Aku teringat salah seorang rakanku pernah menelefon bertanyakan tentang tempat makanan Melayu. "I kat Komtar ni menuju ke Jalan Burma. Tak nampak makanan Melayupun.Mana nak makan ni.?Help!" tanya rakanku yang kali pertama pergi ke Pulau Pinang. Hari dah semakin gelap ketika itu.Rakanku ini orang Terengganu. Memanglah di Terengganu cukup senang nak makan sebab kebanyakannya penduduk di sana orang Melayu. "Sebenarnya you should go arah ke Glugor or Bayan Baru. Situ kawasan Melayu banyak.Tapi tak palah.Okay, lani you pi arah ke Tanjung Tokong ajelah.Kat situ ada kedai mamak dan gerai-gerai Melayu.Kedai mamak tu bersih sikit," kataku, sambil bertindak sebagai pegawai Pelancong sementara. " Kedai mamak...ala kedai melayu tak ada ke?" tanya rakanku lagi, tekak 'ganu'nya susah nak terima masakan mamak." Ada gerai kat kawasan tu tapi parking susah sikitlah. Ada satu tempat dekat roundabout Gurney Drive ada section makanan Melayu. Tapi tempat ni pun susah nak parking sebab lani weekend and school holidays," kataku lagi.Sepuluh minit kemudian dia sms bertanyakan nama kedai mamak tersebut sebab nak gunakan GPS. Dia tidak menghubungiku lagi selepas itu.
Sebenarnya makanan mamak yang biasa kita makan di negeri-negeri lain ada bezanya terutama sekali nasi kandar. Aku dah pergi ke banyak kedai mamak di Lembah Klang ni. Satu kedai pun tak memuaskan hati. Kalau nak nasik kandar yang betul nasi ini mesti di bubuh dengan sekurang-kurangnya 8 jenis kuah kari termasuk daging masak hitam. Kuah daging masak hitam ni mesti pekat dan berempah. Ada seorang mamak yang menerangkan kepadaku ketika aku memintanya nasi kandar. "Kena tunggu sikijap. Kuah tara cukup.Misti ada 8 kuah baru cukup!"katanya. Tapi 8 kuah tu bukannnya disertai dengan 8 lauk. Bankraplah kita kalau nak beli sepinggan nasi kandar dengan 8 lauk. Biasanya nasi kandar yang aku beli hanya satu lauk (samada ikan bawal hitam adatu daging) dan satu jenis sayuran beserta papadom. Hah! Tu lah nasi kandak(kandar) yang sebenar-benarnya. Kalau lagi banyak jenis kuah lagi menjilat jarilah.

Asalnnya popia ini makanan orang Cina. Namun, oleh kerana sejak dari kecil lagi aku dan keluargaku was-was dengan makanan cina, kami telah memilih popia mamak yang kulitnya dibuat sendiri oleh mereka. 100% produk mamak. Jangan terkejut kalau orang Pulau Pinang memanggil 'keling' sebagai istilah bagi mamak. Macam Masjid Kapitan Kelinglah. Di Pulau Pinang, orang pure Penang panggil mee keling, popia keling, keling roti dan bukannya mee mamak, popia mamak dan mamak roti. Kalau di lembah Klang panggilan keling ialah satu panggilan yang hina bagi orang India.(Ini menurut bekas anak muridku yang berbangsa India).
Ingin tahu kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini!
ooooo baru tau pasal 'keling' tu. haha
ReplyDeletebukan mak dah ckp ke? -syedah
ReplyDeleteade ke? tak igt punnn
ReplyDeleteish..memang byk kedai nasi kandar yg best2 kat penang ni.
ReplyDelete