Walaubagaimanapun kali ini aku terasa benar hendak keluar kota, bebas dari pencemaran udara yang semakin banyak dek ekzos kereta dan asap rokok yang sering memeritkan tekak setiap kali aku mengalami asthma. Kali ini kami hanya berkesempatan tinggal hanya satu malam di sini.
Mulanya perjalanan agak relaxing kerana jalan Kuala Kubu ke Empangan Sungai Selangor yang agak besar. Keadaan di sini agak berbeza dari dulu. Dulu perjalanan walaupun berliku, panoramanya sungguh indah dengan air terjun dan sungai yang mengalir deras menyusur di sebelah jalan. Kini sungai dan air terjun sudah tidak kelihatan. Jalannya agak lurus dan agak cepat kami sampai ke sini.
Panorama empangan Sungai Selangor memang indah dan luas terbentang. Empangan yang kini membekalkan air kepada jutaan penduduk di Selangordan negeri berdekatan sudah dipenuhi air walaupun dahulu telah mendapat tentangan pelbagai pihak. Hanya pihak yang terlibat saja akan berasa sedih melihat kampung halaman mereka kini tinggal kenangan. Aku memahami perasaan mereka kerana aku sendiri tidak mempunyai kampung halamanku lagi dek kerana ibuku hanya mempunyai keluarga angkat dan tidak mendapat apa-apa bahagian daripada harta pusaka. Namun itu hanyalah harta dunia yang tidak kekal. Lebih baik kita tumpukan kepada harta akhirat yang akan kekal selama-lamanya. Syaratnya kita sentiasa mengingati Allah dan mengikut apa yang di suruhNya.
Sampai saja di Bukit Fraser, kami terus mencari-cari gerai untuk makan tengahari. oleh kerana sudah letih dan pening dengan jalan yang bengkang bengkok menuju ke puncak, kami rasa lebih baik kami mengisi perut kami sebelum berehat di hotel. Keadaan di sini kelihatan agak berbeza dari beberapa tahun lepas. Tiada gerai-gerai yang kelihatan sebaik saja kami melepasi gate atas. "Alamak, macam ni berapa ratus nak kena keluar hanya untuk makan ni. Setiap kali kena makan kat hotel aje." bisik hatiku.
Ketika hendak melangkah keluar, aku bertanyakan tentang bagaimana dia tahu tentang kekosongan jawatan di universiti swasta tersebut. Dia memberitahu sebenarnya dia ialah seorang pensyarah di sana. Dia ke sana untuk membantu ibubapanya semasa hujung minggu sahaja. Selepas itu dia kembali ke rumahnya yang terletak sekurang-kurangnya tiga jam perjalanan dari situ.Itulah kali pertama aku berjumpa dengan seorang pensyarah yang tidak segan silu menolong ibubapanya menjaga gerai. Sememangnya aku menyanjungi sikap insan yang berhati mulia ini yang jarang-jarang sekali aku temui di kalangan umat Islam di negara kita.
Ingin belajar cara buat duit dengan menulis artikel? Klik di sini.
No comments:
Post a Comment