Wednesday, March 28, 2012

Musang di Malaysia, Raccoons di Amerika Syarikat

Raccooons- Pic Source:smashinglists.com

Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi kaca pecah kedengaran. 


Tersentak juga aku yang tengah menghayati cerita di TV. Aku ingat ada ahli keluargaku yang telah memecahkan sesuatu tapi bunyi benda pecah itu berada di belakang dapur. Alhamdulillah ketika hari masih agak terang. Aku terus menjengah tingkap dapur untuk melihat apa yang pecah d iluar. Terkejut juga aku. Bergayut di bahagian luar tingkap rupa- rupanya seekor musang yang bulu berbelang dengan saiz sebesar seekor kucing. "Cip! cip!"  bunyinya seolah- olah seekor tikus. Ia  masih takut- takut hendak melompat turun. 


Aku menjerit memanggil anak aku agar segera datang. Sebenarnya aku memanggilnya bukan untuk meminta tolong tapi sebaliknya mahu dia melihat dan mengenal bagaimana rupa musang yang sebenarnya. Bergegas anakku datang untuk menyaksikan binatang yang selalu buat bising di atas siling rumahku. Ketika itu musang itu sudah pun turun ke bawah. Namun sempat juga anakku melihatnya. "Comel juga musang tu kan!" kataku. Anakku mengangguk tanda bersetuju. Memang pengalaman melihat binatng yang jarang kelihatan secara terbuka ini sangat istimewa.




Terringat aku ketika kami sekeluarga mengembara di antara Michigan dan Tennessee tahun 2009 dahulu,  kami dapati begitu banyak bangkai raccoon yang terdampar di bahu jalan. Di Amerika syarikat binatang ini juga dianggap binatang perosak. Sekiranya di Malaysia musang merupakan binatang yang suka mencuri ayam,  raccoon uga merupakan binatang yang sering mencuri makanan samada di rumah atau di ladang,

Walaubagaimanapun  raccoon juga merupakan sumber ekonomi bagi golongan yang kreatif  yang menjadikannya  topi, beg dan baju musim dingin. Malah kalau tak silap anak sulong ku pernah membeli topi berbulu raccoon  sebagai kenang- kenangan. Menarik juga tampak topi ini. Terfikir juga kenqpa di sini tidak diambil bulu musang untuk dijadikan salah satu sumber ekonomi bagi golongan yang mudah mendapat binatang ini? Sepanjang pengetahuanku binatang ini bukan jenis binatang yang di haramkan oleh Jabatan Hidupan Liar. 
Fikir fikirkanlah..

Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya di Amrrika Syarikat? Klik di sini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts