Friday, January 21, 2011

Lagi kisah makanan Pulau Pinang

Selain daripada nasi kandar dan popia, pasembur (orang Penang sebut Pasembog-ada sebutan 'ain kat belakang) ialah satu lagi makanan istimewa Pulau Pinang. Kalau di KL atau tempat lain ia disebut Rojak. Pasembur Pulau Pinang ni kesedapannya terletak pada kuahnya yang di buat daripada keledek. Kalau pasembur kuahnya macam kuah kacang, tu bukanlah pasembur Pulau Pinang. Pasembur Pulau Pinang ni boleh dipilih sama ada yang biasa atau yang mahal . Bagi yang biasa ia terdiri daripada campuran cucur, tauhu(taukua), telur, kentang ,sengkuang dan timun. Bagi yang mahal bolehlah pilih sendiri cucur dan juga udang serta ketam.
Adakah pernah kita terfikir bagaimana makan pasembur yang ada ketam? Sebenarnya ketam goreng yang djual sekarang berbeza daripada ketam goreng pasembur yang dijual dahulu. Sepatutnya ketam yang digunakan adalah ketam lembek. Tahu apa ketam lembek? Ketam lembek bukannya ketam yang sudah tak elok seperti yang kita pernah makan di beberapa restoran. Orang Penang kata ketam yang tak elok itu ketam medak. Sebenarnya ketam lembek ialah ketam yang baru salin kulit. Ingat ketam selalu salin kulit ketika membesar....rujuk fakta sains...ketam dan udang mempunyai rangka luar tak sama seperti mamalia, manusia dan burung.Maknanya kita boleh makan ketam dengan kulit-kulitnya sekali sekiranya kita menggorengnya. Sekarang ni dengan laut tercemar bukan mudah nak cari ketam atau udang lembek.  Jadi bolehlah kita bayangkan betapa sedap dan puasnya makan ketam dan udang lembek yang sudah di goreng!

Selain daripada pasembur, Pulau Pinang mempunyai jenis roti canai yang dibuat dalam bentuk dan rasa yang berbeza. Selain daripada roti canai, roti telur, roti sardin, disini ada roti tisu dan roti helikopter. Sebenarnya kedua-dua roti ini sama saja cuma bentuknya berbeza. Kedua-dua roti ini sebenarnya roti canai yang dicanai nipis dan dituang susu pekat diatasnya selain dari gula dan majerin. Cuba kita bayangkan kita mengeluarkan tisu dari kotak dengan sopan menggunakan 3 jari saja. Ada satu ketika ia akan berbentuk kon. Itulah bentuk roti tisu. Manakala roti helikopter berbentuk kipas helikopetr, dimana roti ini di gulung berbentuk kipas helikopter. Tapi rasanya tak ada bentuk kipas pun. Roti tisu dan helikopter ini biasanya tidak mengenyangkan. Hanya sesuai dijadikan snek saja atau sebagai sampingan bagi sarapan pagi.

Itulah sedikit sebanyak makanan mamak di Pulau Pinang yang di rasakan agak special.




Ingin belajar cara buat duit dengan menulis artikel? Klik di sini

No comments:

Post a Comment

Popular Posts