Wednesday, April 4, 2012

Pengalaman Bersolat di Islamic Center Anaheim, California


Sedikit sedutan dari buku Putik- Putik Islam Yang Kian Berkembang

Masjid Di Fresno
Sewaktu kami sampai  di Islamic Center Anaheim, khutbah Jumaat sudahpun bermula. Kami terpaksa meletakkan kereta di tempat yang agak jauh dari Islamic Center memandangkan tempat letak kereta yang berdekatan bangunan tersebut sudah penuh.

Islamic Center ini adalah bangunan dua tingkat yang agak besar. Tempat solat perempuan adalah di bahagian atas. Ketika kami masuk ke dewan solat wanita, kami dapati ramai kaum wanita yang sedang mendengar khutbah yang disampaikan dalam bahasa Arab. Kelihatan ramai juga wanita Arab dalam pertengahan umur yang berada di situ. Aku bersama-sama anakku pergi ke bahagian belakang untuk bersiap sedia untuk solat. Sebelum itu kami telah mengambil wuduk di tingkat bawah. 

Ketika aku duduk, seorang wanita pertengahan umur telah menyuruh aku menggunakan `headphone’. Aku yang kurang memahami apa yang dimaksudkan memberitahunya “It’s ok” kerana aku tidak mahu mengganggu jemaah yang sedang mendengar khutbah. Setelah beberapa lama barulah aku dapat tahu bahawa kita boleh mendengar terjemahan khutbah yang sedang disampaikan dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan `headphone’. Aku ketawa sendirian kerana menolak permintaan wanita tersebut.

Ingin mengikuti kisah pengembaraanku bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini

Tuesday, April 3, 2012

Sirah Rasulullah- Peristiwa Hari Isnin

Pic Source:koding-kn.blogspot.com




Diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Ibn Abbas berkata," Sesungguhnya Rasulullah SAW dilahirkan pada hari Isnin, diangkat menjadi rasul pada hari Isnin, keluar berhijrah dari Makkah ke Madinah  pada hari Isnin, tiba di Madinah pada hari Isnin, dan wafat pada hari Isnin. Rasulullah  SAW juga sewaktu mengangkat Hajar Aswad ketika Kaabah di bangunkan oleh kaum Quraisy pada hari Isnin.
Sumber: Allah Muliakan Maulid Nabi- Ust Ahmad Lutfi- Anis April 2010

Sedikit renungan: Adakah kesemua persitiwa di atas berlaku secara kebetulan atau kesemuanya ditentukan Allah? Kaitkan dengan peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita samada nikmat atau musibah, kesemuanya ditentukan Allah. Wallahualam.

Popular Posts