Stuart Little Source:thedinosaurboy.com |
Setakat ini yang saya ingat filem animasi Melayu yang betul betul berjaya ialah Upin dan Ipin.Filem animasi atau filem yang melibatkan watak binatang kerap kali menarik minat saya walaupun saya sudah pun mencapai pertengahsn umur. Ia menenangkan dan banyak membawa kita memikirkan tentang alam kehidupan makhluk ciptaan Allah. Kebanyakam filem filem ini adalah keluaran Disney atau Warner Bros. Filem Bug's Life, Stuart Litlle tampak simple tapi ia memberi pengetahuan yang banyak kepada penonton. Biasanya saya hanya menonton di rumah sahaja dengan membeli CD original.
Saya ada mendengar untuk menghasilkan filem animasi atau berkenaan binatang ini memang susah dan melibatkan masa dan kos yang tinggi. Tapi menghasilkan sesuatu yang dapat memberi manafaat dan pengajaran kepada masyarakat keseluruhannya insyaAllah ganjarannya besar di akhrat kelak.
Dalam Alquran dan hadith sendiri banyak diterangkan tentang pelbagai binatang dari sebesar besar gajah hinggalah sekecil kecil nyamuk atau semut. Banyak kisah kisah menarik dari Alquran yang boleh diselitkan dalam fiem animasi agar ia mengingatkan kita tentang kebesaran Alah terutama sekali dari segi sifatnya dan kitaran hidupnya.. Misalnya, kisah semut yang rajin bekerja, lebah yang mempunyai ratu lebah yang kehidupannya begitu istimewa. Banyak kisah kisah yang simple ini saya saksikan dalam bugs life atau Stuart Litlle. Walaupun jalan ceritanya tampak simple tapi ia membuatkan kita berfikir bagaimana kehidupan mereka, makhluk makhluk yang seringkali kita abaikan ini.
Untuk menghasilkan filem animasi terutama sekali tentang haiwan, saya tahu ia bukan mudah. Penyelidikan tentang kehidupan haiwan sudah semestinya mengambil masa bahkan bertahun. Walaubagaimanapun kehidupan kita didunia ini sentiasa dikelilingi makhluk- makhluk lain selain manusia. Mungkin sekiranya kita ikut saranan Allah agar memerhatikan alam ini dengan cara memikirkan keajaiban ciptaan Allah, kita boleh menghasilkan suatu jalan cerita filem animasi yang 'amazingly good!.'
No comments:
Post a Comment