Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah sejenis biji kopi yang dimakan oleh seekor musang yang kemudiannya di ambil selepas dia.......(melalui saluran najisnya). Lepas ia dibersihkan kopi ini di proses menjadi serbuk kopi. Apa macam....larat ke minum kopi ni? Jangan terkejut kerana kopi ni dikatakan antara kopi yang termahal di dunia dan boleh didapati di Indonesia. Saya dah surf internet tentang halal atau tidak kopi ini. Berdasarkan internet, mengikut pendapat ulama, kopi ini halal di makan. Namun, bila difikirkan saluran yang dilalui oleh biji kopi ni, rasanya setakat ni tak lalu nak rasa. Lebih baik yang diproses secara biasa.
Berbalik kepada cerita musang. Alkisah beberapa hari lepas, sedang suami saya sibuk melakukan kerja di ruang tamu, tiba-tiba dia terdengar air mencurah melalui siling lalu terkena kain kusyen di sana. Mulanya kami tak pasti apakah cecair yang turun itu. Baunya seperti daun pandan! Ada orang mencurah air ke daun pandan dari atas siling(Bukan daun keladi)???
Seketika itu saya baru teringat pagi tersebut sememangnya ada bunyi seperti ekor musang di antara bumbung dan siling rumah kami. Memang ketika itu bunyi tersebut betul-betul di atas ruang tamu. Lantas saya menyuruh salah seorang dari ahli keluarga mencari di internet tentang kencing musang yang berbau daun pandan. Memang tak di sangka! Berdasarkan internet, memang ada sejenis musang yang kencingnya pada awalnya berbau pandan.
Habis satu kusyen dengan bantal-bantal kami terpaksa bersihkan dek kencing musang itu. Bau kencing musang itu lama kelamaan menghasilkan bau yang menyengitkan....Nasib baik kami dah bersihkan awal-awal.Kalau tidak, habis satu rumah berbau.
Begitulah kisah.......musang dan kencing musang.
Sunday, July 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Takua Rendang Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kit...
-
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ...
-
Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah seje...
-
Masjidil Haram dan Menara Jam Bumi Haramain...Nama yang di berikan kepada Makkah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah. Saban tahun beg...
-
Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaa...
-
Baru baru ini dalam program Tanyalah Ustaz TV9, seorang pemanggil telefon telah menceritakan bagaimana seorang mualaf yang telah berpuluh-...
-
Raccooons- Pic Source: smashinglists.com Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi k...
-
"Kelas fardhu ain? Nak belajar apa lagi? Kan kita dah belajar dulu," kata seorang sahabat. Kami berjumpa di masjid selepas so...
-
"Tadi Ati pi kat sekolah tu. Ada orang jual ABC kat bawah pokok. Ati teringin pula nak makan ais kepal. Lani mana ada orang jual ais ke...
No comments:
Post a Comment