Jika disebut Blackstone Avenue di Fresno semasa awal tahun 80an dulu, tentu ramai yang tahu jalan ini sangat popular untuk aktiviti 'shopping'. Dulu disinilah terdapat K mart, Woolworth dan sebagainya yang sangat sesuai bagi kami golongan pelajar yang mempunyai bajet terhad. Hujung minggu jalan ini agak sibuk kerana kawasan ini tumpuan orang ramai untuk membeli belah .
Tahun 2012 dahulu semasa melawat Fresno, kami telah menyewa salah sebuah hotel bajet di sini selama 2 malam.
Kini Blackstone Ave tidak lagi menjadi kawasan membeli belah yang popular kerana kebanyakannya aktiviti ini tertumpu di kawasan Clovis. Kawasan Blackstone Avenue ini kini dipenuhi oleh pelbagai motel, iaitu hotel bajet.
Clovis yang dulunya hanya sebuah pekan kecil kini telah berkembang kerana wujudnya malls, supermarket dan hypermarket seperti walmart dan Savemart. Walaubagaimanapun mereka telah mengekalkan satu bahagian daripada kawasan Clovis ini untuk cowboy town.
Ketika berada di Fresno kami dijemput oleh seorang kenalan kami yang bermastautin di sana untuk menikmati hidangan tengahari di sebuah restoran Arab Ya Hala di kawasan Blacsktone Avenue. Antara hidangannya ialah beef Shawarma dan kebab. Setiap hidangannya sangat banyak. Sesuai untuk satu hidangan orang Arab namun untuk kami setiap hidangan cukup untuk mengenyangkan 2 orang.
Kenalan kami ini sebenarnya pembekal daging halal di restoran ini. Dia bertanggungjawab di bahagian daging halal di sebuah syarikat pembekal daging antarabangsa. Malah dia sendiri yang menyembelih lembu- lembu di syarikat tersebut. Oleh sebab itu kehalalan daging di restoran ini , insyaAllah terjamin.
Awal tahun 80 an dahulu restoran halal tidak wujud di Fresno. Kini semakin banyak restoran halal dan kedai halal di sini. Alhamdulillah.
Tawaran hebat: Travelog Pengembaraanku di USA- Putik PUtik Islam yang Kian Berkembang
Klik di sini untuk tahu apakah tawaran hebat itu.

No comments:
Post a Comment