Showing posts with label Ayat Al Quran. Show all posts
Showing posts with label Ayat Al Quran. Show all posts
Wednesday, February 3, 2016
Jom Baca dan Hayati!
Posted by
...
at
12:12 AM
0
comments
Labels:
Al Quran,
Ayat Al Quran,
malam dan siang,
peredaran bulan,
Surah Yaasiin
Friday, September 18, 2015
Hijrah Rasulullah (Bahagian 3)- Dari Al Nadwah ke Hazwarah
Dari al Nadwah, Rasulullah telah pergi
ke kawasan bukit Safa dan melalui satu kawasan yang disebut 'Hazwarah'
berhampiran rumah sepupunya Ummu Hani. '..langkah baginda terhenti, sebak tatkala mata memandang Makkah dari kejauhan. Sebak hati baginda melihat bumi tanah tumpahnya yang terpaksa ditinggalkan. Lalu baginda berkata:
Demi Allah, ( Wahai Makkah), engkaulah bumi Allah yang terbaik dan engkaulah bumi Allah yang paling dicintaiNya. Jikalaulah bukan kerana aku diusir keluar darimu, aku tidak akan keluar.
(Sunan at Tarmizi, Musnad Ahmad)
Allah s.w.t kemudiannya memujuk kesedihan hati Rasulullah s.a.w. itu dengan ayat-Nya(Tafsir Al-Jalalain):
"Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal, berhijrah meninggalkan Makkah, dan menyampaikan Al Quran ( wahai Muhammad)), sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai (bumi Makkah dalam peristiwa pembukaannya pada tahun 8 hijrah). Katakanlah kepada kaum yang menentangmu, Tuhanku mengetahui akan sesiapa yang membawa petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata.
(Surah Al Qasas, ayat 85)'
Lokasi bagi Hazwarah ini terletak berhampiran Bab Ajyad( pintu no 6).
Lawatilah tempat ini sambil menghayati kesedihan Rasulullah meninggalkan bumi Makkah ketika itu serta firman Allah dalam ayat Al Quran di atas.
Sumber:
1. Sirah Nabawiah s.a.w.-Safiyyu Al Rahman al Mubarakfuri(terjemahan YADIM)
2. Berjalan..Melihat...Mentafsir- Ust Abdullah Bukhari
3. Bayu Kerinduan Di Bumi Haramain- Ust Ahmad Husni Abd Rahman
Posted by
...
at
3:15 AM
0
comments
Labels:
Ayat Al Quran,
Bab Ajyad,
Bukit Safa,
Hijrah,
Rasulullah
Wednesday, September 9, 2015
The Great Salt Lake- Tasik Bergaram di Kawasan Pergunungan
Jika di amati dari jauh, tasik ini tidak ubah seperti tasik-tasik besar
yang saya pernah saya lawati. Air nya yang adakalanya tenang adakalanya
berombak tidak memberikan apa-apa ciri istimewa untuk di llihat.
Tatkala sampai di tepi pantai, airnya sangat surut. Untuk sampai ke gigi
air rasanya terpaksa berjalan hampir setengah kilometer! Terdetik di
hati ini," Ish...kenapalah kami ke sini...tempat yang bukannya pun
menjadi tumpuan pelancong!"Kami sebenarnya berada di sebuah pulau yang terletak di sebuah tasik di kawasan pergunungan. Mungkin ramai yang pernah mendengar nama bandar Salt Lake City tapi tak ramai yang ambil tahu kenapa ia dinamakan sedemikian. Salt Lake City sebenarnya sebuah banndaraya yang terletak di sebuah tasik yang besar yang bergaram iaitu The Great Salt Lake. Sebab itulah istilah salt atau pun garam terdapat dalam nama bandaraya i
ni dan nama tasik ini. Saiz tasik ini sangat besar, meliputi 1700 batu persegi atau 4402 km persegi. Saiz ini lebih kurang 16 kali ganda saiz Pulau Pinang!
Betulke tasik ini masin? 'Curiosity' menyebabkan saya nak mengesahkan sendiri tasik ini masin. Sampai saja di gigi air yang berselut itu, saya cuitkan sikit air tasik ini dan merasanya. Ya! Memang masin tapi memualkan sebab hanyir bercampur dengan selut! Berdekah dekah ketawa ahli keluarga lain melihat reaksi saya. Mujurlah air botol mineral kami bawa bersama. Dapatlah juga berkumur-kumur untuk menghilangkan bau hanyir air tersebut!
Pulau Antelope yang terletak di tasik ini merupakan antara pulau yang terbesar di sini dan diwartakan sebagai taman negara Amerika Syarikat. Disebalik kemasinan tasik ini sebenarnya pelbagai hidupan liar yang hidup di sini dengan wujudnya mata air di beberapa tempat dalam pulau ini. Dari sebesar besar bison( haiwan seperti badak sumbu) sehinggalah sekecil-kecil siput di pantai. Kuasa Allah yang menentukan bagaimana haiwan yang besar ini dapat sampai dan hidup di sini walaupun dikelilingi tasik yang masin.
Berbeza dengan Laut Mati di Jordan, laut ini masih boleh menampung hidupan kecil di dalamnya . Namun disebabkan kemasinan yang tinggi, ikan tidak dapat hidup di sini. The Great Salt Lake mempunyai hidupan laut seperti udang kecil dan alga laut yang menngundang ratusan burung layang -layang utuk hidup bersama flora dan fauna di pulau pulau sekitarnya.
Teringat saya seketika tentang sejarah tentang kaum nabi lut yang diturunkan bala oleh Allah disebabkan kegiatan homoseksualnya.
'Firman Allah yang bermaksud:
"Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang)."
Surah al Hijr: 73-76
Salah satu ciri tasik Nabi Lut ialah kandungan garamnya yang sungguh tinggi dengan isipadu garam hampir 30% . Oleh kerana itu, tiada sebarang organisme boeh hidup termasuk ikan dan lumut, sebab itulah di dalam penulisan-penulisan barat, tasik Nabi Lut dikenali sebagai " Laut Mati".
Berasaskan kajian geografi dan arkeologinya, penyelidik Jerman, Werner Keller telah mencatatkan bahawa bandar-bandar Sodom dan Gomorrah memang sebenarnya terletak di wilayah paling jauh dan paling rendah di Tasik Nabi Lut.'
Sumber- kaum- kaum yang pupus- Harun Yahya
Sejarah tentang penduduk The Great Salt lake ini tak banyak saya ketahui..Namun disebalik hembusan kuat angin dingin yang menyengat hingga ke tulang,kami bersyukur dapat menghayati kekuasaan Allah di sebuah pulau yang terletak di tasik bergaram di kawasan pergunungan Amerika Syarikat ini. Allahu Akbar.
Posted by
...
at
2:00 AM
0
comments
Labels:
Amerika Syarikat,
Ayat Al Quran,
Islam,
Salt lake City,
tasik,
The Great Salt Lake
Tuesday, August 25, 2015
Wednesday, July 8, 2015
Pulanglah...Raya Sangat Bermakna Bila Kita Di sisi Ibu dan Bapa
"Tau tak, sekali balik raya kami kena ada RM1000 dalam tangan. Kalau tak ada sebanyak tu memang susah," keluh seorang kenalanku. "Ya ka?" terkejut juga aku mendengarnya sebab aku sendiri jarang bertanya pada suamiku tentng hal hal perbelanjaan balik kampung.
"Ye, bukan duit minyak dan tol saja. Bila cuti umum saja, sewa hotel melambung-lambung." tambahnya lagi.
"Ni tak masuk persiapan raya lagi."katanya lagi.
Aku hanya mendiamkan diri. Memang tidak dapat dinafikan perbelanjaan balik kampung besar dan perit terutama sekali orang berpendapatan sederhana. Bagi yang ada rumah besar di kampung, penginapan tidak menjadi masalah. Namun bagi yang kampungnya hanya sebuah rumah pangsapuri, terpaksalah mengeluarkan duit penginapan di hotel pula. Hotel-hotel pula banyak mengambil kesempatan menaikkan harga di musim perayaan.
Itu perbualan kami beberapa tahun lepas. Belum pun timbul isu GST dan harga barangan dan minyak yang naik mendadak seperti sekarang.
Namun, bila difikirkan apalah dikira sangat untuk balik bertemu ibu dan ayah berbanding pengorbanan mereka selama ini. Apalah yang dikira sangat berbanding 'handphone' atau gadget yang kita tukar saban hari. Apalah dikira sangat berbanding makanan mahal di restoran yang kita makan kalau tak selalupun sekali sekala. Dan apalah dikira sangat berbanding percutian yang kita nikmati samada di dalam atau di luar negeri.
Baliklah...riak wajah ibu dan bapa di sebalik lapisan kedutan tua di muka mereka pastinya berubah. Kesedihan saban tahun menunggu kepulangan anak diubati dengan kehadiran walaupun sekejap insan-insan yang di pernah hadir sewaktu di alam rahim si ibu. Insan-
insan yang pernah didukung dan duduk di atas ribanya sewaktu masih bertahtih lagi.
Baliklah...walaupun seketika sekiranya kita berpeluang.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada orang tuamu. Hanya kepada Aku lah kamu kembali."
Surah Luqman: 14
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Takua Rendang Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kit...
-
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ...
-
Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah seje...
-
Masjidil Haram dan Menara Jam Bumi Haramain...Nama yang di berikan kepada Makkah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah. Saban tahun beg...
-
Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaa...
-
Baru baru ini dalam program Tanyalah Ustaz TV9, seorang pemanggil telefon telah menceritakan bagaimana seorang mualaf yang telah berpuluh-...
-
Raccooons- Pic Source: smashinglists.com Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi k...
-
"Kelas fardhu ain? Nak belajar apa lagi? Kan kita dah belajar dulu," kata seorang sahabat. Kami berjumpa di masjid selepas so...
-
Sumber- Scan Halal Sumber- Scan Halal Biasa dengar tentang scan halal ini? Di Malaysia mungkin kita berasa kurang perlu menggunak...

