Showing posts with label Fresno. Show all posts
Showing posts with label Fresno. Show all posts

Sunday, January 8, 2012

Nak cari masjid di Fresno? Tiada GPS?.

http://www.masjidfresno.org/documents/28.html

Mudah saja ! Pergi ke California State University  Fresno ikut  East Shaw Avenue. Nanti nampak lah bangunan berbentuk masjid betul- betul di hadapan universiti.

Tahun 80 an dahulu masjid ini hanya sebuah apartment setingkat di mana ruang lelaki dan wanita hanya dipisahkan dengan tabir. Namun di situlah beberapa mesyuarat jemaah telah dijalankan untuk mengatur aktiviti bagi kaum muslim Fresno.

Tahun 2005  dan 2009 kami sempat singgah di sini untuk menunaikan solat fardhu. Terpesona juga kami dengan perubahan yang berlaku pada masjid ini. Bangunan 2 tingkat ini memuatkan ruang pejabat, ruang solat yang agak besar, bilik air yang berasingan, stor dan ruang umum di tingkat atas. 


Fresno yang aku anggap sebagai kampung sewaktu belajar tahun 80an dahulu memang memberi kesan nostalgia setiap kali aku berkunjung ke sini. Meskipun tidak ramai lagi pelajar  Malaysia yang belajar di sini, Fresno tetap menjadi tempat dituju setiap kali kami ke Amerika Syarikat.

Di Fresno kami telah menghubungi kenalan lama suamiku yang juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa  masjid ini.


 Ingin tahu siapa yang kami temui dan ke mana kami dibawa oleh kenalan ini., klik di sini.

Friday, December 30, 2011

Pernah pergi Fresno?

Pernah sampai ke satu tempat bernama  Fresno?
Fresno ialah satu daerah yang terletak di bahagian tengah California.


Fresno mungkin satu nama asing bagi orang di Malaysia. Tahun 80an dahulu tempat ini telah menjadi pusat pengajian bagi ratusan pelajar tajaan Mara dan JPA. Sekiranya berada dikampus ketika itu,kita akan bersua dengan begitu ramai  pelajar Malaysia .

Fresno terletak di satu lembah  yang di panggil San Joaquin Valley (Cara menyebutnya  sen wakin Veli). Ia mempunyai iklim mediterranean yang amat sesuai untuk penanaman buahan buahan citrus seperti limau(oranges),anggur, ceri, plums,apricot dan peach. 

Navel oranges-
jenis oranges yang terdapat di Fresno
Sewaktu belajar dahulu aku pernah dibawa oleh keluarga angkatku ke ladang  oren untuk memilih dan memetik buah oren yang manis untuk di bawa balik. MasyaAllah,berguni- guni jugalah kami bawa balik. Satu pengalaman yang tak mudah di lupakan terutama sekali apabila terpaksa naik di belakang pick up truck yang penuh dengan buah oren. 

Setelah bertahun-tahun belajar  di lembah ini, sebagai pelajar kami tidak lagi membeli buah oren ini di supermarket tapi di Farmer's Market. Kami tidak membelinya dengan timbangan kilo sebaliknya memborong satu kotak sekali. Jangan bimbang! Biasanya kami dapat menghabiskan satu kotak buah oren ini kurang dari 2 minggu.

Tahun 2009 aku telah mengajak keluargaku ke ladang ceri tak jauh dari Fresno untuk merasai sendiri keseronokan memetik buah- buahan itu. Alhamdulillah meskipun kami terpaksa masuk ke kawasan pedalaman ,ianya merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan bagi kami sekeluarga.

Ingin  mengikuti bagaimana keseronokan kami sekeluarga di ladang ceri tersebut? Klik di sini.

Popular Posts