Wednesday, May 23, 2012

Pengembaraan di USA 2012- bhgn 1

Salah satu masjid yang terawal di USA
 Islamic Cultural Center, Cedar Rapids, Iowa 
"Mak tengok subtitle movie ni ...dia dalam bahasa Arablah. Allughatul arabiyah!" kata anakku, sambil tersenyum. Anakku memang memahami sedikit sebanyak bahasa Arab memandangkan bahasa arab merupakan matapelajaran wajib di sekolahnya. Movie itu ialah Alice in Wonderland keluaran Disney Productions.

"So, macamana, nak baca dalam bahasa Arab  tu atau lihat dan  dengar dalam English saja?" tanyaku. "Tak palah nanti boleh chek depa translate betul ke tidak," beritahu anakku. Sesekali terdengar anakku tergelak gelak membaca translation dalam bahasa Arab.

Sebenarnya kami berada dalam kapalterbang MAS menuju ke Los Angeles ketika itu. Penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 22 jam memang lama.  Masa yang membosankan sudah tentu  dihabiskan melihat skrin di hadapan tempat duduk. Kita boleh memilih samada hendak melihat movie, bermain games, belajar bahasa, mengetahui kedudukan kapalterbang dan lain lain. 

Walaubagaimanapun, bagi kami suami isteri yang berumur hampir mencecah separuh abad, penerbangan sebegini  memang mencabar dari hal sendi-sendi di badan dan pening akibat terpaksa duduk saja sebegitu lama. Selain daripada ke bilik air untuk qada hajat dan berwuduk untuk solat, kebanyakan masa  di habiskan di tempat duduk itu sahaja. 


.
Pengembaraan aku bersama keluarga ke Amerika Syarikat  baru- baru ini meliputi 14 buah negeri di USA daripada 50 negeri dalam masa 25 hari. Ini mungkin termasuk singgah sebentar untuk solat  atau bermalam di motel selain daripada melawat tempat- tempat menarik di sana. Sekali pandang memang agak mustahil kerana negeri- negeri di USA ini bukannya kecil- kecil seperti Melaka atau Negeri Sembilan . Setiap satu negeri yang kami lalui ada yang beratus kilometer dari utara ke selatan atau dari timur ke barat. Ada  kalanya kami sampai ke tempat yang dituju hanya selepas memandu selama 12 jam. Pernah satu ketika kami sampai di tempat yang dituju pada pukul 3.30 pagi. Waktu subuh ketika itu ialah pukul 4.30 pagi. Itulah sedikit cabaran yang kami lalui dalam pengembaraan kali ini. 

Ikuti sambungan kisah pengembaraan saya ini dalam artikel seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts