Tuesday, September 11, 2012

Kejadian 11 September, Filem Hindustan dan Umat Islam Kini di Amerika Syarikat

Islamic Center  Bakersfield, California
Aku memang jarang menonton filem hindustan. Aku berpendapat filem sebegini ini banyak keburukannya terutama sekali  dari segi pakaian yag menjolok mata dan lenggok tarinya, tak kira pelakon  lelaki mahupun perempuan. Lagipun filem hindustan biasanya mengambil masa yang agak lama untuk menonton dan aku tidak suka duduk menghabiskan masa begitu lama semata- mata untuk menonton sebuah filem.

Namun aku tertarik pada sebuah filem apabila anakku memberitahu bahawa dia ada terdengar bahawa filem 'My name is Khan' menceritakan tentang keadaan orang Islam di USA selepas kejadian 9/11. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk menonton filem tersebut apabila ia disiarkan di tv selepas hari raya aidilfitri baru- baru ini. Filem ini mengisahkan bagaimana Khan(dibintangi oleh Shah Rukh Khan) seorang India muslim yang autisma telah berhijrah ke Amerika Syarikat sebelum kejadian 11 September 2001. Walaupun dia seorang autisma, dia sangat cerdik dan fasih berbahasa Inggeris berkat usaha arwah ibunya yang menghantarnya belajar sendiri dengan seorang bijak pandai di kampungnya.



Islamic Center,Cincinati, Ohio
Di Amerika Syarikat dia telah bertemu dan berkahwin dengan seorang janda  India Muslim yang mempunyai seorang anak lelaki dalam lingkungan umur 9-10 tahun. Malangnya selepas kejadian 9/11 anak tirinya telah dipulaukan kerana berugama Islam dan akhirnya telah terbunuh dalam satu pergaduhan. Isterinya terlampau sedih sehinggakan dia tidak dapat menerima Khan sebagai suaminya  sehinggalah Khan pergi berjumpa Presiden Amerika sendiri dan memberitahu bahawa dia  iaitu Khan bukan seorang pengganas. "My name is Khan and I'm not a terorrist" itulah tagline yang popular dalam cerita tersebut. Dalam cerita ini juga dipaparkan bagaimana Khan telah bersolat di sebuah padang tak jauh dari sebuah restoran semasa berhenti rehat dalam perjalanan ke White House. Dia mengembara ke pejabat presiden itu dengan menggunakan bas kerana masalah  kewangan. Apa yang menarik dia juga telah singgah Ground Zero di World Trade Center, tempat pengeboman Sept 11,2001 dan berdoa sambil membaca Al Fatihah di celah-celah orang ramai yang beragama Yahudi dan Kristian. Ramai yang terkejut mendengar bacaan Al Fatihah itu kerana tidak menyangka ada orang Islam yang berani berada di situ. Umat Islam telah dituduh mengebom World Trade Center tersebut. 

Cerita ini mengingatkan tentang  pengembaraan aku di Amerika Syarikat  selepas peristiwa 11 September, 2001. Tahun 80 an dahulu aku datang sebagai seorang  pelajar. Dengan takdir Allah, ketiga tiga anakku telah menyambung pelajaran di sana. Oleh itu aku berkesempatan mengunjungi dan mengembara di sana sebanyak 3 kali selepas kejadian 11September, 2001 dan yang terakhir pengembaraanku ialah pada bulan April 2012. 

Umat islam di sana menerima tekanan yang hebat akibat peristiwa tersebut. Ada yang dicerca dan ramai yang menghadapi masalah mendapat kerja. Menurut sahabat kami yang tinggal di sana, mereka kini agak susah mendapat dana dari luar negara, khususnya negara arab. Namun disebalik tekanan tersebut mereka telah berusaha bersunguh- sungguh terutama sekali dalam perjumpaan interfaith untuk menerangkan kepada  masyarakat di sana bahawa Islam bukan agama yang menggalakkan keganasan. Sehingga kini kita sendiri belum pasti siapa dalang yang membuat pengeboman di World Trade Center tersebut. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, disebalik tekanan dan kepayahan yang dikenakan kepada mereka semakin ramai pula yang memeluk Islam dan bilangan Islamic Center serta masjid bertambah berkali ganda. Mungkin ini berkat keikhlasan dan kesungguhan umat Islam di sana. 

Dalam suasana yang tenang dan aman di negara kita ini,  kita seharusnya bersyukur kerana  amat mudah bagi kita mengerjakan amal ibadat. Namun berapa ramai yang berusaha menarik lebih ramai ke arah berakhlak mulia dan seterusnya menarik walaupun seorang non muslim ke arah ugama kita? Fikir- fikirkanlah.

Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini

Friday, August 31, 2012

Bunga Api, Mercun dan Duit Raya




Setiap kali datangnya Aidilfitri, berdentum dentam bunyi mercun kedengaran di merata- rata tempat. Walaupun suasana kampung sudah berkurangan di tanah kelahiranku di Pulau Pinang, tapi dentuman yang sering mengejutkan orang yang seusia atau lebih berusia dariku sering membuatkan kami resah. Masakan  begitu, kadangkala mercun itu menghala ke bumbung rumah, kadangkala menghala ke parkir bertingkat di kawasan apartment. Mereka yang bermain mercun seolah olah begitu yakin mercun ini tidak akan mendatangkan mudarat. Meskipun awal- awal lagi dah disebutkan mercun diharamkan kecuali yang kecil- kecil. Walaupun di keluarkan berita budak budak terputus jari dan tangan. Namun bunyi dentuman dari  awal Ramadhan dan bertambah rancak di akhir Ramadhan serta di awal aidiltfiri sentiasa membingitkan telinga setiap tahun. 

Siapa yang menjual mercun ini? Kenapa mereka menjualnya sedangkan sudah jelas memasang dan bermain mercun  memang memudaratkan. Jawapan yang saya dengar ialah keuntungannya jual mercun dan bunga api banyak?Kenapa pentingkan diri sendiri? Halalkah dapat duit cara begini?

Siapa pula yang membeli, kanak kanak, ibu bapa atau datuk nenek. Orang melayu ni kaya kah sehingga sanggup menghabiskan  berpuluh-puluh atau beratus ringgit semata-mata untuk mendengar bunyi yang tidak memberi faedah ini? Kenapa tidak disedekahkan saja duit beli mercun tersebut kepada orang Islam Palestin atau pelarian muslim Rohingya yang banyak menderita sekarang. 

Jawapannya ialah alaa... Bukannya selalu. Lagipun masa iniah kita nak bergembira!" Datuk nenek pun turut terpesona melihat bunga api yang menjulang- julang di langit tanpa memberi teguran apa pun pada anak cucu.
Kenapa kurangnya penangkapan oleh pihak yang berkuasa walaupun mereka menjualnya secara terang-terangan di bazar ramadhan? Soalan ini juga saya pernah tanya keada serang polis  di balai polis bergerak tak jauh dari sebuah bazar ramadhan. Saya mendapat jawapan yang sangat mengecewaan. "Ini bukan tugas saya. Tugas pegawai polis lain." Agak agaknya saya sebagai orang awam akan datang lagi ke balai polis bergerak itu ke tidak? 

Dari mana kanak- kanak ini mendapat duit untuk membeli mercun dan bunga api yang mahal-mahal ini? Duit sedekah, hadiah dan apabila  tibanya aidilfitri..... duit raya? "Assalamualaikum kami datang nak beraya, "itulah ungkapan yang biasa kita dengar. Kanak kanak dibiarkan datang ke rumah orang yang tidak dikenali semata- mata untuk memperoleh duit raya. Bila difikirkan , perlukah budaya ini diteruskan?

 Maafkan saya, walaupun ramai yang meredhai cara begini bagaimana kanak- kanak memperolehi wang, saya bukan antara yang meredhainya. Pertama, dari kecil saya tidak diasuh sebegini. Saya hanya dapat duit raya sewaktu menziarahi sanak saudara dan  bukannya menagih duit raya dari satu rumah ke satu rumah yang tdak kami kenali tuan rumahnya. Kedua, saya lebih suka bersedekah kepada yang lebih memerluan. Kadangkala duit yang kita hadiahkan kepada peminta duit raya ini lebih banyak dihabiskan untuk membeli barang yang tidak berfaedah terutama sekali mercun dan buna api. Ketiga, saya lebih suka memberi hadiah berbentuk buku, mainan yang berfaedah atau makanan. Mainan seperi permainan minda, silap mata atau uji minda  dan  permainan yang memberi manafaat kepada kesihatan tubuh badan seerti bola dan layang- layang. 

Saya tahu ramai akan tersenyum atau ketawa melihat cara saya memberi hadiah kepada kanak-kanak. Sebagai bekas pendidik cara begitulah yang saya fikirkan lebih baik daripada memberi peket peket duit raya. Daripada situ saya tahu ke mana perginya wang saya. Kita nak mendapat manafaat apa yang dipelajari  daripada universiti Ramadhan dan bukannya nak menghancurkan generasi akan datang dengan mercun, bunga api dan kemewahan duit raya. Terasa malu juga  bila anakku memberitahu Imam Muda Palestin yang berkunjung ke Malaysia baru baru ini tersenyum  mendengar dentuman mercun apabila mereka sedang berceramah. Kata salah seorang daripada mereka," Di negara mereka ada juga dentuman sebegitu tapi itu dentuman bom!"  

Orang kita masih leka dengan budaya sebegini.....

Tuesday, August 7, 2012

Sebatang Pen Fountain- Gaya Penulisan yang Kreatif dan Cantik

Kata orang mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Namun aku kurang pasti samada golongan muda sekarang faham apa yang di maksudkan dengan mata pena mahupunmata pedang. Sejarah telah menyaksikan betapa mata pena memainkan peranan penting semasa rakyat bangkit menentang penjajah untuk mencapai kemerdekaan.

Aku masih teringat sewaktu kali pertama kami diwajibkan membeli pen untuk latihan menulis 'cursive' di sekolah. Kami dikehendaki membeli atau mendapatkan pen fountain atau pen berdakwat basah. Bapaku telah membeli sebuah pen fountain berwarna hijau lalu di hadiahkan kepadaku. Aku sangat teruja menerima pen tersebut kerana bagiku ia merupakan satu hadiah yang sangat istimewa bagiku. Pen ini mempunyai alat pengepam yang membolehkan dakwat basah dari botol dakwat masuk ke dalamnya sebelum ditulis. Memang comot habis tanganku setiap kali mengisi dakwat tersebut. Namun itulah antara keseronokan memiliki sebatang pen fountain. Seminggu sekali aku aku akan membasuhnya dengan air biasa untuk memastikan mata penanya tidak tersumbat supaya pengaliran dakwat boleh berterusan keluar. Selepas itu pen itu perlu dikeringkan. Nampak remeh tapi masyarakat zaman itu memang menghargai sebatang pen berlainan daripada sekarang ini.  

Menulis dengan fountain pen ini sangat selesa kerana kita tak perlu tekan atau memerlukan tenaga yang banyak. Lebih cantik lagi jika ditulis cara 'cursive'. Sudah tentu sewaktu baru-baru menggunakannya samalah seperti kita baru belajar menulis, comot sana sini. Tambah tambah lagi tangan kita yang melekat penuh dengan dakwat. Bertambah comotlah lagi kertas yang kita hendak menulis.

Walaupun pen itu mungkin hanya berharga RM2 - RM3 bagiku ia suatu benda yang berharga. Maklumlah setiap hari aku hanya menerima paling banyak hanya 20 sen sahaja untuk belanja sekolah. Membelanjakan sesuatu yang berharga lebih daripada seringgit samalah seperti kita hendak membelanjakan lebih daripada RM100 sekarang ini. 

Dengan memperolehi sebatang pen fountain, kita akan lebih menghargai gaya penulisan yang pelbagai bentuk kreatif. Jika dibandingkan dengan orang dahulu zaman pra kemerdekaan dengan generasi terkini, generasi terdahulu mempunyai tulisan tangan yang sangat cantik berbanding generasi sekarang. Contohnya arwah bapaku mempunyai tulisan yang sangat cantik walaupun ia hanya coretan kecil di diarinya. Sebab itulah orang zaman terdahulu pada pendapat saya berjiwa seni dan boleh melahirkan penulisan dan poster yang begitu cantik untuk membuat orang berhenti seketika untuk memandang,membaca dan menghayati sebuah poster kecil walaupun ia semata-mata untuk menaikkan semangat kebangsaan atau kemerdekaan.

Ia juga telah dijadikan medium untuk menyebarkan dakwah di nusantara ini. Atas sebab inilah aku berpendapat untuk menyebarkan dakwah, sesuatu poster yang bermesej perlu kemas, menarik dan kreatif.

Friday, August 3, 2012

Antara Ibadah Wanita 'Uzur' Pada Bulan Ramadhan

Masjid Di Beijing, China
1. Menjawab azan bagi setiap solat dan berdoa selepas azan.

2. Mengambil peluang berdoa antara azan dan iqamah.

3. Membantu, menggalakkkan dan mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal antaranya:

  • i. Kejutkan ahli keluarga supaya bangun sahur atau solat subuh.
  • ii. Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.
  • iii. Nasihatkan mereka supaya giat beramal.

4. Berzikir dan berselawat dari semasa ke semasa.

5. Berdoa dan beristighfar.

6. Mendengar bacaan Al Quran


7. Menuntut ilmu samada dengan mendengar daripada TV, radio atau membaca buku.



8. Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas.

Wednesday, August 1, 2012

Adakah Anda Seorang Muslim Yang Bersih dan Berpakaian Kemas?

Zaytuna College, Berkeley, California
Kerap kali kita selalu melihat orang Islam kurang menitik beratkan tentang kebersihan diri dan berpakaian kemas. Bersih dan kemas merupakan  antara penyumbang utama bagi orang non muslim tertarik kepada orang Islam selain daripada akhlaknya.Adakah anda seorang yang sukakan kebersihan dan berpakaian kemas?


Imam Ahmad Ibn Hanbal RHM terkenal dengan penampilannya yang kemas dan indah walaupun beliau bukan orang yang kaya. Beliau seorag anak yatim dan berasal dari keluarga yang miskin. Bukan sahaja ketinggia ilmu dan keindahannyayang memikat, bahkan penampilan fizikalnya turut menyejukkan hati. 


Seorang sahabat karibnya, al Maimuni pernah berkata:" Aku tidak pernah melihat seorang yang memakai pakaian lebih bersih daripada Imam Ahmad rhm. Belum pernah aku melihat ada orang yang merapikan janggut dan rambutya hingga kacak badannya melebihi Imam Ahmad rhm. Bahkan aku belum pernah melihat baju yang lebih putih  sepertimana yang dipakai oleh Imam Ahmad."


Sumber: Ust Pahrol Mohd Juoi- Majalah Al Ustaz- Isu 4 

Monday, July 30, 2012

Berdakwah dengan Lebih Memaparkan Amar Makruf Berbanding Nahi Mungkar

Sejak awal hidup hingga Rasulullah wafat, Baginda menjalankan kerja dakwah yang banyak memaparkan amar makruf berbanding nahi mungkar. Kadang kadang dakwah baginda tidak menggunakan lidah sebaliknya sikap atau akhlak. 

Ibnu Abbas berkata Rasulullah menulis sepucuk surat untuk orang Muhajirin dan Ansar agar mereka berfikir berdasarkan akal mereka, membantu kehidupan mereka dengan yang makruf dan membaiki kelemahan antara orang Islam. 
Begitu juga dengan amalan para ulama terdahulu dalam dakwah mereka. Banyak tunjuk ajar yang diberikan kepada umat Islam berbanding dengan melarang pelbagai perkara. Sebenarnya itulah yang melonjakkan penerimaan Islam dalam kalangan orang awam termasuk orang bukan Islam. Apabila kia memperbanyakkan sesuatu yang baik, secara tidak langsung kemungkaran tidak mampu dilakukan oleh masyarakat.

Pendekatan Rasulullah iaitu amar makruf telah mempamerkan kejayaan besar dalam dakwah. Saya percaya kita ada pengalaman ,apabia kita disuruh berbuat baik kita berasa selesa untuk melakukannya. Malah terkesan jika amalan kebaikan dilakukan oleh seorang tokoh, kita lebih cepat mengikutinya.


Sumber: Ust Ahmad Baei Jaafar: Solusi Isu 44

Wednesday, July 25, 2012

Harapan

Ibnu Hajar berkata," Disebalik harapan, terkandung rahsia yang sangat seni atau halus. 
Kalaulah tiada harapan, tiada seorangpun yang mampu mengecapi keseronokan hidup di dunia ini dan tiada seorang pun yang berusaha untuk dunianya. 


Harapan yang dicela ialah yang berlarutan sehingga tidak membuat persediaan untuk akhirat.


Justeru sesiapa yang terselamat daripada keadaan itu, dia tidak ditaklifkan supaya memusnahkannya. Dan punca kepada harapan yang panjang meleret- leret ialah kejahilan dan cintakan dunia."

Sumber: Ustazah Maznah Daud- Majalah Jom isu no 4

Monday, July 23, 2012

Bagaimana Saya Harus Mencari Kebenaran

Bagaimana saya harus mencari kebenaran? 
Mulakan dengan mencari Tuhan. 


Firman Allah:" SesungguhnyaKami menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab (Al Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau mengadili manusia dengan apa yang telah di wahyukan oleh Allah kepadamu. Janganlah engkau menjadi pembela orang yang khianat." Surah al Nisa' 4:105

Bagaimana caranya mencari tuhan?
Pertama dengan akal.

Kedua berdoalah minta hidayah Allah.


Berbalik kepada cara mencari tuhan dengan akal.



  • Bacalah buku pelbagai agama. Lihat bagaimana agama agama tersebut menerangkan siapa tuhan yang sebenarnya. 
  • Kemudian buat perbandingan , agama mana  satukah yang mampu memuaskan akal fikiran kita tentang tuhan. 
  • Kemudian kaji pula bagaimana agama- agama tersebut mengatur kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Buat perbandingan sistem hidup antara agama-agama itu. 
  • Lihat bagaimana penerangan agama tersebut tentang kehidupan selepas mati.
  • Juga lihat penerangan agama tersebut secara multidimensi dan holistik.
Sejak, tragedi 9/11 ramai orang di Amerika Syarikat mula mengkaji tentang islam. Mereka  mula menyoal "Mengapa ada orang sanggup menyerang World Trade Center?"." Apa keyakinan dan pegangan hidup mereka sebenarnya?"


Mereka mula mengkaji tentang Islam, pada mulanya hanya didorong oeh rasa ingin tahu dan untuk mencari keburukan Islam. Namun semakin dicari kepalsuannya, semakin bertemu kebenaran dan keindahannya. Akhirnya, mereka tunduk dan akur kepada Allah.
Hakikatnya lebih ramai para ilmuan Barat memeluk Islam selepad tragedi itu berbanding sebelumnya.


Sumber: Imam Global: Solusi Isu No 44

Friday, July 13, 2012

Bertanya khabar dan menziarahi sahabat

Dalam zaman internet ini tak ramai yang meluangkan masa untuk bertanya khabar atau menziarahi sahabat mahupun kaum keluarga. Aku masih ingat  dahulu ketika aku masih kecil, bapaku sentiasa meluangkan masa  menziarahi adik adiknya yang tinggal di Seberang Perai walaupun  untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat mengambil masa yang agak lama. Ketika itu hanya kami sahaja yang tinggal di bahagian Pulau Pinang dan jambatan Pulau Pinang masih belum ada.Oleh itu kami hanya menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberang ke tanah besar. 

Islamic Center of Cincinati, Ohio
Baru baru ini sewaktu mengembara di USA kami telah berkesempatan menziarahi beberapa teman lama, ada yang muslim dan ada yang non muslim. Pertemuan ini telah mengukuhkan persahabatan dan persaudaraan yang telah kami jalin dari  dulu. Maklumlah kami ini diambang mencapai pertengahan umur. Tak banyak impian yang harus dikejar. Bertemu sahabat lama merupakan suatu peluang yang sangat berharga bagi kami.

Sahabat kami ada yang terdiri daripada orang Malaysia, orang Arab dan orang Indonesia yang telah membuat keputusan untuk menetap di USA. Pertemuan ini tidak membincangkan hal- hal perniagaan mahupun pekerjaan tapi  lebih tertumpu kepada mengimbau kisah kisah lama dan kehidupan kini masing masing. Walaupun terpaksa menghabiskan masa yang agak lama, kami merasa puas dan bersyukur dapat bertemu teman lama. Ada juga yang kami tak berjumpa selama hampir 30 tahun. 30 tahun satu masa yang begitu lama dan kami percaya Allah telah menentukan agar kami bertemu semula agar di eratkan semula persahabatan walaupun kami tinggal beratus ribu kilometer di antara satu sama lain.

Thursday, July 12, 2012

Sedikit Hikmah Berpuasa- Dari Luqman al Hakim






Disebutkan antara kata-kata hikmat Luqman al Hakim ialah:

"Apabila perut penuh dengan makanan, maka fikiran akan tidur, kebijaksanaan akan diam dan anggota badan menjadi malas."
Sumber- Buku Soal jawab Remeh temeh tentang puasa tapi anda  malu bertanya-
                 Ust. Ismail Kamus n  Ust Nizam Abd Kadir

Tuesday, July 10, 2012

Sonoma, California- Daerah yang Banyak Pokok Redwoods

Baru baru ini sewaktu balik kampung di utara tanah air, aku terserempak dengan seorang sahabat lama sejak dari sekolah rendah dahulu. Pertemuan yang tidak disangka ini mengingatkan aku sewaktu aku mula- mula terserempak dengannya di US dahulu. Sungguhpun kami bersekolah di sekolah rendah yang sama, masalah komunikasi menyebabkan hubungan kami terputus. Alhamdulillah, Allah menemukan kami sewaktu kami bersama-sama konvoi ke konvensyen MISG yang berlangsung di bahagian tengah Amerika Syarikat. 

Sebenarnya kawanku ini belajar di Sonoma, satu daerah ke utara San Francisco, California. Kehadiran mereka  yang mengikuti konvoi bersama- sama sebagai satu kumpulan pelajar dari Sonoma State University membuahkan satu persaudaran yang agak erat denganku. Sebelum ini aku tidak pernah tahupun tentang daerah yang terletak di utara California ini. Oleh kerana itulah aku telah mengambil keputusan untuk melawat daerah ini dalam pengembaraanku ke USA baru- baru ini untuk meninjau apa keistimewaan daerah ini.

Daerah Sonoma  ini terkenal dengan hutan Redwoods tanah pamah. Pokok redwood ini bentuknya seperti pokok pain tapi saiznya sangat besar. Di California, terdapat dua jenis hutan redwoods iaitu hutan redwoods pergunungan dan hutan redwoods tanah pamah. Kesemuanya mempunyai pokok redwood yang bersaiz besar dan tinggi. Adakalanya hutan ini terletak berhampiran pantai.


Di sekitar Sonoma State University juga mempunyai banyak pokok redwood.Pada pandanganku inilah keunikan universiti ini berbanding universiti lain di California yang pernah aku lawati. Kehadiran pokok ini menambahkan kehijauan pada flora dan fauna persekitaran dan ini menambahkan lagi suasana ketenangan di universiti. Bagi kami suami isteri yang berkunjung ke sana, suasana di sini sangat ideal untuk belajar terutama sekali di peringkat universiti. Jauh dari hiruk pikuk suasana kota dan kurang pencemaran udara. Tak jauh dari universiti ini pula terdapat ladang ladang buah- buahan, sesuai dengan iklim mediteranean California. 

Namun begitu, susana di universiti ketika kami berkunjung ke sana agak sibuk kerana mereka meraikan hari graduasi yang bakal menjelang tidak lama lagi Di satu kawasan lapang riuh rendah seolah- olah tedapat satu pesta konvo. Di kawasan lain pula kelihatan pelajar masih bertungkus lumus dengan peperiksaan akhir semester yang sedang berlangsung.


Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini

Antara Kelebihan Ibadat Puasa



Sabda Nabi s.a.w. maksudnya
"Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu namanya 'al Rayyan.' Orang yang berpuasa  masuk syurga melalui pintu itu. Orang lain tidak akan memasukinya." (Riwayat Bukhari)

Wednesday, July 4, 2012

Mengucap Assalamualaikum Bukan Lagi Amalan Kita?

Senario masa kini - Dua orang pelajar muslim  sedang berjalan menuju ke kantin di sebuah universiti atau di sebuah sekolah Islam. Di pertengahan jalan mereka bertembung dengan dua orang pelajar lagi yang tidak mereka kenali atau kenal tapi tak berapa rapat. Masing masing asyik bersembang dengan sahabat mereka meskipun  dua kumpulan ini hampir berselisih bahu. Tiada senyuman mahupun ucapan salam diberi. Masing masing meneruskan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju. Adakah ini senario yang biasa kita lihat? 

Bagi saya yang sering berkunjung ke universiti dan juga sekolah islam, ia merupakan sebuah senario yang biasa. Mengucap salam bukan lagi satu kebiasaan yang diamalkan di universiti dan sekolah yang berunsurkan islamik.

Mengucapkan salam kepada sesama muslim hukumnya sunat dan ia merupakan amalan yang sangat dituntut dalam islam. Daripada Amru al Ashr, beliau berkata:" Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w., " Apakah ( pelaksanaan ajaran) Islam yang paling baik? Nabi menjawab:" Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal dan tidak kenal." -Hadith riwayat Bukhari dan Muslim- sumber Aniqah Nov 2011

Bagi saya yang biasa ke luar negara, bertemu dengan orang Islam dan mengucapkansalam merupakan satu perasaan syukur yang susah nak gambarkan. Ini berlaku terutama sekali sekiranya saya melancong ke negara yang umat Islamnya adalah golongan minoriti. Sebagai contoh, saya pernah sampai ke Mei Sai, sebuah daerah di sempadan Thai Myanmar. Sewaktu kami melintas sebuah jalan kami terserempak dengan seorang muslimah bertudung. Dengan segera muslimah itu memberi salam kepada kami walaupun ketika itu dia dalam keadaan tergesa- gesa melintas jalan. Demikian juga di China. Sewaktu kami berkunjung ke masjid, meskipun kami mempunyai masalah komunikasi, memberi salam dapat melahirkan ukhuwwah dan seterusnya terukirnya senyuman di bibir kedua- dua belah pihak. 

Sewaktu berkunjung ke Amerika Syarikat, bertemu sesama muslim merupakan satu kesempatan yang sangat berharga. Kami dapat bertemu ramai umat Islam terutama sekali di Masijd dan Islamic Center. Umat Islam di Amerika Syarikat kini mencecah  6 milion. Walaupun ramai, setiap kali beremu ucapan salam tdak pernah dilepaskan begitu sahaja. Setiap kali menerima dan memberi salam kami dapat merasakan persaudaraan sesama muslim meskipun berlainan bangsa dan keturunan. 

Mungkinkah kita dapat kembalikan adat memberi salam dalam masyarakat Islam di Malaysia?

Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik disini!

Monday, July 2, 2012

Setiap Kesukaran Disertai Kesenangan

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Sesungguhnya, setiap kesukaran disertai kesenangan." (Surah Al Insyirah 94: 6)

Janganlah cepat putus asa, kecewa atau lemah semangat hanya kerana halangan yang mendatang. Selepas awan mendung pasti akan turun hujan rahmat diikuti sinar mentari yang memancar. Jika tidak pun, hujan panas selalunya akan menghasilkan pelangi yang lebih indah adunan warnanya dengan pelbagai tujuh lapisan warna. Bukankah pelangi itu indah? Bukankah keindahan hadir selepas deraian air hujan?

Begitu juga keadaan hati manusia. Kadang- kadang deraian air mata akan menyuburkan jiwa seseorang untuk menumbuhkan benih- benih iman, sabar, reda, pasrah dan sifat-sifat mahmudah lain. Inilah warna warni indah pelangi kehidupan.
Sumber: Ir. Ahmad Jais Alias al Syazili- Solusi Isu 44

Friday, June 22, 2012

The Litlle Blue Mosque dan Kolej Zaytuna- Dua tempat Yang Istimewa

Ketika mengembara ke California beberapa bulan lepas terlintas keinginanku untuk melawat beberapa  tempat yang pernah saya paparkan dalam blog ini dalam  tajuk 'The Little Blue Mosque' dan Zaytuna College. Bagiku kedua- dua tempat ini sangat istimewa kerana keunikan mereka. Salah satu keunikannya ialah kedua- duanya terletak dalam kawasan universiti. The 'litlle blue mosque' terletak di University of California, Davis manakala Zaytuna College terletak di University of California, Berkeley. Sebenarnya  kedua- dua tempat ini terletak di bahagian utara California.

The 'litlle blue mosque' ini sebenarnya ialah Islamic Center  of Davis. Mungkin disebabkan oleh keluasannya yang tidak berapa besar , ia di anggap kecil(little). Ketika kami sampai di sini untuk menunaikan solat jamak zuhur asar, kami dapati ia berkunci. Peristiwa 9/11 telah menyebabkan banyak masjid di USA di ceroboh serta di rosakkkan. Mungkin ini salah satu sebab terdapat masjid yang membuka pintu mereka hanya setengah jam sebelum masuk waktu solat.  Islamic Center ini walaupun dikatakan kecil boleh memuatkan jemaah yang agak ramai. Bersebelahan dengannya terdapat sebuah ruang makan tidak bertutup yang boleh digunakan semasa majlis keramaian. Ketika kami duduk di kawasan luar, kami dapat merasakan ketenangan rumah Allah ini. Angin yang bertiup agak kencang ketika  itu membawa haruman bunga putih yang ditanam di seluruh kawasan masjid.

Kolej Zaytuna merupakan sebuah kolej islam yang menawarkan beberapa kursus peringkat ijazah berkaitan Islam dan Bahasa Arab. Ketika berada di sana, aku hanya mempunyai alamat kolej yang aku dapatkan menerusi internet  sebelum bertolak ke USA. Oleh itu agak sukar kami mencari kolej ini kerana kami tidak mempunyai GPS ketika itu. Sampai sahaja di alamat tersebut, kami  tersilap ambil  pintu hadapan ke arah salah sebuah bangunan University Berkeley.

Apabila salah seorang daripada pelajar ternampak kami tercari- cari sesuatu,dia menanyakan kami samada kami sedang mencari pintu masuk Kolej Zaytuna. Lantas dia menunjukkan arah pintu masuk ke kolej ini. Mungkin dia melihat kami ini bertudung lalu menganggap kami sedang mencari kolej tersebut.  Rupa-rupanya mereka berkongsi sebelah bangunan yang besar dengan salah satu fakulti di University  of California Berkeley.Namun apa yang perlu kita puji ialah usaha murni mewujudkan sebuah kolej Islam di kawsan ini.


Kedua dua tempat ini terletak di dalam kawasan ilmiah. Tempat yang sangat ideal untuk menyebarkan dakwah islamiah di kalangan ilmuan. Disamping memudahkan orang islam di kawasan ini menunaikan solat dan mendapatkan ilmu, ia memainkan peranan penting dalam memberi peluang memperkenalkan islam kepada masyarajat sekeliling. Wallahulam.


Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di USA? Klik di sini!

Friday, June 1, 2012

God, May I Ask

This is  a poem that is almost similar to Kata- kata Hikmat Salahuddin Al Ayubi except that I heard this on radio IKIM and saw it at other places. I was so fascinated with the poem that I included it in my English communication class a few years ago. Feel free to read, share and appreciate the meanings of  this poem.

Tuesday, May 29, 2012

Perancangan Sebelum Mengembara- Pengembaraan USA 2012 bhgn 2

Untuk mengembara dengan sendiri di luar negara kita perlu membuat  'itinerary' sendiri. Dengan cara begini masa dan wang kita boleh dirancang mengikut kesesuaian tahap kewangan kita dan cuti yang kita dapat ambil. Lainlah sekiranya kita menggunakan khidmat pemandu pelancong. Sampai saja terus ada yang mengaturkan ke mana hendak di tuju, dimana hendak tidur dan apa yang hendak dimakan. Walaubagaimanapun khidmat pemandu pelancong yang merancang pergi melawat ke tempat-tempat yang tidak kita gemari adalah amat merugikan.

'Itinerary'  pengembaraan ke  USA kali ini dimulakan oleh saya sendiri sejak beberapa bulan sebelum bertolak. Maklumlah kami hanyalah dari golongan sederhana. Tak boleh 'call the airline and take off' saja. Selain masa, segala perbelanjaan harus di ambil kira. Semua ahli keluarga terlibat untuk mengeluarkan perbelanjaan mengikut kemampuan  masing- masing. 

Perbelanjaan yang utama termasuk sewa kereta, sewa motel untuk bermalam dan makanan. Semuanya harus dikira mengikut matawang dollar Amerika. Dunia internet kini membolehkan kita memilih dan membuat tempahan sewa kereta dan motel dari Malaysia lagi mengikut keupayaan kewangan kita. Kebanyakannya boleh diuruskan dengan kad kredit atau debit. 

Walaubagaimnapun semasa mengembara ada kalanya kita tidak dapat menentukan betul- betul tempat yang hendak dituju. Faktor masa dan cuaca memainkan peranan penting dalam hal ini. Dalam pengembaraan saya kali ini, seminggu sebelum kami sampai ke California terdapat ribut salji di kawasan pergunungan yang kami telah rancang untuk pergi. Alhamdulillah, semasa kami sampai ribut itu telah reda  dan kami masih berkesempatan melihat dan bermain salji di sana.


Beberapa hari setelah kami sampai pula, terdapat ribut salji tebal di kawasan sebelah timur Amerika Syarikat yang melibatan beberapa buah negeri( New York State, Ohio, Pensylvania, Maryland dan lain lain). Anehnya apabila kami sampai di sana 2 minggu kemudian tiada nampak sebarang kesan kerosakan langsung akibat ribut tersebut. Untuk makluman, sepatutnya  ketika itu sudah di akhir musim bunga dan cuaca semakin panas. 


Namun Allah jua yang Maha Berkuasa menentukan segala galanya.


Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya di USA pada tahun 2005 dan 2009? Klik di sini

Wednesday, May 23, 2012

Pengembaraan di USA 2012- bhgn 1

Salah satu masjid yang terawal di USA
 Islamic Cultural Center, Cedar Rapids, Iowa 
"Mak tengok subtitle movie ni ...dia dalam bahasa Arablah. Allughatul arabiyah!" kata anakku, sambil tersenyum. Anakku memang memahami sedikit sebanyak bahasa Arab memandangkan bahasa arab merupakan matapelajaran wajib di sekolahnya. Movie itu ialah Alice in Wonderland keluaran Disney Productions.

"So, macamana, nak baca dalam bahasa Arab  tu atau lihat dan  dengar dalam English saja?" tanyaku. "Tak palah nanti boleh chek depa translate betul ke tidak," beritahu anakku. Sesekali terdengar anakku tergelak gelak membaca translation dalam bahasa Arab.

Sebenarnya kami berada dalam kapalterbang MAS menuju ke Los Angeles ketika itu. Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 22 jam memang lama.  Masa yang membosankan sudah tentu  dihabiskan melihat skrin di hadapan tempat duduk. Kita boleh memilih samada hendak melihat movie, bermain games, belajar bahasa, mengetahui kedudukan kapalterbang dan lain lain. 

Walaubagaimanapun, bagi kami suami isteri yang berumur hampir mencecah separuh abad, penerbangan sebegini  memang mencabar dari hal sendi-sendi di badan dan pening akibat terpaksa duduk saja sebegitu lama. Selain daripada ke bilik air untuk qada hajat dan berwuduk untuk solat, kebanyakan masa  di habiskan di tempat duduk itu sahaja. 


.
Pengembaraan aku bersama keluarga ke Amerika Syarikat  baru- baru ini meliputi 14 buah negeri di USA daripada 50 negeri dalam masa 25 hari. Ini mungkin termasuk singgah sebentar untuk solat  atau bermalam di motel selain daripada melawat tempat- tempat menarik di sana. Sekali pandang memang agak mustahil kerana negeri- negeri di USA ini bukannya kecil- kecil seperti Melaka atau Negeri Sembilan . Setiap satu negeri yang kami lalui ada yang beratus kilometer dari utara ke selatan atau dari timur ke barat. Ada  kalanya kami sampai ke tempat yang dituju hanya selepas memandu selama 12 jam. Pernah satu ketika kami sampai di tempat yang dituju pada pukul 3.30 pagi. Waktu subuh ketika itu ialah pukul 4.30 pagi. Itulah sedikit cabaran yang kami lalui dalam pengembaraan kali ini. 

Ikuti sambungan kisah pengembaraan saya ini dalam artikel seterusnya.

Wednesday, April 4, 2012

Pengalaman Bersolat di Islamic Center Anaheim, California


Sedikit sedutan dari buku Putik- Putik Islam Yang Kian Berkembang

Masjid Di Fresno
Sewaktu kami sampai  di Islamic Center Anaheim, khutbah Jumaat sudahpun bermula. Kami terpaksa meletakkan kereta di tempat yang agak jauh dari Islamic Center memandangkan tempat letak kereta yang berdekatan bangunan tersebut sudah penuh.

Islamic Center ini adalah bangunan dua tingkat yang agak besar. Tempat solat perempuan adalah di bahagian atas. Ketika kami masuk ke dewan solat wanita, kami dapati ramai kaum wanita yang sedang mendengar khutbah yang disampaikan dalam bahasa Arab. Kelihatan ramai juga wanita Arab dalam pertengahan umur yang berada di situ. Aku bersama-sama anakku pergi ke bahagian belakang untuk bersiap sedia untuk solat. Sebelum itu kami telah mengambil wuduk di tingkat bawah. 

Ketika aku duduk, seorang wanita pertengahan umur telah menyuruh aku menggunakan `headphone’. Aku yang kurang memahami apa yang dimaksudkan memberitahunya “It’s ok” kerana aku tidak mahu mengganggu jemaah yang sedang mendengar khutbah. Setelah beberapa lama barulah aku dapat tahu bahawa kita boleh mendengar terjemahan khutbah yang sedang disampaikan dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan `headphone’. Aku ketawa sendirian kerana menolak permintaan wanita tersebut.

Ingin mengikuti kisah pengembaraanku bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini

Tuesday, April 3, 2012

Sirah Rasulullah- Peristiwa Hari Isnin

Pic Source:koding-kn.blogspot.com




Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Ibn Abbas berkata," Sesungguhnya Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Isnin, diangkat menjadi rasul pada hari Isnin, keluar berhijrah dari Makkah ke Madinah  pada hari Isnin, tiba di Madinah pada hari Isnin, dan wafat pada hari Isnin. Rasulullah  SAW juga sewaktu mengangkat Hajar Aswad ketika Kaabah di bangunkan oleh kaum Quraisy pada hari Isnin.
Sumber: Allah Muliakan Maulid Nabi- Ust Ahmad Lutfi- Anis April 2010

Sedikit renungan: Adakah kesemua persitiwa di atas berlaku secara kebetulan atau kesemuanya ditentukan Allah? Kaitkan dengan peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita samada nikmat atau musibah, kesemuanya ditentukan Allah. Wallahualam.

Thursday, March 29, 2012

Ikramah bin Abu Jahal- Salah Satu Peristiwa yang Membuka Hatinya untuk Menerima Islam

Pic. Source:thesite.org



Ikrramah ialah anak kepada Abu Jahal, bapa saudara Nabi yang sangat membenci Rasulullah. Ikramah  juga sangat membenci Rasulullah sehinggalah selepas peristiwa penaklukan  Makkah.Terdapat beberapa perisitiwa yang berlaku kepadanya sehingga membuka hatinya untuk menerima Islam dan seterusnya berjuang menegakkan agama Islam.

Semasa peristiwa penaklukan Kota Makkah oleh tentera Islam, Ikramah telah melarikan diri ke  ke Yaman dan seterusnya menaiki kapal ke Habsyah. Dalam pelayaran tersebut, kapal yang dinaikinya dipukul ribut yang sangat kuat.

"Marilah kita berdoa semoga ribut taufan ini akan berhenti," teriak kapten kapal.

Ikramah pun berdoa kepada al- Latta dan al Uzza bagi menghentikan ribut itu namun tidak berjaya.

"Saya seorang Islam. Tuhan saya ialah Allah. Hanya Dia yang berkuasa bagi menghentikan ribut ini, Kerana itu marilah kita sama- sama berdoa kepada Tuhan saya dan tuhan kamu semua supaya menyelamatkan kita daripada bencana ini," kata salah seorang lelaki yang bersama-sama menumpang kapal itu.

Maka Ikramah pun berbisik pada dirinya sendiri." Saya sudah memohon pada al Latta dan al Uzza tetapi tuhan itu tidak dapat menolong.  Sekarang saya akan berdoa kepada Allah pula.

Kemudian Ikramah pun berdoa," Ya Allah, saya berjanji kepadaMu, sekiranya Engkau selamatkan saya daripada bencana ini, saya akan kembali ke Makkahberjumpa dengan Muhammad. Saya akan meletakkan tangan saya di atas tangannya bagi meminta ampun dan maaf. Semoga dia seorang pemaaf."

Selepas Ikramah berdoa dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, tiba- tiba dengan izin Allah ribut itupun berhenti. Kapal yang mereka naiki dapat meneruskan perjalanan dan mereka selamat dari bencana itu.

Barulah Ikramah insaf di atas kesilapannya. Dia berazam hendak kembali ke Makkah berjumpa dengan Nabi Muhammad.......

Sumber buku: Ikramah Penentang jadi Pembela- Abdul Latip Talib

Wednesday, March 28, 2012

Musang di Malaysia, Raccoons di Amerika Syarikat

Raccooons- Pic Source:smashinglists.com

Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi kaca pecah kedengaran. 


Tersentak juga aku yang tengah menghayati cerita di TV. Aku ingat ada ahli keluargaku yang telah memecahkan sesuatu tapi bunyi benda pecah itu berada di belakang dapur. Alhamdulillah ketika hari masih agak terang. Aku terus menjengah tingkap dapur untuk melihat apa yang pecah d iluar. Terkejut juga aku. Bergayut di bahagian luar tingkap rupa- rupanya seekor musang yang bulu berbelang dengan saiz sebesar seekor kucing. "Cip! cip!"  bunyinya seolah- olah seekor tikus. Ia  masih takut- takut hendak melompat turun. 


Aku menjerit memanggil anak aku agar segera datang. Sebenarnya aku memanggilnya bukan untuk meminta tolong tapi sebaliknya mahu dia melihat dan mengenal bagaimana rupa musang yang sebenarnya. Bergegas anakku datang untuk menyaksikan binatang yang selalu buat bising di atas siling rumahku. Ketika itu musang itu sudah pun turun ke bawah. Namun sempat juga anakku melihatnya. "Comel juga musang tu kan!" kataku. Anakku mengangguk tanda bersetuju. Memang pengalaman melihat binatng yang jarang kelihatan secara terbuka ini sangat istimewa.




Terringat aku ketika kami sekeluarga mengembara di antara Michigan dan Tennessee tahun 2009 dahulu,  kami dapati begitu banyak bangkai raccoon yang terdampar di bahu jalan. Di Amerika syarikat binatang ini juga dianggap binatang perosak. Sekiranya di Malaysia musang merupakan binatang yang suka mencuri ayam,  raccoon uga merupakan binatang yang sering mencuri makanan samada di rumah atau di ladang,

Walaubagaimanapun  raccoon juga merupakan sumber ekonomi bagi golongan yang kreatif  yang menjadikannya  topi, beg dan baju musim dingin. Malah kalau tak silap anak sulong ku pernah membeli topi berbulu raccoon  sebagai kenang- kenangan. Menarik juga tampak topi ini. Terfikir juga kenqpa di sini tidak diambil bulu musang untuk dijadikan salah satu sumber ekonomi bagi golongan yang mudah mendapat binatang ini? Sepanjang pengetahuanku binatang ini bukan jenis binatang yang di haramkan oleh Jabatan Hidupan Liar. 
Fikir fikirkanlah..

Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya di Amrrika Syarikat? Klik di sini.

Wednesday, March 21, 2012

Take Time out To Smell The Roses

pic source:stephhicks68.hubpages.com 

'It's always good to take time out to smell the roses'. This is a familiar American saying which means take a break and go out and see things that give life meanings.

This morning I managed to watch a rerun about a talk by Imam Muneer Abd Rasheed, from Philadelphia, NY titled Take Time Out in TV AlHijrah . He mentioned about how important it is for us to take time out and go out  to appreciate all the things that Allah has been providing us. Go out and see the beautiful trees in the gardens and animals that roam freely in the surrounding areas or birds flying high up in the air.

We often tend to rush to and fro to work, sending children to schools, doing chores or trying very hard to keep up with datelines that we forgot to take time out once in a while to appreciate what is around us besides the robots and machines readily available within our reach. We are so focus into getting more and more money that sometimes we forgot that we had actually have enough money already. When we focus too much in getting too much money than we actually need, we tend to stress more.

So,take time out and smell the roses. View a beautiful painting, share  a good laugh with friends that will make you feel good. InsyaAllah.

Tuesday, March 20, 2012

Sirah Rasulullah- Pokok Bercabang Keluar Dari Sebuah Batu Besar

 pic.source:struggle2jannah.wordpress.com



Kisah ini adalah berkenaan permintaan Abu Jahal kepada anak saudaranya Rasulullah SAW.


"Wahai Abu Talib, sekiranya anak saudara kamu menjadi pesuruh Allah , tunjukkan kepada saya tanda- tandanya," kata Abu Jahal. 
"Wahai anak saudaraku, Muhammad. Adakah kamu dapat memenuhi permintaan Abu Jahal?" tanya Abu Talib.

"Apakah tanda-tanda yang dia kehendaki, wahai bapa saudaraku?" tanya Nabi Muhammad lagi.

Abu Jahal segera menjawab," Dihadapan rumah ini ada sebuah batu besar. Sekiranya benar kamu nabi, cuba keluarkan sebatang pokok yang bercabang dua dari dalam batu itu."

"Sekiranya Nabi Muhammad dapat memperlihatkan kekuasaan Allah kepada kamu, adakah kamu akan beriman?" tanya Abu Bakar pula.

"Ya," jawab Abu Jahal.
"Saya juga," kata Abu Lahab pula.

Mendengar permintaan itu, Nabi Muhammaf pun berdoa. Doa itu dimakbulkan Allah. Tiba- tiba batu besar itu terbelah dua. Kemudian dari dalam batu itu keluar sebatang pokok kayu yang bercabang dua seperti dipinta oleh Abu Jahal.

"Alangkah baik sekiranya pokok itu mengeluarkan buah," kata Abu Jahal pula.

Tiba- tiba pokok itu mengeluarkan buah. Ramai yang terpegun dengan kejadian luar biasa itu.

" Ini semua adalah sihir Muhammad, " kata Abu Jahal lalu pergi dari situ.

Demikianlah Kekuasaan Allah untuk membuktikan kenabian Rasulullah, namun Abu Jahal masih  enggan menerima kebenaran tersebut. 

Sumber: Abu Bakar Sahabat Sejati- Abdul Latip Talib

Popular Posts