Sumber- Scan Halal |
Sumber- Scan Halal |
Sekiranya berada di Amerika Syarikat, antara cara yang paling mudah mengetahui barangan itu dibenarkan syarak ialah menggunakan aplikasi scan halal ini . Apa yang pelu dibuat ialah scan dan anda akan mendapat maklumat tentang satus halal barang tersebut.
Selepas anda scan, di skrin itu mungkin akan terpapar 'You can use this product', 'doubtful(mencurigakan) atau 'You're avoiding this product'.
'You can use this product' maksudnya semua isi kandungannya halal dan anda boleh menggunakannya tanpa was was. 'Doubtful' menandakan terdapat bahan bahan mencurigakan (tak pasti halal atau tidak) dalam produk tersebut. 'You're avoiding this product' menandakan terdapat bahan yang haram dalam produk ini. Oleh itu elakkan memakan atau menggunakan produk ini.
Sekiranya bahan itu 'doubtful' sila sentuh bahagian 'Ingredients' dan akan di paparkan bahan-bahan di dalamnya. Perkataan yang bergaris itulah yang menyebabkan barangan itu mencurigakan. Kemudian sentuh bahagian bergaris itu dan akan dipaparkan kenapa bahan kandungan itu dikatakan mencurigakan. Dengan itu anda tidak akan tertanya-tanya kenapa barangan itu lebih baik dijauhkan.
Sumber Scan-halal |
Sekiranya anda scan satu barang dan dipaparkan 'You're avoiding this product' ia bermakna barang ini haram digunakan. Sentuhlah bahagian 'Ingredients' dan anda akan diberikan senarai bahan-bahan didalamnya. Kemudian bila sentuh perkataan bergaris dalam bahagian 'Ingredients' itu, akan dipaparkan kenapa bahan itu haram dimakan dan digunakan.
Anda akan lihat ada satu lagi bahagianiaitu 'Alternatives' pada skrin tersebut. Di sini disenaraikan barangan alternatif yang boleh digunakan sekiranya anda tidak boleh menggunakan barangan yang anda scan. Sekiranya barangan itu boleh digunakan pun disenaraikan juga cadangan barangan altenatif yang boleh digunakan. Mana tahu entah-entah produk itu lebih baik daripada produk yang anda scan.
Anda juga akan dapat perhatikan produk-produk yang sedang di scan oleh pengguna-pengguna lain di seluruh dunia. Selain daripada Amerika Syarikat, ada pengguna scan halal ini daripada Dubai dan Saudi Arabia. Saya sendiri pernah mencuba halal scan ini untuk mengesahkan scan ini berjaya atau tidak di gunakan di Malaysia. Alhamdulillah ia berjaya setelah saya taip barcode produk tersebut. Malangnya barangan yang dibeli 4-5 tahun lepas di Amerika Syarikat tidak dapat lagi saya scan dan perolehi maklumat berkenaannya.Mungkin sebab barcode tersebut sudahpun ditukar.
Ingin diingatkan bahawa aplikasi ini ada beberapa kelemahan juga. Oleh itu kita perlu merujuk pada senarai barangan halal yang lain juga semasa membeli.
Bagaimana dengan anda yang berada di Amerika Syarikat, sudah cuba aplikasi.ini?
Bersambung.
Bagus π ππππππππ
ReplyDeletePlanet jelly
ReplyDelete