Showing posts with label english Communication. Show all posts
Showing posts with label english Communication. Show all posts

Tuesday, December 6, 2016

'God, May I Ask' , Mungkinkah karya Salahuddin Al Ayubi?


Saya meminta KEKUATAN 
dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT.
Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN 
                           dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.

Itu sebahagian daripada sebuah puisi yang dideklamasikan oleh seorang dj radio IKIM tidak berapa lama dahulu. Sewaktu mendengarnya terasa seolah-olah bait-bait puisi ini sangat ' familiar',seakan pernah mendengarnya satu ketika dahulu.

Detik itu saya terus teringat tentang sebuah 'poem' berbahasa Inggeris yang pernah saya baca beberapa tahun lepas. Sewaktu mengadakan kelas English Communication di rumah,  pernah saya  menyuruh pelajar pelajar saya mendeklamasikan puisi ' God, May I ask' bagi salah satu persembahan terakhir mereka bagi kelas tersebut. Bila dibandingkan dengan puisi bahasa Melayu yang saya dengar di radio IKIM, saya pasti maksud puisi ini hampir sama dengan puisi 'God May I ask'.

Walaupun puisi ini sangat menarik,namun saya masih tidak tahu siapakah pencipta puisi ini sekian lama. Lebih 10 tahun yang lalu saya telah mula menggunakan puisi ini di dalam kelas. Alangkah terkejutnya bila pengacara radio  ini memberitahu bahwa puisi ini sebenarnya karya Salahuddin Al Ayubi, seorang pahlawan Islam yang terkenal dengan kejayaannya menakluk Jerusalem satu ketika dahulu. Istimewanya di sebalik kepahlawanannya ,Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia.apabila Sultan Salahudin al-Ayubi menakluk kembali Jerusalem pada 1187, tentera Islam tidak membunuh seorang pun penduduk Jerusalem, malah pada keesokan harinya Salehudin telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.Kehidupan pemimpin sangat sederhan(zuhud) sehinggakan diakhir hayatnya hartanya tidak cukup walaupun hanya sekadar kos pengkebumiannya. Allahuakbar.

Pulang ke rumah saya cuba mencari puisi versi bahasa melayu ini di internet. Berdasarkan beberapa sumber, saya mendapati puisi ini memang antara karya Salahuddin Al Ayubi. Namun kesahihan tentang penulis karya ini hanya sahkan sekiranya saya temui  sumber-sumber lain mengenainya . Sekiranya benar, sayalah antara orang yang sangat bersyukur bertemu dengan puisi berbentuk ketuhanan yang sangat memberi kesan kepada diri ini.

Menghayati puisi ini, sudah pasti memberi pelbagai pengajaran kepada kita. Dari mengajar kita supaya selalu berdoa hinggalah yang redha dengan apa yang Allah telah tentukan kepada kita. Benarlah apa yang Allah katakan kepada kita,
 Firman Allah yang bermaksud:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha  Mengetahui sedang kamu tidak mengeahui."
(Surah Al Baqarah 2:216)

Sumber rujukan :
http://www.poemsonly.com/poem/1591
http://nauratulhidayah2.blogspot.my/2011/12/kata-kata-renungan-dari-salahuddin-al.html
http://kopiahkuning.blogspot.my/2012/05/kisah-sahabat-3-salahuddin-al-ayubi.html

Tuesday, June 9, 2015

Perlukah Belajar Berkomunikasi Dalam Bahasa Inggeris?

"Yep, they call me Mat Saleh, and ya orang Putih!" ujar seorang kenalan anakku sewaktu kami makan tengahari bersama. Sebenarnya ketika itu kami dalam pengembaraan selama 3 minggu di negeri 'mat saleh' ini. Kenalan anakku ini sebenarnya pernah berkhidmat di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Ia tahu berbahasa Malaysia. Malah dia pernah berkhidmat di salah sebuah negara Arab. Oleh itu dia juga memahami bahasa Arab!

Dalam pengembaraan ini kami bepeluang bersua dan berkomunikasi dalam bahasa 'orang putih' ini samada dalam keadaan terpaksa (hendak bertanyakan sesuatu) atau tidak (sekadar perbualan). Semuanya perlu diucapkan dalam bahasa Inggeris. Jika tidak, kami seperti ayam bercakap dengan itik atau  hanya menggunakan 'sign language'!

Kami juga harus berbicara dalam bahasa Inggeris dengan umat Islam di sana juga. Tak kiralah samada imam atau makmum di Islamic Center ataupun di kedai menjual barangan halal! Biasanya ketika inilah kita tahu sejauh mana santainya kita berbicara. Saya sendiri agak kekok pada mulanya untuk berbicara dalam bahasa Inggeris tapi dalam keadaan terpaksa, sememangnya kita perlu membuka mulut dan berinteraksi!

Dalam kelas English Communication, biasanya kita boleh mewujudkan keadaan terpaksa ini walaupun hanya sebentar. Yang penting wujudkan situasi, letakkan poster yang menggambarkan keadaaan di negara 'orang putih' ini untuk menambahkan setting yang agak realistik. Seelok-eloknya ia adalah gambar pemandangan samada  di bandar atau di kawasan tempat perlancongan. Awas! jangan ada poster yang menghairahkan atau menggambarkan sesuatu yang lucah. Setiap apa yang kita ajar atau mesti berlandaskan agama agar ia dijadikan satu ibadah.

Zaman mengajar bagi saya sudah lama berlalu. Tenaga yang semakin berkurangan  dan penyakit yang dialami menyebabkan saya tak mampu untuk meneruskan usaha saya dalam mengendalikan kelas sebegini. Atas sebab-sebab inilah saya perturunkan ilmu  dan tips yang saya ada ini kepada umum agar kelas yang dikendalikan tidak 'boring'.

Harapan saya  generasi yang seterusnya meneruskan usaha saya agar kelas bahasa bukannya satu kelas yang membosankan namun boleh menarik pelajar-pelajar mengetahui lebih banyak tentang Islam.
Ilmu duniawi dapat ilmu akhirat juga dapat.  Selitkan walaupun sebentar sedikit ilmu aqidah, fiqah akhlak dan seerah setiap kali anda mengendalikan kelas anda. InsyaaAllah segala usaha anda akan mendapat ganjarannya.

Selamat mencuba!

Tuesday, May 5, 2015

Kelas Bahasa Inggeris Boleh Mengajar Nilai-Nilai Islam?


Cuba tengok poem di bawah

Kali pertama saya dengar 'Poem' ini  dalam radio IKIM pun saya sudah tersentuh dengan nilai-nilai aqidah atau kesyukuran kepada Allah yang diketengahkan di dalamnya. Kemudian saya layari internet untuk mendapatkan keseluruhan 'stanza poem' tersebut. Mungkin terdapat perkataan yang agak susah difahami tapi tidak mengapa. Pastinya kita ada kamus sebagai rujukan di rumah, bukan ?

Poem ialah salah satu bentuk persembahan berunsurkan Islamik di dalam English Communication kelas saya. Sebelum menyuruh pelajar membuat persembahan, mereka perlu faham sedikit sebanyak apa yang mereka akan persembahkan. Sebagai guru saya akan menerangkannya dalam Bahasa Malaysia agar mereka dapat menghayatinya kelak semasa persembahan. Di sini unsur dakwah memainkan peranan. Disebalik tahu maksud perkataan bahasa Inggeris, saya menengahkan perlunya kepercayaan kepada qadha dan qadar Allah dan yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Selepas memahami dan menghayatinya, barulah mereka berlatih. Saya akan membantu mereka dari segi 'pronunciation', intonasi dan pause. Biasanya mereka tidak mengambil masa yang lama untuk berlatih persembahan ini.

Saya teringat seorang guru yang pernah mengajar saya Kimia di sekolah menengah. Setiap kali sebelum habis kelas dia akan mengambil beberapa minit untuk membaca dan membincangkan hadith atau apa-apa saja yang berkaitan dengan Islam. Walaupun kami mengeluh (maklumlah kelas itu biasanya betul-betul sebelum waktu makan tengahari), dia teruskan juga dengan perbincangannya agar kami mendapat sedikit ilmu tentang Islam. Alhamdulillah, akhirnya dengan berkat perbincangan ilmu yang sedikit ini dan ditambah  dengan ceramah-ceramah yang dia sendiri usahakan di sekolah, banyak perubahan positif berlaku bukan saja kepada para pelajar bahkan pada rakan sekerjanya juga.

Guru  saya ini telah meninggal dunia ketika saya masih belajar di peringkat universiti. Dia ditembak mati di Selatan Filipina semasa berdakwah di sana. Semoga Allah memberkati arwah Cikgu Zaki dan memasukkannya ke dalam Jannatul Firdaus dengan usaha beliau yang sebegitu banyak kepada kami, seluruh warga sekolah. Usaha inilah saya cuba ketengahkan dalam mana-mana kelas yang saya ajar suatu ketika dahulu. Sampaikan ilmu tentang Islam walaupun sedikit namun sentiasa istiqamah.

Persembahan 'Poem' biasanya hanya mengambil beberapa minit sahaja dalam kelas ini untuk mengelakkan rasa bosan. Maklumlah tidak banyak aktiviti dapat di jalankan di sini.Objektif utama di sini ialah menyelitkan kesedaran tentang akhlak dan akidah tentang Islam.

Bagaimana para guru dan pensyarah? Selalukah anda menyelitkan unsur-unsur aqidah dan akhlak dalam pengajaran anda? Sekiranya anda istiqamah melakukan demikian, InsyaaAllah, pelajar anda akan berubah kepada pelajar muslim yang taat kepada perintah Allah.

Bersambung. InsyaaAllah.  

Sunday, May 3, 2015

Introducing 'Choco Milk'
Rich in Calcium.....
Good for your health

Itulah contoh salah satu persembahan promosi produk oleh salah seorang daripada ahli kelas English communication beberapa tahun lepas.
Aktiviti ini tampak biasa saja bukan?
Pelajar hanya baca skrip, hafal dan buat praktis. Kemudian  dengan berdebar-debar dia akan mempersembahkannya.

Begitulah juga apa yang saya pernah lalui sewaktu mengambil kursus Public Speaking di universiti dahulu.Berdebar-debar sehingga terlupa beberapa ayat yang perlu saya nyatakan.

Dalam kelas English Communication saya, persembahan (presentatation)) tidak hanya melibatkan  hanya aktiviti di atas. Contohnya, untuk mempromosikan satu produk, mereka terpaksa 'menghasilkannya' walaupun ia sebenarnya hanya ' packaging ' bagi produk tersebut. Kata kuncinya 'Know your products well even before you present it.' Semuanya mem

Bagaimana mereka tahu perkataan yang akan mereka gunakan? Biasanya saya akan sediakan keratan-keratan promosi produk yang terdapat dalam dalam majalah bahasa Inggeris. (sekiranya tiada, kita boleh juga gunakan akhbar atau ' print'  iklan yang menarik).Iklan ini sudah semestinya dalam bahasa Inggeris sahaja. Daripada situ mereka cuba memilih ayat-ayat yang dapat menarik pelanggan untuk membelinya. Kemudian mereka akan melukis membuat poster iklan bagi produk tersebut. Untuk 'packaging' saya akan menyediakan kotak supaya mudah bagi mereka membuat pembalut yang menarik bagi produk yang mereka akan promosikan kelak.

Semasa membuat iklan ini saya akan mengawasi dari segi penggunaan perkataan. Adakalanya pelajar akan menanyakan maksud kandungan bahan-bahan dalam produk yang akan mereka iklankan agar mereka tidak tersilap. Namun sebagai manusia kita tidak terlepas dari terlepas pandang dan akhirnya kesilapan itu muncul juga semasa persembahan. Tidak mengapa, ini hanya satu proses pembelajaran.

Selepas mereka siap tibalah masa untuk bahagian persembahan. Mereka akan diberi masa beberapa minit untuk berlatih.Namun, perkara yang paling penting ialah tahu sebanyak mungkin tentang produk mereka sebelum mempersembahkannya. Saya  akan mengawasi mereka  bahagian intonasi dan pause.

Semasa bahagian persembahan semua pelajar mesti ke hadapan dan bercakap. Yang kurang pandai cakap sedikt, yang lebih pandai cakap lebih banyak. Ini bukan masanya untuk membaca. Sedikit sebanyak mereka perlu tahu dan hafal apa yang mereka ingin perkatakan. Bahasa badan dan intonasi adalah perlu ketika persembahan supaya promosi mereka menarik. Saya akan betulkan dari masa ke semasa atau mungkin selepas persembahan.

Menarik kan aktiviti sebegini? Tidak ada masapun untuk tidur! Yang pentingnya juga para pelajar 'enjoy' semasa belajar dan tanpa di sedari, mereka telah belajar bercakap beberapa perkataan dan ayat dalam bahasa Inggeris!
erlukan perbincangan dalam kumpulan. ' Product Packaging' dan poster antara dua benda yang perlu dihasilkan oleh mereka sebelum membuat persembahan. Kertas mahjong, Pensil warna, magic pen, crayons semuanya saya sediakan agar poster mereka berwarna warni dan menarik. Bahagian ini biasanya para pelajar sangat seronok kerana dapat 'menghasilkan' produk sendiri, melukis dan mewarna!

Antara aktiviti persembahan lain dalam kelas ini termasuklah  promosi tempat perlancongan dan persembahan memasak dan membuat eksperimen.

Bagaimana giru-guru, jangan biarkan pelajar anda tidur atau muka 'blur' dan monyok  saja dalam kelas anda. Jadikan setiap kelas anda menarik!
Bolehke nilai-nilai keislaman dan ilmu tentang Islam ditekankan dalam kelas English Communication? Bagaimana ? Saya akan bincangkan nanti, InsyaaAllah.

Popular Posts