Monday, March 12, 2012

Mengembara bersama keluarga- Tempat yang Bermanafaat Di Lawati

Sesiapa yang telah berkeluarga, biasanya mempunyai impian untuk mengembara bersama ahli keluarganya. Bagi yang belum biasa berbuat demikian, mungkin timbul sedikit keraguan atau kere sahan yang menyebabkan mereka berfikir dua tiga kali sebelum meneruskan rancangan untuk mengembara atau melancong bersama.

Masjid di Beijing
Bagi saya yang lebih suka bercuti dengan anak- anak, mengembara bersama membawa banyak kebaikan dan kenangan manis serta menambah ilemu pengetahuan. Lagipun dengan mengembara bersama kita dapat mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga dan belajar bersabar dengan kerenah masing- masing.
Biasanya kami tidak terlalu mewah berbelanja semasa mengembara. Menghabiskan duit dan masa dengan membeli belah jarang terdapat dalam agenda kami kecuali membeli barang barang  untuk diberikan kepada saudara mara terdekat sebagai kenangan. Oleh itu mengembara mengajar kami menahan diri daripada berbelanja berlebih- lebihan. 

Semasa mengembara biasanya saya lebih menitik beratkan mempelajari budaya dan paling 'simple' makanan tradisional penduduk setempat. Sekiranya saya sekeluarga melancong di dalam negara tempat yang paling saya suka lawati ialah pasar negeri tersebut. Disitulah biasanya secara amnya kita dapat mengetahui budaya dan makanan sesuatu tempat. Ataupun melawat ke  tempat- tempat khas yang memperlihatkan budaya  kaum tertentu seperti Perkampungan Budaya di Sarawak.


Sekiranya di luar negara, saya lebih tertumpu kepada tempat tempat  keindahan alam semulajadi ciptaan Allah, sejarah sesuatu kawasa dan orang Islam di sana. Saya tidak menumpukan kepada makanan memandangkan terdapat keraguan dalam kehalalan  makanan di situ  kawasan ada yang meragukan. Jika di Beijing saya lebih terpesona  kepada keindahan masjid daripada keadaan shopping mall yang bertingkat tingkat. Walaupun pihak negara tersebut begitu ghairah mewajibkan pemandu pelancong  supaya membawa pelancong ke pelbagai kawasan shopping, kami kurang berminat dengan aktiviti tersebut. 


Jika di Thailand, kami lebih suka melihat keadaan hidup orang di sana.Pernah kami di bawa ke perkampungan orang Asli di mana di sana beberapa puak orang asli di tempatkan di tempat tersebut. Salah satu puak orang Asli yang kami berjumpa ialah Long Neck atau Puak Karen. Mereka ini terkenal kerana mempunyai budaya memakai gelang tembaga yang berlapis lapis dan berat sehingga leher mereka menjadi panjang. Meskipun Puak ini lebih banyak terdapat di Myanmar, lawatan ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada kami tentang puak minoriti ini.


Islamic Center of  Greater Toledo
Di luar negara seperti di Amerika Syarikat, mengembara bersama keluarga tanpa menggunakan khidmat pemandu pelancong lebih menyenangkan selesa dan menjimatkan wang. Lagipun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, oleh itu lebih mudah kami berkomuikasi dengan orang tempatan di sini berbanding di Thailand atau di negara China. Satu daripada target kami bila mengembara di sini ialah singgah bersolat di masjid- masjid di sini. Kami berasa begitu teruja melihat umat Islam dapat membina rumah Allah di negara yang penuh kontroversi ini  dan kebanyakannya dibina dengan sumbangan orang ramai. Mungkin dengan cara begini menyebabkan mereka lebih menyayangi masjid ini dan lebih menjaga keadaannya daripada mengharapkan pihak kerajaan  aatau majlis perbandaran.



Ingin mengikuti pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini

No comments:

Post a Comment

Popular Posts