Monday, February 7, 2011

Makanan Melayu di Pulau Pinang -Bahagian 1


Takua Rendang 
Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kita nampak kat Pulau Pinang ni sekali imbas memang banyak makanan China, ada tempat- tempat tertentu yang banyak makanan Melayu. Sekiranya kita berada di kawasan Padang Kota Bharu( kat mana ni...biasanya orang luar tanya.) padang Kota baru tu Gurney Drivelah. Padang kota lama tu dekat dengan jeti. Padang kota Baru ni berdekatan dengan pekan Pulau Tikus dan Tanjung Tokong. Arah pergi Tanjung Bungahlah.

Padang kota baru ini satu kawasan di sepanjang tepi laut. Terdapat kawasan pejalan kaki  di tepi laut dan kita boleh memandu di sepanjang Padang Kota ini  sambil menghirup udara laut. Kalau  kita pergi masa yang sesuai  kita dapat merasai hembusan bayu laut yang dingin di sini. Bermula dari Jalan Kelawei  ia berakhir di sebuah bulatan(roundabout). Di hujung roundabout ini terdapat  satu open air foodcourt yang menyediakan makanan  Melayu dan makanan Cina. Foodcourt ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian halal dan bahagian tidak halal.

Sebagai orang asal Pulau Pinang, makanan kegemaran saya dan emak saya yang di jual di food court ini ialah takua rendang. Hah... takua yang dibuat rendang ke? Takua tu tauhu. Orang Penang kadangkala menggunakan perkataan rendang ini menggantikan perkataan goreng.. Jadi takua rendang ni tauhu gorenglah. Tapi yang specialnya bukan tauhunya. Sebenarnya hidangan ini terdiri daripada cucur udang yang campurkan dengan  taugeh dan daun bawang di dalam tepungnya, tauhu yang digoreng dan timun.Itu saja. Tapi ingat kesedapannya tetap terletak pada kuahnya  yang di bubuh keledek, bijan dan lain-lain. Biasanya mamak jugaklah yang buat tapi hidangan ini tidak boleh didapati di kedai nasi kandar, hanya di gerai-gerai tertentu sahaja.

Seterusnya jika kita meneruskan perjalanan ke arah Tanjung Tokong kita akan dapati deretan gerai-gerai Melayu di hadapan tanah yang telah ditambak dan dibuat rumah. Dulunya kawasan ini berhadapan laut dan terdapat sebuah padang kota juga.. Malangnya ia kini telah di tambak dan ini menyebabkan pemandangan di sini kurang menarik lagi. Walaubagaimanapun ia masih satu perkampungan Melayu yang terletak tidak jauh dari Georgetown. Saya biasanya pergi ke Pasar malam Tanjong Tokong ini untuk mencari makanan kegemaran saya iaitu popia dan putu mayam.

Rasanya makanan Melayu  di Pulau Pinang hampir sama dengan yang terdapat di tempat lain. Kalau lauknya, biasanya semasa saya kecil-kecil dulu, asam pedas, kuah pindang, gulai dan kuah lemak merupakan hidangan biasa bagi kami. Cuma lauk yang kami makan taklah pedas terganga-nganga macam masakan orang Negeri Sembilan. Kami jarang menggunakan cili padi dalam masakan kami. Kalau tak silap, makanan Melayu Pulau Pinang banyak di pengaruhi oleh pedagang Arab, mamak dan juga Cina. Maklumlah dulukan pulau ini  mempunyai antara pelabuhan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu.Jadi banyak berlaku perkahwinan campur sehinggakan makanannya  pelbagai.

Antara kuih yang biasa saya makan sewaktu kecil dahulu ialah dangai, serabai dan pulut udang. Dangai ini dibuat daripada tepung pulut, kelapa muda dan gula pasir. Serabai pula perlu dimakan dengan kuah manis atau kuah durian. Serabai ini biasanya di buat daripada tepung beras. Rupanya sama seperti penkek.Pulut Udang ialah kuih yang di balut dengan daun pisang. Pulut udang ini ialah pulut yang intinya dibubuh kelapa dan udang. Kalau dulu setiap keping pulut udang ini mesti ada udang di dalamnya. Tapi sekarang ini, janganlah di harap sangat kecuali kalau kita pergi ke arah kedah dimana makanannya lebih murah.

Antara kawasan penempatan Melayu yang  terbesar terletak di kawsan Gelugor. Kawasan ini memang mempunyai banyak restoran Melayu dan gerai Melayu. Kawasan ini  terletak berhampiran dengan USM, dan ini menyebabkan ia cepat membangun. Oleh itu mudahlah kita menadapat makanan melayu disini.

Satu kawasan yang special yang sudah lama tidak saya kunjungi ialah Gerai Ikan bakar Teluk Tempoyak. Kawasan ini  merupakan kawsan nelayan yang terletak betul-betul di tepi laut. Untuk sampai ke kawasan ini kita perlu pergi ke arah Batu Maung dan pandu kereta menaiki bukit kemudian menuruni bukit semula. Pemandangan disnin memang  indah, biasanya gerai ini hanya dibuka lewat petang saja. Oleh itu  ia biasanya dikunjungi oleh pengunjung selepas pukul 6 petang.

Itulah sedikit sebanyak makanan melayu Pulau Pinang dan kawasannya atau tempatnya.



Ingin belajar cara buat duit dengan menulis artikel? Klik di sini

1 comment:

  1. Suami sya org penang. suka sangat dia bawa sya ke sana krn ada banyak tempat2 makan best di sana. Singgah blog sya utk mengetahui byk tempat2 makan di negeri utara khususnya pulau pinang.

    from : http://juadahmalaysia.com

    ReplyDelete

Popular Posts