Friday, November 26, 2010

Travelog Perjalananku di Amerika Syarikat. Sedikit Kupasan tentang Putik-Putik Islam Yang Kian Berkembang


Buku Putik-Putik Islam Yang Kian Berkembang sebenarnya sebuah travelog yang menceritakan tentang pengembaraan penulis sekeluarga melawat beberapa buah negeri di Amerika Syarikat bermula dari New York hinggalah California iaitu sebelah barat Amerika Syarikat.Selain daripada melawat tempat- tempat menarik di sana, penulis telah berkunjung ke masjid, Islamic Center dan penempatan orang Islam di sana. Menariknya  penulis dapat bertemu dan berinteraksi dengan beberapa orang Islam di sana untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kehidupan orang Islam di sana seperti cara mereka menyara hidup dan pendidikan Islam contohnya di Dearborn, MIchigan. Oleh kerana penulis pernah belajar di California selama beberapa tahun, penulis sekeluarga sempat bertemu dengan salah seorang sahabat yang juga bekas AJK masjid Fresno, California. Penulis juga di ketemukan  dengan beberapa orang Islam di sana dengan tidak disangka-sangka seperti pegawai imigresen, kerani syarikat menyewa kereta, pemilik kedai dan pemandu teksi.Alhamdulillah, Allah telah permudahkan pengembaraan penulis semasa berada di sana dengan bertemunya insan-insan tersebut.


Selain daripada itu, sambil berkunjung kembali tempat yang pernah penulis belajar dan tinggal di California, penulis telah mengimbau kembali  kenangan sahabat-sahabat lama yang pernah sama-sama belajar dan berusrah.  Sahabat-sahabat itu ada yang terdiri daripada mat saleh(Caucasians), black Americans, Iranians, Chicano dan Indonesian.

Penulis dapat perhatikan daripada pengembaraannya, Islam kini berkembang luas di Amerika Syarikat dengan jumlah masjid dan Islamic Center yang kian bertambah dan  begitu ramai umat Islam yang tinggal di sana terutama sekali apabila bertemu ketika menunaikan solat jumaat. Di sana solat jumaat dihadiri oleh kaum wanita juga. Oleh itu penulis sempat bertemu dengan wanita Islam dari pelbagai bangsa.

Penulis tertarik dengan artikel dalam  Harakah 22-24 okt 2010-oleh Abd Shukri Harun berkenaan Joseph Cohen, seorang berbangsa Yahudi yang berasal dari Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam semasa berada di Gaza. Dalam artikel itu Yousef Al Khattab(Nama Islam Joseph Cohen) menceritakan bagaimana dia mendapat pendedahan mengenai Islam melalui  peribadi muslim sejati yang ditunjukkan oleh penganut Islam di Barat iaitu lebih kepada kepatuhan mereka terhadap ajaran Islam, dalam masa yang sama  mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai golongan masyarkat di US. Ketika  umat Islam di sesetengah negara Arab tidak boleh diharapkan, umat Islam di dunia Barat kelihatan benar-benar sedang bangkit.

Benarlah apa yang didendangkan oleh penyanyi Islam yang terkenal, Maher Zain dalam lagunya

 Awaken

Chorus:
I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes, It's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Delso
We made  sure we were seen in the most exclusive shops
Yet we felt so satisfied

We felt our money gave  us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were
so busy feeling so satisfied.

Kita biasa dan selalu menempelak pihak barat dan mengatakan kita orang Islam yang dah ok tapi sebenarnya kita hanyut  dengan keadaan okay Islam kita dan peranan kita sebagai Khalifah Islam di bumi sendiri. Sedangkan di barat, orang Islam sedang bangkit menjadikan  Islam sebagai cara hidup dan panduan hidup mereka. Paling terkini ialah tertubuhnya Kolej Zaytuna, Universiti Muslim pertama di California. Fikir-fikirkanlah.  

Untuk mendapatkan  buku Putik-Putik Islam Yang Kian Berkembang sila lihat posting dalam blog ini juga. Boleh di beli secara online.
 http://myqisah.blogspot.com/2010/11/travelog-pengembaraanku-di-amerika.html

No comments:

Post a Comment

Popular Posts