Aurora yang berlaku pada Januari 2012 di Norway Source:http://www.nola.com/environment/index.ssf/2012/01/solar_storm_sparks_dazzling_no.html |
Fenomena ini berlaku kerana berlaku solar storm- ribut suria di kawasan permukaan matahari atau akibat ketidakseimbangan cas pada zarah-zarah di kawasan lapisan fotosfera pada matahari. Zarah- zarah bercas ini akan berlanggar dengan atom- atom di atmosfera seperti atom oksigen dan nitrogen apabila memasuki kawasan medan magnet bumi. Perlanggaran in akan menghasilkan pelbagai warna cahaya mengikut kedudukan atom-atom tersebut. Perlanggaran zarah bercas dengan atom oksigen boleh menghasilkan warna kuning kehijauan sekiranya dikedudukan tidak berapa tinggi dan warna merah dekiranya mencapai lebih jarak 200 batu. Perlanggaran dengan atom nitrogen menghasilkan warna cahaya ungu kemerahan. Sedikit tentang fakta sains yang saya perolehi di sini.
http://ffden-2.phys.uaf.edu/211.fall2000.web.projects/christina%20shaw/AuroraColors.html
Sebenarnya fenomena berkenaan aurora ini saya ketahui lebih mendalam semasa mengajar tuisyen sains tingkatan 3 lebih 8 tahun yang lepas.Oleh kerana saya terpaksa mencari butir butir lanjut berkenaan topik tersebut, saya telah menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat tersebut. Rupa- rupanya cahaya aurora ini bergerak- gerak dengan agak pantas seperti ribut dan menghasilkan pelbagai pemandangan yang menakjubkan, Masyaallah.
Sebagai seorang yang minat mengembara melihat alam semulajadi ciptaan allah saya memang amat teringin hendak melihat fenomena sebegini. Setakat ini saya masih belum berpeluang hendak melihatnya memandangkan tempat terjadinya fenomena tersebut berada jauh dari tempat yang saya tuju dan fenomena ini hanya berlaku pada musim dingin dimana suhu mencecah di bawah paras beku. Dr Hm tuah iskandar dalam bukunya.......(saya kurang pasti tajuknya) berpeluang melihatnya di British Columbia, di Canada. Sudah semestinya ia satu peristiwa yang menakjubkan baginya.
Sempadan Amerika Syarikat - Canada di Niagara Falls |
Sesungguhnya melihat alam semulajadi ciptaan Allah membolehkan kita mengagumi kekuasaan Allah yang Maha Pencipta. Cubalah lihat langit siang yang dilitupi awan kumulus yang disusun membentuk pelbagai rupa atau langit malam yang dipenuhi bintang bergemerlapan di kala anda dirundung resah. Insyaallah, anda akan merasa lebih tenang kerana penciptaan Allah ini mempunyai hikmah dan kesan tertentu terutama sekali dari soal akidah dan psilokolgi.
Ingin tahu di kawasan mana di Amerika Syarikat saya pergi mengembara pada tahun 2005 dan 2009? Klik di sini!
No comments:
Post a Comment