Monday, October 26, 2009

Negara China ialah satu negara yang kukenali satu masa dulu hanya melalui pelajaran sejarah yang kupelajari sewaktu dibangku sekolah dulu. Maharaja China Genghiz Khan dan Kublai Khan merupakan diantara maharaja China yang terkenal dengan kekuatan mereka. Pengaruh China di Tanah Melayu bermulanya dengan lawatan Cheng Ho ke Melaka.Perkahwinan antara Sultan Melaka dan Puteri Hang Li Po antara sebab kukuhnya hubungan China dan Kesultanan Melaka.
Akhir tahun 2008 aku bersyukur kerana dapat menjejak kakiku ke Tanah Besar negara China. Tempat yang ku dapat lawati kebanyakannya sekitar Beijing sahaja. Kenapa aku pilih China sebagai satu destinasi pelancongan? China pernah dikatakan sebagai akan muncul salah satu kuasa besar dari segi ekonomi menandingi negara barat.Mengikut sejarah, sahabat Nabi, Saad b Abi Waqas telah dihantar oleh Uthman bin Affan ke China sebagai utusan khas untuk mengadap maharaja Gaozong, Maharaja China ketika itu. Maharaja ini kemudian mengarahkan orangnya supaya membina masjid yang pertama di China iaitu di Canton. Bilangan orang Islam bertambah dari sehari ke sehari sehinggakan Nanjing dijadikan pusat pengajian Islam di China. Malangnya semasa dinasti Qing berlakulah zaman kesulitan bagi orang Islam dimana mereka dilarang membina masjid dan ketika itu berlaku pulak konflik dalaman Semasa revolusi budaya, banyak pusat -pusat ibadat seperti masjid, kuil dan tokong telah dimusnahkan. Malah dikatakan salinan-salinan Quran pun turut dimusnahkan . Era kebangkitan Islam kini berlaku di China. Orang Islam mula dapat mempraktikkan suasana Islam dengan lebih selesa sekarang.
Semua ini bermain difikiranku sewaktu aku memilih China sebagai destinasi pelancongan. Aku ingin melihat bagaimana keadaan orang Islam di sana dan sedikit sebanyak menjejak suasana Islam di sana.Di samping itu aku ingin melihat apakah kelebihan orang China sehinggkan mereka dapat menjadi negara yang maju sekarang.
Sewaktu aku sampai, suhu di Beijing ialah 2 celsius. Waktu itu baru pukul 8 pagi. Mulanya tak terasa kesejukannya kerana kami biasa dengan suhu yang lebih sejuk dari itu. Pemandu pelancong kami ialah Jessica dari syarikat .Selepas check in di hotel, kami dibawa menjamu selera di sebuah restoran muslim tidak jauh dari situ. Masa itulah kami diperkenalkan dengan masakan orang negara China dan....sup telur. Sup ini sememangnya bukan cita rasa orang Malaysia. Saya rasa sup ini hanya diletakkan air dan telur dan garam sahaja. Setiap kali hidangan makanan memang disediakan sup. Sup telur adalah antara sup yang payah nak masuk anak tekak kami.Secara umum orang China di sana tidak tahu dan faham bahasa Inggeris.Semasa makan, kami telah dihidangkan teh China, satu satunya minuman yang terdapat di situ. Kami telah cuba memesan dengan bahasa Inggeris air panas sahaja. Malangnya mereka tidak faham. Ketika itu Jessica berada dibahagian bawah restoran dan kami makan di bahagian atas.Terpaksalah kami minum juga teh China bersama hidangan yang disediakan.Selesai kami makan tengahari kami di bawa ke sebuah masjid iaitu Masjid Matien yang dibina lebih 700 tahun dahulu. Kami telah solat jamak zohor asar di sana. Dari luar memang kita tak tahu ianya adalah sebuah masjid. Papan tanda hanya ditulis dengan tulisan Cina dan kami tidak memahaminya. Masjid ini dikelilingi oleh 2 lapisan tembok, dan tidak kelihatan dari luar.Untuk memasuki masjid ini kami perlu melalui dua pintu gerbang sebelum sampai ke bangunan yang sebenarnya. Melangkah masuk melepasi pintu gerbang yang kedua, barulah kami nampak keseluruhan bangunan tersebut. Pada pandangan pertama kesemua masjid lama di Beijing kelihatan seperti tokong cina. Sebelum solat kami masuk ke bilik air di bangunan yang berasingan.Tidak ada paip di dalam bilik bilik tersebut. Namun disediakan bekas seperti penyiram pokok untuk bersuci. Air panas memang disediakan memandangkan cuaca di Beijing sudah semakin sejuk.
Bahagian hadapan masjid dihiasi dengan pasu tembikar yang besar.Di Beijing memang orang tak risau keselamatan pasu-pasu tembikar antik yang besar. Rasanya di Malaysia sebuah pasu antik sebegitu sudah mencecah ribuan ringgit. Bahagian utama ruang solat iaitu ruang solat lelaki dihiasi dengan tulisan kaligrafi ayat-ayat Allah. Ketika melangkah masuk ke dalam ruang solat wanita kami dapati ada meja tersusun berderet dibahagian tepi. "Oh, ada kelas agama disini!" aku mengagak. Silap tekaan ku.Rupanya meja itu disediakan untuk orang yang tidak dapat duduk di bawah dan memerlukan kerusi untuk solat. Tempat solat di letakkan kain putih. Rupanya kain putih itu bukannya untuk tempat sujud tapi tempat kita duduk semasa solat. Semasa sujud kepala hendaklah berada ditempat yang tak berlapik. Suhu didalam masjid sangat sejuk. Terketar-ketar kami memakai telekung untuk solat. Ketika melangkah keluar terdengar orang berkata" kajang! kajang!". Rupanya itu orang Pakistan yang sedang mempromosikan kacang campuran madu mereka. Mereka seolah-olah tahu kami orang Malaysia bila melihat pakaian dan perwatakan kami.
Cerita seterusnya.....Summer Palace, Beijing.

Monday, October 19, 2009

Starry starry night

I heard a remark on the radio IKIM.....some of the songs that we used to lullaby babies or children here are not really suitable. One example is buai laju laju sampai pokok sena, apa dalam baju , Kuntum bunga cina. I agree with the person on the radio that stated we should encourage songs like twinkle twinkle little star, how I wonder what you are. up above the sky so high like a diamond in the sky. The lyrics itself encourage the listener to think about what are actually stars. This could lead the interest of the young boy or girl into the introduction of astronomy. Of course a baby or a child age three and below would not know anything about astronomy. But we have to start somewhere. I remember taking a course in Introduction to astrnonomy back during my student days at the university. I didn't learn much as the class was held at night and I wasn't that nocturnal kind of person. The only thing I remembered was holding a very big telescope which was more than two meters in length. My Iranian classmate used to laugh at me every time I fell asleep in the class. Luckily it was a pass fail course. Alhamdulillah I managed to pass the class. I had actually learnt a lot about astronomy while searching information for my tuition classes and for teaching my children. Besides books, I had to rely on the internet for more information to help me understand more and teach more facts beyond what was in the books. What was interesting was as much as I was impress with the colourful pictures availabled in the internet, I was also able to impress the students and my children. I remembered teaching for the Ist time about ISS, which I hadn't the slightest idea what it was before that. With the help of the internet, I was able to show the pictures of the ISS. Coincidentally just a few weeks after that Dr Sheikh Muzaffar took off in the space shuttle to ISS carrying some items from Malaysia and performed solat there. Yup, internet really helps if you have the interest to dig the information there. And the person on radio IKIM was right. Malaysians should take more interest in astronomy. He personally took a single course in falaq just for his own general knowledge. No doubt by looking at the twinkling stars at night provide a peaceful and serene moment . I'm one of those who feels the calmness by looking at the twinkling of stars. MasyAllah. However, Malaysians should perhaps look beyond that to make us a more knowlegable and advanced person.

Popular Posts