera menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan beliau. 

Oleh kerana kedatangan kami ini tidak diberitahu lebih awal, orang yang terlibat untuk memberi penerangan di situ tidak dapat menghadirkan diri. Hanya penjaga dan peniaga gerai saja yang kelihatan. Maklumlah muzium ini terletak bukan di kawasan mewah. Kawasan ini kawasan blacks dan kebanyakan blacks hanya berpendapatan sederhana. Oleh itu kewangan bagi pengurusan muzium dan kemudahannya  agak terhad. Mengikut perangkaan terkini,  bilangan blacks yang memeluk agama Islam lebih kurang  64peratus berbanding golongan berkulit putih iaitu lebih 20 peratus. Oleh itu lebih ramai orang berkulit hitam yang beragama Islam berbanding orang berkulit putih.

Sebenarnya muzium ini hanyalah sebuah bangunan setingkat yang dari luar kelihatan agak kecil. Namun sebaik sahaja kami masuk ia dipenuhi dengan informasi yang sangat banyak dan berguna tentang sejarah kedatangan islam ke benua Amerika Utara.

Gambar di Mecca, Indiana dimana terdapatnya
batu nisan orang Islam di sana
Di bahagian hadapan muzium  terdapat gambar dan bukti Islam telah sampai ke benua ini sejak tahun 1527. Cara Islam dikatakan sampai ke sini ialah melalui penghambaan. Mengikut sejarah, seorang  berkulit hitam dari Morocco iaitu Estevanico telah ditangkap dan dijadikan hamba setelah tempatnya dijajah. Beliau bersama tuannya telah mengembara ke benua Amerika dan mendarat di Florida, Amerika Syarikat. Walaupun dikatakan beliau telah memeluk agama Kristian, ramai alim ulama percaya dia masih mengamalkan Islam sehingga belau meninggal dunia.

Zaman dahulu kaum Afrika telah ditangkap dan di jadikan hamba oleh orang berkulit putih. Perbincangan tentang bagaimana orang Afrika  dijadikan hamba tidak akan dibincangkan disini kerana apa yang ditekankan ialah bagaimana Islam sampai dan berkembang di benua ini. Walaubagaimanapun apa yang berlaku  sudah tentu mempunyai  hikmah tersendiri.








Bilal, penjaga muzium ini memberitahu kami sebahagian penyelidikan yang mereka buat adalah berdasarkan nama tempat di Amerika Syarikat  yang tampak ada unsur keislaman. Misalnya di Indiana terdapat sebuah tempat bernama  Mecca(Mekah). Setelah diselidik rupa- rupanya terdapat orang Islam di sini berdasarkan nama dan tulisan Lailahaillallah Muhammad Rasulullah tertera pada beberapa buah batu nisan yang terdapat di sebuah perkuburan di sana.

Bergambar di hadapan replika besar Setem Eid Greetings yang
yang dikeluarkan oleh US Postal Service

Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut pembahagian abad, (kalau tak silap) yang  menunjukkan perkembangan Islam di sana. Misalnya pada bulan November tahun 2000 United States Postal Service, Amerika  Syarikat telah mula mengiktiraf Islam sebagai salah satu agama di negara mereka apabila setem Eidul Fitr dicetak semasa bulan Ramadhan dan Syawal. 

Juga pada bahagian ini dipamerkan gambar- gambar orang Islam Amerika  yang memegang  jawatan tinggi dalam pentadbiran Amerika Syarikat, askar, perniagaan dan lain- lain.  

Sesungguhnya kami berbangga melihat  orang Islam semakin diterima dalam kalangan rakyat Amerika. Kemungkinan besar inilah  hasil dakwah dan keperibadian orang Islam sendiri  di sana.



Melangkah keluar dari muzium ini memberi keazaman yang kuat  bagi kami sekeluarga untuk terus berdakwah tanpa mengira kaum. Orang  Islam di sini telah berusaha menunjukkan bahawa Islam itu agama yang  cintakan keamanan disebalik peristiwa 9/11 dan yang terkini peristiwa Boston Marathon 2013.

Ajaib sungguh kerja dakwah.

Ada manusia yang boleh tersentuh dan beriman kepada Allah dalam tempoh yang singkat. Ada manusia yang memerlukan masa yang lebih panjang

Allah memiliki semua hati makhlukNya dan memilih sesiapa yang Dia kehendaki untuk beriman.

Tanggungjawab kita hanyalah menyebarkan agama Allah serta memanafaatkan segala kesempatan yang ada. Berkemungkinan, berdasarkan usaha dakwah kita itu, mad'u akan menimbangkan dan memberikan kesan di hatinya, biarpun bukan sekarang.

Kerja dakwah tidak boleh mengharapkan kesan serta merta. Apa yang penting, kita perlu membuatkan komuniti non Muslim ini memahami isi ajaran Islam secara tepat dan jelas.

Mohd Al Adib Samuri - Solusi isu 39


Friday, March 22, 2013

Ingat lagi ke Blackstone Ave, Fresno, California

Jika disebut Blackstone Avenue di Fresno semasa awal tahun 80an dulu, tentu ramai yang tahu jalan ini sangat popular untuk aktiviti 'shopping'.  Dulu disinilah terdapat K mart, Woolworth dan sebagainya yang sangat sesuai bagi kami golongan pelajar yang mempunyai bajet terhad. Hujung minggu jalan ini agak sibuk kerana kawasan ini tumpuan orang ramai untuk membeli belah . 

Tahun 2012 dahulu semasa melawat Fresno, kami telah menyewa salah sebuah hotel bajet di sini selama 2 malam.
Kini Blackstone Ave tidak lagi menjadi kawasan membeli belah yang popular kerana kebanyakannya aktiviti ini tertumpu di kawasan Clovis.  Kawasan Blackstone Avenue ini kini dipenuhi oleh pelbagai motel, iaitu hotel bajet.

Clovis yang dulunya hanya sebuah pekan kecil kini telah berkembang kerana wujudnya malls, supermarket dan   hypermarket seperti walmart dan Savemart. Walaubagaimanapun mereka telah mengekalkan satu bahagian daripada kawasan Clovis  ini untuk cowboy town. 

Ketika berada di Fresno  kami dijemput oleh seorang kenalan kami yang bermastautin di sana untuk menikmati hidangan tengahari di sebuah restoran Arab Ya Hala di kawasan Blacsktone Avenue. Antara hidangannya ialah beef Shawarma dan kebab. Setiap hidangannya sangat banyak. Sesuai untuk satu hidangan orang Arab namun untuk kami setiap hidangan cukup untuk mengenyangkan 2 orang. 

Kenalan kami ini sebenarnya pembekal daging halal di restoran ini. Dia bertanggungjawab di bahagian daging halal di sebuah syarikat pembekal daging antarabangsa. Malah dia sendiri yang menyembelih lembu- lembu di syarikat tersebut. Oleh sebab itu kehalalan daging di restoran ini , insyaAllah terjamin.

Awal tahun 80 an dahulu restoran halal tidak wujud di Fresno. Kini semakin banyak restoran halal dan kedai halal di sini. Alhamdulillah.

Tawaran hebat: Travelog Pengembaraanku di USA- Putik PUtik Islam yang Kian Berkembang
Klik di sini untuk tahu apakah tawaran hebat itu.

Thursday, March 29, 2012

Ikramah bin Abu Jahal- Salah Satu Peristiwa yang Membuka Hatinya untuk Menerima Islam

Pic. Source:thesite.org



Ikrramah ialah anak kepada Abu Jahal, bapa saudara Nabi yang sangat membenci Rasulullah. Ikramah  juga sangat membenci Rasulullah sehinggalah selepas peristiwa penaklukan  Makkah.Terdapat beberapa perisitiwa yang berlaku kepadanya sehingga membuka hatinya untuk menerima Islam dan seterusnya berjuang menegakkan agama Islam.

Semasa peristiwa penaklukan Kota Makkah oleh tentera Islam, Ikramah telah melarikan diri ke  ke Yaman dan seterusnya menaiki kapal ke Habsyah. Dalam pelayaran tersebut, kapal yang dinaikinya dipukul ribut yang sangat kuat.

"Marilah kita berdoa semoga ribut taufan ini akan berhenti," teriak kapten kapal.

Ikramah pun berdoa kepada al- Latta dan al Uzza bagi menghentikan ribut itu namun tidak berjaya.

"Saya seorang Islam. Tuhan saya ialah Allah. Hanya Dia yang berkuasa bagi menghentikan ribut ini, Kerana itu marilah kita sama- sama berdoa kepada Tuhan saya dan tuhan kamu semua supaya menyelamatkan kita daripada bencana ini," kata salah seorang lelaki yang bersama-sama menumpang kapal itu.

Maka Ikramah pun berbisik pada dirinya sendiri." Saya sudah memohon pada al Latta dan al Uzza tetapi tuhan itu tidak dapat menolong.  Sekarang saya akan berdoa kepada Allah pula.

Kemudian Ikramah pun berdoa," Ya Allah, saya berjanji kepadaMu, sekiranya Engkau selamatkan saya daripada bencana ini, saya akan kembali ke Makkahberjumpa dengan Muhammad. Saya akan meletakkan tangan saya di atas tangannya bagi meminta ampun dan maaf. Semoga dia seorang pemaaf."

Selepas Ikramah berdoa dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, tiba- tiba dengan izin Allah ribut itupun berhenti. Kapal yang mereka naiki dapat meneruskan perjalanan dan mereka selamat dari bencana itu.

Barulah Ikramah insaf di atas kesilapannya. Dia berazam hendak kembali ke Makkah berjumpa dengan Nabi Muhammad.......

Sumber buku: Ikramah Penentang jadi Pembela- Abdul Latip Talib

Thursday, November 17, 2011

Peristiwa Yang Bukannnya Kebetulan, Tapi di Tentukan Allah

Islamic Center Anaheim
 "Semua perkara yang berlaku di dunia ini tidak berlaku secara kebetulan. Semuanya ditentukan Allah." Kerap kali aku mendengar ayat tersebut dalam beberapa siri ceramah di TV atau di You tube  dan aku bersetuju dengan pendapat tersebut. 

Satu peristiwa mengingatkan aku tentang  pendapat ini ialah semasa kehadiranku  bersama keluarga di Islamic Center, Anaheim, tak jauh dari Bandaraya Los Angeles. Kami ke sana untuk menunaikan solat Jumaat di sana semasa pengembaraan kami di Amerika Syarikat pada tahun 2009. 

Sebagaimana kebiasaan orang Islam di sini , kaum wanita juga bersama- sama menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah selepas itu. Mereka sangat serius dalam usaha mendengar khutbah dan tidak menggemari bersembang-sembang semasa khutbah di perdengarkan.Khutbah di sampaikan dalam bahasa Arab.

Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam dewan solat dan duduk di bahagian belakang, seorang muslimat memberi isyarat supaya aku mengambil headphone yang terdapat di sana. Oleh aku tidak memahami  tujuan menggunakan headphone itu aku hanya mengatakan,"It's okay'. Rupa rupanya dengan menggunakan  headphone itu kami boleh mendengar terjemahan khutbah yang disampaikan dalam bahasa Inggeris di Islamic center tersebut.

Selesai solat jumaat wanita tersebut datang menghampiriku untuk berkenalan dengan aku dan anak-anak. Agak lama juga kami bersembang, tambahan lagi bila aku mendapat tahu di berasal dari Indonesia, negara serumpun dengan Malaysia. Meskipun begitu semua perbualan kami adalah dalam bahasa Inggeris. 

Semasa berjabat salam dengannya sebelum beredar, aku baru teringat untuk bertanya siapakah namanya. 
"Salwa", jawabnya yang membuatkan aku betul-betul terkejut kerana namanya sama dengan namaku. Adakah ini berlaku secara kebetulan atau ini memang di tentukan Allah. Aku percaya Allah menemukan kami di tempat yang penuh keberkatan ini dan ini ketentuannya. Bukannya satu kebetulan!


Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya di Amerika Syarikat dan orang Islam di sana? Klik di sini.

Monday, October 10, 2011

Pandangan kini orang Amerika(non muslim) terhadap Islam (2)

Tahun 2009 sekali lagi aku sekeluarga berpeluang melancong ke negara Uncle Sam ini kerana menghadiri konvokesyen anakku. Kali ini kami telah memperuntukkan selama hampir sebulan untuk menjelajah di sana. Oleh kerana kami  menggunakan kereta, bolehlah kami singgah di beberapa buah Islamic Center dan masjid dalam perjalanan kami.

Kali ini kami bertemu dengan lebih ramai orang Islam samada Islam dari segi keturunan ataupun  yang mualaf (Muslim revert bukan convert) . Malah Allah telah mempertemukan kami dengan pegawai imigresen Islam sebaik saja kami melangkah masuk ke Lapangan terbang New York sehinggalah ke drebar teksi yang membawa kami ke Lapangan terbang Los Angeles sewaktu pulang ke Malaysia.

Pada mulanya  kami beranggapan Bandaraya New York ialah bandar yang begitu ramai Yahudi orthodoks. Bandar ini  juga merupakan tempat terjadinya peristiwa Sept 11,2001 di World Trade Center. Tidak pula kami  menyangka  begitu ramai umat Islam di sini. Peniaga, penjual makanan antara yang kami temui begitu ramai disini sewaktu berjalan- jalan. Ini tidak termasuk yang bekerja di pejabat. Jadi tidak hairanlah bila kami pergi ke sebuah masjid di tengah bandar New York, kami dapati umat Islam begitu ramai, yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Oleh kerana ramainya umat Islam di bandaraya ini, tidak hairanlah jika non-muslim tidak ambil kisah kepada kami yang sekeluarga yang bertudung berjalan-jalan di situ.

Apabila kami melancong di Niagara Falls juga, tiada siapa yang merenung atau menjauhkan diri dari kami. Pekan Niagara ini merupakan pekan yang  kecil yang membangun kerana  adanya air terjun yang besar ini. Meskipun demikian kami berhati-hati dan berdoa agar tidak berlaku perkara yang tidak diundang. 

Ann Arbor di Michigan merupakan sebuah bandar universiti kerana ia membangun apabila kerana terdapatnya universiti of Ann Arbor. Biasanya di universiti, pihak pelajar dan akademik lebih berfikiran terbuka. Di sini orang Islam dari segi keturunan sangat ramai dan muslimat yang bertudung juga sangat ramai. Jadi tiada masalah bagi kami untuk berjalan- jalan  disini. 


Ikuti perbincangan seterusnya di tajuk yang akan datang.


Ingin mengikuti kisah pengembaraan kami sekeluarga di Amerika Syarikat dan bertemu orang Islam di sana? Klik di sini


Popular Posts