Sedikit sedutan dari buku Putik- Putik Islam Yang Kian Berkembang
Masjid Di Fresno |
Sewaktu kami sampai di Islamic Center Anaheim, khutbah Jumaat sudahpun bermula. Kami terpaksa meletakkan kereta di tempat yang agak jauh dari Islamic Center memandangkan tempat letak kereta yang berdekatan bangunan tersebut sudah penuh.
Islamic Center ini adalah bangunan dua tingkat yang agak besar. Tempat solat perempuan adalah di bahagian atas. Ketika kami masuk ke dewan solat wanita, kami dapati ramai kaum wanita yang sedang mendengar khutbah yang disampaikan dalam bahasa Arab. Kelihatan ramai juga wanita Arab dalam pertengahan umur yang berada di situ. Aku bersama-sama anakku pergi ke bahagian belakang untuk bersiap sedia untuk solat. Sebelum itu kami telah mengambil wuduk di tingkat bawah.
Ketika aku duduk, seorang wanita pertengahan umur telah menyuruh aku menggunakan `headphone’. Aku yang kurang memahami apa yang dimaksudkan memberitahunya “It’s ok” kerana aku tidak mahu mengganggu jemaah yang sedang mendengar khutbah. Setelah beberapa lama barulah aku dapat tahu bahawa kita boleh mendengar terjemahan khutbah yang sedang disampaikan dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan `headphone’. Aku ketawa sendirian kerana menolak permintaan wanita tersebut.
Ingin mengikuti kisah pengembaraanku bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini
No comments:
Post a Comment