Friday, June 21, 2013

Jika Ditimpa Musibah, Suluh Diri Kita Dengan Suluhan Nabawi.

Teladani Rasulullah saw dalam menghadapi ujian yang berat dalam hidup baginda kemudian suluh akan diri kita dengan suluhan nabawi.

Rasulullah saw pernah dicampak kotoran ke atas kepala Baginda, dibaling batu hingga luka, muka dan kakinya serta patah giginya, dipulaukan sehingga terpaksa memakan daun- daun kering, diusir dari Makkah, kampung halamannya, isterinya difitnah, dibunuh empat puuh sahabatnya dalam perjaanan berdakwah, kematian anak- anaknya, dihimpit kelaparan sehingga terpaksa mengikat perut, dituduh sebagai gila serta ahli sihir dan sebagainya.

Apabila ditimpa musibah, amalkan mengucapkan "Inna lillahi wainna ilaihi raji'un" yang bermaksud: 'Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya kita akan kembali."

Ia adalah doa yang akan dapat meredakan kesedihan kita dengan mengakui qadak dan qadar daripada Allah swt.

Selain itu ucapkan doa yang bermaksud," Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah ganjaran terhadap musibah yang aku lalui dan gantikan bagiku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya,"

Orang yang menyedari hakikat dunia sebagai ujan, dia akan terus berusaha kerana dia memiliki dua unsur motivasi dalam dirinya. Pertama, dia tahu bahawa hidup adalah ujan. Kedua dia tahu bahawa apa saja yang dilakukannya akan mendapat ganjaran walaupun gagal di dunia, tetap memperoleh ganjaran di akhirat.

Ust Mohd Sukki Othman solusi isu 21

Wednesday, June 19, 2013

Friske Orchards- Pengalaman Istimewa di Ladang Epal

Perjalanan di pinggir tasik Michigan dalam suasana yang kelam dan mendung kadangkala membosankan. Sesekali kami sekeluarga akan mengambil gambar setiap kali masuk ke kawasan pekan.  Ada kalanya ia hanya sebuah pekan yang sangat kecil. Aku pernah ternampak sebuah gereja yang sangat kecil yang hanya boleh memuatkan 3-4 orang sahaja. Begitu berbeza dengan masjid yang sentiasa mementingkan solat jamaah, sudah semestinya perlu ruang yang lebih besar daripada itu. 

Memikirkan kami yang susah mendapat diet sayuran  semasa perjalanan, aku menyarankan agar anakku yang ditugaskan untuk memandu kereta ketika itu supaya berhenti di tempat yang ada menjual buah- buahan. Ditaqdirkan Allah, tak lama selepas itu kami telah melalui sebuah ladang epal yang besar dan di kawasan ini jugaklah terdapat sebuah kedai yang agak besar menjual buah buahan segar.

" Mak, ada kedai jual buah kat depan. Nak singgah tak ?" tanya anakku yang sedang memandu. Aku yang ketika itu sedang lena di buai mimpi, tersentak bila terdengar soalan anakku. 
"Dah terlepas, macamana nak pusing balik tak?" tanya anakku lagi  apabila tidak mendapat respon dariku. 
"Haah, ya, pusing balik. Jom kita pi kedai tu. Mak dah tak sabar nak makan fresh fruits sini, kataku dengan segera. Anakku terus membelokkan kereta ke kanan untuk berpatah
balik.


Sebaik saja kereta kami berhenti di hadapan kedai tersebut, berebut- rebutlah kami keluar dari kereta. Apabila mengembara dengan kereta biasanya kita tak sabar- sabar untuk  keluar dari kereta supaya dapat melonggarkan otot- otot  yang tegang akibat  duduk begitu lama. Oleh itu setiap kali berhenti, kami berasa lega kerana dapat luruskan badan dan kaki  serta berjalan- jalan.

Kedai Buah-buahan Friske Orchards ini  agak besar. Di sebelah kiri terdapat bahagian buah-  buahan segar, di bahagian tengah ialah untuk  produk yang lebih tahan lama seperti jam dan sos buah- buahan  manakala di sebelah kanan ialah peralatan memasak dan barang perhiasan rumah dihiasi corak buah- buahan dan sayuran.

Kami pergi ke bahagian buah- buahan segar terlebih dahulu kerana tujuan kami ke kedai tersebut ialah membeli buah- buahan segar. Sedang kami memilih buah epal  dengan tidak disangka sangka kami bertemu dengan seseorang yang sangat istimewa. 

Siapakah orang tersebut? 

Al Mulk : 15
Dia yang menjadikan  bumi untukmu dengan mudah kamu jalani, maka berjalanlah kamu pada beberapa pepenjurunya dan makanlah rezeki Allah dan kepadaNya (kamu) berbangkit..

Ikuti kisah seterusnya.
Ingin mengikuti kisah pengembaraan kami  di Amerika Syarikat? Klik di sini.

Friday, June 14, 2013

Sultan Muhammad Al Fatih- Selepas Kemenangan Kota Konstantinople


Sebahagian Kota Konstantinople
Source:en.wikipedia.org
 
Sultan Muhammad Al Fatih melangkah masuk ke dalam kota Konstantinople melalui pintu Edirne, pintu yang mula -mula sekali berjaya di buka oleh tentera Islam dalam peperangan menentang Raja Constantine. Sebaik sahaja menjejak kaki ke dalam kota, baginda terus sujud syukur lalu berdoa, " Kami bersyukur kepadamu Tuhan. Jadikanlah kota ini kota Islam keseluruhannya. Ramai syuhada yang terkorban bagi merebut kota ini. Tempatkanlah mereka di syurga dan ampunkanlah dosa- dosa kami yang masih hidup."

Selesai menguruskan tawanan perang, Sultan Muhammad membuat pengumuman. " Mulai hari ini kota Konstantinople bertukar nama kepada Istanbul atau Islam seluruhnya."

Sultan Muhammad membebaskan semua tahanan perang. Baginda berpesan kepada tenteranya supaya berkelakuan baik dan jangan menganiaya penduduk Istanbul.


Aya Sophia yang kini ditukarkan menjadi
sebuah muzium
Source:www.gogobot.com
Bahagian dalam Aya Sophia
Source:www.griffith.edu.au
 
Seterusnya mereka bergotong royong membersihkam gereja Aya Sophia. Semua patung dan salib yang ada di dalamnya diturunkan. Menjelang tengahari, Aya Sophia bertukar wajah dari sebuah gereja kepada sebuah masjid.
sumber: Muhammad Al Fateh- Abd Latip Talib

Tuesday, June 11, 2013

Islamic Heritage Museum, Washington DC- Usaha Dakwah Orang Islam Yang Patut di Puji.


Islamic Heritage Museum, Washington DC
Assalamualaikum" ucap seorang black American kepada kami sebaik sahaja kami tiba di perkarangan Islamic Heritage Museum tak jauh dari pusat  bandaraya Wasington Dc ini. Dengan senyuman kami menjawab salamnya, penyambung ukhuwah sesama muslim. Suami dan anak lelakiku  segera menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan beliau. 

Oleh kerana kedatangan kami ini tidak diberitahu lebih awal, orang yang terlibat untuk memberi penerangan di situ tidak dapat menghadirkan diri. Hanya penjaga dan peniaga gerai saja yang kelihatan. Maklumlah muzium ini terletak bukan di kawasan mewah. Kawasan ini kawasan blacks dan kebanyakan blacks hanya berpendapatan sederhana. Oleh itu kewangan bagi pengurusan muzium dan kemudahannya  agak terhad. Mengikut perangkaan terkini,  bilangan blacks yang memeluk agama Islam lebih kurang  64peratus berbanding golongan berkulit putih iaitu lebih 20 peratus. Oleh itu lebih ramai orang berkulit hitam yang beragama Islam berbanding orang berkulit putih.

Sebenarnya muzium ini hanyalah sebuah bangunan setingkat yang dari luar kelihatan agak kecil. Namun sebaik sahaja kami masuk ia dipenuhi dengan informasi yang sangat banyak dan berguna tentang sejarah kedatangan islam ke benua Amerika Utara.

Gambar di Mecca, Indiana dimana terdapatnya
batu nisan orang Islam di sana
Di bahagian hadapan muzium  terdapat gambar dan bukti Islam telah sampai ke benua ini sejak tahun 1527. Cara Islam dikatakan sampai ke sini ialah melalui penghambaan. Mengikut sejarah, seorang  berkulit hitam dari Morocco iaitu Estevanico telah ditangkap dan dijadikan hamba setelah tempatnya dijajah. Beliau bersama tuannya telah mengembara ke benua Amerika dan mendarat di Florida, Amerika Syarikat. Walaupun dikatakan beliau telah memeluk agama Kristian, ramai alim ulama percaya dia masih mengamalkan Islam sehingga belau meninggal dunia.

Zaman dahulu kaum Afrika telah ditangkap dan di jadikan hamba oleh orang berkulit putih. Perbincangan tentang bagaimana orang Afrika  dijadikan hamba tidak akan dibincangkan disini kerana apa yang ditekankan ialah bagaimana Islam sampai dan berkembang di benua ini. Walaubagaimanapun apa yang berlaku  sudah tentu mempunyai  hikmah tersendiri.








Bilal, penjaga muzium ini memberitahu kami sebahagian penyelidikan yang mereka buat adalah berdasarkan nama tempat di Amerika Syarikat  yang tampak ada unsur keislaman. Misalnya di Indiana terdapat sebuah tempat bernama  Mecca(Mekah). Setelah diselidik rupa- rupanya terdapat orang Islam di sini berdasarkan nama dan tulisan Lailahaillallah Muhammad Rasulullah tertera pada beberapa buah batu nisan yang terdapat di sebuah perkuburan di sana.

Bergambar di hadapan replika besar Setem Eid Greetings yang
yang dikeluarkan oleh US Postal Service

Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut pembahagian abad, (kalau tak silap) yang  menunjukkan perkembangan Islam di sana. Misalnya pada bulan November tahun 2000 United States Postal Service, Amerika  Syarikat telah mula mengiktiraf Islam sebagai salah satu agama di negara mereka apabila setem Eidul Fitr dicetak semasa bulan Ramadhan dan Syawal. 

Juga pada bahagian ini dipamerkan gambar- gambar orang Islam Amerika  yang memegang  jawatan tinggi dalam pentadbiran Amerika Syarikat, askar, perniagaan dan lain- lain.  

Sesungguhnya kami berbangga melihat  orang Islam semakin diterima dalam kalangan rakyat Amerika. Kemungkinan besar inilah  hasil dakwah dan keperibadian orang Islam sendiri  di sana.



Melangkah keluar dari muzium ini memberi keazaman yang kuat  bagi kami sekeluarga untuk terus berdakwah tanpa mengira kaum. Orang  Islam di sini telah berusaha menunjukkan bahawa Islam itu agama yang  cintakan keamanan disebalik peristiwa 9/11 dan yang terkini peristiwa Boston Marathon 2013.

Ajaib sungguh kerja dakwah.

Ada manusia yang boleh tersentuh dan beriman kepada Allah dalam tempoh yang singkat. Ada manusia yang memerlukan masa yang lebih panjang

Allah memiliki semua hati makhlukNya dan memilih sesiapa yang Dia kehendaki untuk beriman.

Tanggungjawab kita hanyalah menyebarkan agama Allah serta memanafaatkan segala kesempatan yang ada. Berkemungkinan, berdasarkan usaha dakwah kita itu, mad'u akan menimbangkan dan memberikan kesan di hatinya, biarpun bukan sekarang.

Kerja dakwah tidak boleh mengharapkan kesan serta merta. Apa yang penting, kita perlu membuatkan komuniti non Muslim ini memahami isi ajaran Islam secara tepat dan jelas.

Mohd Al Adib Samuri - Solusi isu 39


Popular Posts