Wednesday, September 22, 2010

Cheng Ho

"Tau tak arwah Pak Su kita ni ada keturunan Yunan?" kata kakakku semasa kami bersembang santai tak lama dahulu. " Yunan yang di negeri China tu ke?" tanyaku. "Ye lah, hebat betul keluarga kita," kata kakakku lagi sambil menerangkan bagaimana dia mendapat maklumat tersebut. Sememangnya kami memang bangga dengan keluarga kami yang terdiri daripada pelbagai keturunan. Disebelah pihak ayahku, kami mempunyai keturunan Melayu dan India dan nyaris-nyaris ada keturunan British. Di sebelah emakku kami mempunyai keturunan Cina, namun kami tak dapat mencari salasilanya kerana emakku anak angkat. Ini dah semangat Satu Malaya(masa tu Malaysia belum di tubuhkan lagi).Arwah pak Su tiada kaitan dengan keturunan keluargaku kerana yang mempunyai pertalian darah ialah Mak Su. Meskipun demikian bila di sebut Pak Su berketurunan China Yunan, aku teringat tentang Laksamana Cheng Ho yang juga keturunan Yunan. Apakah Pak Su ini keturunan Cheng Ho juga?

 Kali pertana aku berminat tentang Cheng Ho ini ialah semasa melihat drama bersiri 'Melaka' di TV, kalau tak silap dibintangi oleh Ahmad Tarmimi Serigar. Tak ingat pula siapa yang berlakon sebangai Cheng Ho. Cuma drama ini membuka minda/mata ku tentang Chen Ho sebenarnya seorang Islam dan bagaimana pengaruh China datang ke Melaka. Aku ingat-ingat lupa tenatng drama itu tapi bagi ku drama itu sangat informatif walaupun aku gagal menarik anak-anakku melihatnya.

Beberapa tahun lepas(dah lama juga lah) aku telah berkesempatan melawat Muzium Cheng Ho. Oleh kerana aku sekeluarga sering ke Melaka, terasa boring untuk melawat tempat-tempat yang sama. Jadi kami membuat keputusan untuk pergi ke Muzium Cheng Ho yang terletak di Jalan Hang Jebat di tengah tengah Bandar Melaka. Mulanya kami terkejut bila sampai di sana dan di beritahu bayaran masuk ke muzium ini ialah RM 15. "Mak oi! Mahalnya. Tak pernah kami masuk muzium sebagini mahal!" terkejut aku lantas bersuara. " Tak mahallah." ujar nyonya yang sedang duduk di sampaing penjual tiket. " Ada banyak yang boleh lihat di sini. Muzium ni lain dari yang lain, " ujarnya lagi. Kami berfikir sejenak samada bayaran ini akan berbaloi atau tidak." Tak apalah. Kita dah sampai pun. Sekali sekala tak apalah," kata suamiku. Akhirnya kami bersetutju.

Setelah membuat bayaran untuk sekeluarga, nyonya itu datang kepada kami  dan bertanyakan samada kami memerlukan "tour guide" untuk lawatan ini. Perkhidmatan 'tour guide 'ini adalah percuma. "Boleh juga. Boleh dapat banyak informas," kataku lagi, sambil bersetuju. Rupa-rupanya nyonya itulah tour guide kami! Meskipun dia berbahasa pelat Melayu- Cina kami bersyukur mendapat penerangan yang banyak daripadanya.

Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam muzium ini, kami di suruh melihat sebuah tayangan video sebagai mukadimah penerangan tentang Cheng Ho. Selepas itu kami di bawa ke  bahagian hadapan dimana terdapat beberapa foto orang Yunan dan penempatan mereka.Nyonya itu telah menerangkan tentang Cheng Ho yang sememangya asalnya seorang muslim.Selanjutnya kami diberi penerangan tentang peralatan  yang digunakan oleh orang Melayu tetapi sebenarnya berasal dari China.

Bahagian atas dan seterusnya lebih kepada replika tentang pengembaraan Cheng Ho. Contohnya kapal-kapal dalam pelayaran Cheng  Ho dan peta perjalanannya. Terdapat model yang menunjukkan keadaan bahagian dalam kapal Cheng Ho. Model ini mempunyai saiz yang sebenar tapi hanya sebahagian sahaja bahagian kapal yang di pamerkan. Kalau tak silap aku, bahagian bilik tidur dan dapur.

Turun ke bahagian bawah muzium di pamerkan dengan saiz sebesar sebuah bilik ialah bahagian dalam kapal yang memuatkan binatang-binatang yang dihadiahkan oleh raja atau ketua satu-satu tempat yang disinggah oleh Cheng Ho semasa pelayarannya. Kalau tak silap saya terdapat seekor zirafah yang sangat tinggi di sini, setinggi tingkat dua bangunan ini. Pemandangan di sini sangat menakjubkan kerana aku sendiri tak dapat gambarkan bagaimana binatang ini boleh 'survive' dalam pelayaran sebegini.

Terdapat bahagian-bahagian lain  yang di pamerkan disini termasuk sebuah loceng.Walaubagaimanapun aku kurang mengingati asal loceng ini. Di dalam muzium ini juga terdapat sebuah telaga yang telah dibina pada zaman dahulu. Dikhabarkan tapak muzium ini sebenarnya sebuah gudang yang sememangnya terletak di bandar Melaka lama.

Kisah tentang Islamnya Cheng Ho ini tidak banyak di paparkan di muzium ini tetapi dengan melawati muzium ini, ia sedikit sebanyak membuka mataku tentang orang Islam di China, khususnya Cheng Ho dan pengaruh China Muslim di bandar Melaka.

Kisah Cheng Ho yang lebih lanjut telah aku perolehi daripada buku Laksamana Haji Muhammad Cheng Ho yang di usahakan oleh Saudara Ann Wan Seng.

Popular Posts