Wednesday, July 15, 2015

Berubahlah..walaupun sedikit

Dulu tempat inilah yang sering menjadi tumpuan, baik di malam raya  mahupun di pagi keesokkannya. Biar sekecil manapun rumah tersebut, beranda tetap di terangi. Tak kira samada lampu kelip-kelip mahupun sekadar lampu minyak tanah . Teringat pula sewaktu kecil  saya pernah menyalakan lilin di tepi anak-anak tangga dek teringin menerangi jalan menaiki ke beranda . Ketika itu membeli dan menyalakan lampu kelip-kelip hanya bagi golongan berada.


Wednesday, July 8, 2015

Pulanglah...Raya Sangat Bermakna Bila Kita Di sisi Ibu dan Bapa

"Tau tak, sekali balik raya kami kena ada RM1000 dalam tangan. Kalau tak ada sebanyak tu memang susah," keluh seorang kenalanku.
"Ya ka?" terkejut juga aku mendengarnya sebab aku sendiri jarang bertanya pada suamiku tentng hal hal perbelanjaan balik kampung.
"Ye, bukan duit minyak dan tol saja. Bila cuti umum saja, sewa hotel melambung-lambung." tambahnya lagi.
"Ni  tak masuk persiapan raya lagi."katanya lagi.

Aku hanya mendiamkan  diri.  Memang tidak dapat dinafikan perbelanjaan balik kampung  besar dan perit terutama sekali orang berpendapatan sederhana.  Bagi yang ada rumah besar di kampung, penginapan tidak menjadi masalah. Namun bagi yang kampungnya hanya sebuah rumah pangsapuri, terpaksalah mengeluarkan duit penginapan di hotel pula. Hotel-hotel pula banyak mengambil kesempatan menaikkan harga di musim perayaan.

Itu perbualan kami beberapa tahun lepas. Belum pun timbul isu GST dan harga barangan dan minyak yang naik mendadak seperti sekarang.

Namun, bila difikirkan apalah dikira sangat untuk balik bertemu ibu dan ayah berbanding pengorbanan mereka selama ini. Apalah yang dikira sangat berbanding 'handphone' atau gadget yang kita tukar saban hari. Apalah dikira sangat berbanding makanan mahal di restoran yang kita makan kalau tak selalupun sekali sekala. Dan apalah dikira sangat berbanding percutian yang kita nikmati samada di dalam atau di luar negeri.

Baliklah...riak wajah  ibu dan bapa  di sebalik lapisan kedutan tua di muka mereka pastinya berubah. Kesedihan saban tahun menunggu kepulangan anak diubati dengan kehadiran walaupun sekejap insan-insan yang di pernah hadir sewaktu di alam rahim si ibu. Insan-
insan yang pernah didukung dan duduk di atas ribanya sewaktu masih bertahtih lagi.

Baliklah...walaupun seketika sekiranya kita berpeluang.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah  dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada orang tuamu. Hanya kepada Aku lah kamu kembali."
Surah Luqman: 14

Wednesday, July 1, 2015

Popular Posts