Showing posts with label Islamic Academy. Show all posts
Showing posts with label Islamic Academy. Show all posts

Friday, March 16, 2012

Saat- Saat Kewafatan Rasulullah

source:malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com

Source: amizianazlina.blogspot.com 
 Subuh, Isnin 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah, bersamaan 9 jun 632 Masihi.
Orang ramai datang ke masjid bersembahyang subuh. Abu Bakar disuruh menjadi Imam oleh Rasulullah. Sewaktu mereka hendak memulakan sembahyang, tiba-tiba tingkap rumah Rasulullah SAW terbuka. Kelihatan Rasulullah SAW memandang ke arah orang ramai yang berdiri hendak bersembahyang. Rasulullah SAW kelihatan tersenyum dan wajahnya kelihatan berseri -seri. Melihat keadaan itu, Abu Bakar as Siddiq bercadang hendak menunggu kedatangan beliau menjadi imam tetapi Rasulullah SAW memberi isyarat supaya mereka teruskan bersembahyang. Tingkap kembali ditutup dan Nabi Muhammad SAW merebahkan badannya di tempat perbaringan. Tidak lama kemudian, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir....

Selesai solat dan mendapat berita kematian Rasulullah.....

Abu Bakar as Siddiq segera masuk ke rumah Rasulullah SAW. Di lihatnya jasad RasulullahSaw yang mulia itu terbaring dan seluruh jasadnya ditutup dengan kain. Abu Bakar bersimpuh di sisi jenazah Rasulullah SAW lalu membuka kain yang menutup wajahnya. Abu Bakar mencium dahi Rasulullah SAW lalu berkata," Kepada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali. Sesungguhnya maut itu yang sudah ditakdirkan Allah bagi sekelian makhluknyasudah tuan rasakan dan selepas ini tuan tidak akan merasakan kematian buat selama- lamanya."

Sumber: Abu Bakar Sahabat Sejati- Abdul Latip Talib.

Friday, December 16, 2011

Kenangan lama- Masjid Sacramento

Masjid Sacramento, California
Sebaik saja aku melangkah masuk ke bahagian bawah masjid, memori lebih dua puluh lima tahun lalu mengimbau kembali. Sewaktu aku belajar di sini, masjid ini pernah aku kunjungi beberapa kali untuk menghadiri ceramah dan tamrin.

Masjid Sacramento ini pernah  menjadi tempat tamrin pelajar perempuan Malaysia satu ketika dahulu. Di sini, dengan tidak disangka sangka aku bertemu kembali ramai sahabatku, kumpulan 40 orang pelajar yang tiba ke Fresno, California. Kami telah berpecah ke universiti masing masing setelah 3 bulan menghadiri Kursus Bahasa Inggeris di Fresno. Ada yang pergi ke San Diego, Los Angeles, Fresno, Stanislaus dan Sacramento.Tentu seronok dapat mengeratkan ukhuwwah yang  terputus selepas masuk universiti. Aku juga bertemu beberapa orang sahabat yang lain yang seusia denganku. Meskipun tamrin ini diadakan 2 hari saja, beberapa ceramah yang bermanafaat telah disampaikan untuk manafaat bersama. Alhamdulillah dapat juga kami menambah ilmu selain bersembang-sembang  untuk mengikuti perkembangan masing masing.

Masjid ini merupakan antara masjid yang tertua di California. Ingin tahu lebih lanjut tentang masjid ini dan siapa yang kami temui di masjid ini? Klik di sini.

Wednesday, December 7, 2011

Belajar Ibadah Korban Di Usia Muda di Michigan, USA

Kanak- kanak muslim di Akademi Islam, Ann Arbor Michigan sedang mempelajari ibadah korban dan cara mengerjakan haji.

111810_haji6.jpg

Maryam Jamil, 4, waits to give up her dollar bill to a cardboard sheep as part of the Michigan Islamic Academy's annual Haji program on Nov. 11. The Haji program gives students the chance to re-enact the pilgrimage rites at the various sites in and around Mecca.

Students at the Michigan Islamic Academy in Ann Arbor participated in the school's annual Haji program on Nov. 11. The Haji program gives students the chance to re-enact the pilgrimage rites at the various sites in and around Mecca.

http://annarbor.com/faith/michigan-islamic-academy-students-take-a-pilgrimage-to-mecca-without-leaving-class/ 

Popular Posts