Tuesday, March 19, 2013

Bagaimana Aku Mula Berminat dengan Astronomi

Bagaimana aku mula berminat dengan astronomi? Sebenarnya aku tak pernah pun minat astronomi semasa belajar samada di peringkat menengah mahupun di peringkat universiti. Cuma ketentuan Allah dimana aku sempat mengambil satu kelas astronomi sewaktu aku berada di Amerika Syarikat semata- mata untuk memenuhi kehendak  universiti untuk tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda. Di kelas inilah  kali pertama aku berpeluang memegang dan melihat melalui sebuah teleskop gergasi dalam satu balai cerap. Meskipun aku tidak dapat melihat bulan secara jelas pada malam itu, aku bersyukur kerana berpeluang menggunakan teropong yang sangat besar itu. Itulah kelebihan belajar di Amerika Syarikat ketika itu di mana kami dikehendaki mempelajari beberapa subjek di luar pengkhususan kami. 
Salah sebuah balai cerap
image source-elginpostcards.tri
Sebenarnya minat yang mendalam terhadap astronomi timbul semasa aku mengendalikan kelas tuisyen sains PMR tingkatan 3. Dalam bab astronomi pelbagai tajuk mengenai fenomena langit dan angkasa diperkenalkan. Atas insiatif sendiri aku cuba mendapatkan maklumat lebih mendalam berkenaan topik- topik tersebut melalui internet. Ternyata usahaku ini membuatkan aku lebih tertarik untuk mengetahui lebih banyak tentang topik-topik tersebut. Semakin bertambahnya ilmu astronomi semakin terpesona aku dengan kekuasaan Allah yang menciptakan alam angkasa lepas ini begitu tersusun mengikut garis panduan yang ditentukanNya.MasyaAllah.
Gerhana Bulan mengikut pendapat AlBiruni
Image source- sl.wikipedia.org

Pernah lihat gambar kejadian aurora? Ini ialah fenomena langit berwarna warni di waktu malam semasa musim sejuk. Fenomena ini hanya dapat dilihat di kawasan berhampiran kutub sahaja. Ia berlaku  akibat daripada ribut solar di permukaan matahari. Perbincangan tentang aurora terdapat dalam blog ini.http://myqisah.blogspot.com/2012/02/kejadian-aurora-januari-2012-yang.html

Angkasawan kita, Datuk Sheikh Muzaffar pernah ke space station di angkasa lepas beberapa tahun yang lepas. Space station ini ialah satu tempat yang disediakan untuk sesiapa saja yang berada di angkasa lepas samada yang mengalami masalah dengan kapal angkasa atau berada di sana untuk penyelidikan.

.Malangnya kita umat Islam tidak mengikuti jejak langkah saintis islam terdahulu yang banyak menyelidik tentang alam yang jauh dari bumi. Al Kindi misalnya, telah menulis lebih 16 buah buku yang diantaranya berbicara  tentang luas galaksi, fenomena astronomi dan karekter bintang. Manakala Al Biruni pula pernah berbicara lebih awal daripada saintis barat. tentang graviti dan gerhana matahari dan bulan. 

 
International Space Station
image source:library.thinkquest
Terbaru berkenaan astronomi ini ialah yang disiarkan dalam akhbar The star bertarikh 1 march 2013,  disiarkan  satu artkel bertajuk Really Far Out Tweets menceritakan bagaimana seorang angkasawan Canada, Chris Hadfield  menggunakan media sosial seperti twitter dan kamera berkuasa tinggi untuk berinteraksi dengan orang seluruh dunia tentang dunia di angkasa lepas. Sesiapa saja boleh menanyakan beliau tentang apa yang dia 
nampak di angkasa leas pada sesuatu masa atau soalan astronomi yang lain. Tahukah dari mana dia berinteraksi ? Tidak lain tidak bukan dari International Space Station yang juga berada di angkasa lepas!

Ingin mengikuti kisah pengembaraanku bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini.
Diskaun RM 4.00 bagi setiap pembelian sehingga 30  April 2013. Penghantaran adalah percuma.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts