Tuesday, March 13, 2012

Sedikit Sejarah Nabi Muhammad Semasa Baginda Kecil

Pokok Kurma
Sumber:
sandierpastures.com

 
"Wahai Muhammad, di kampung seberang diadakan keramaian. Ada tarian, nyanyian dan pelbagai hiburan. Mahukah kamu sekiranya saya ajak pergi ke sana?" tanya Abu Bakar.

Disebabkan tidak sampai hati hendak menghampakan harapan sahabat baiknya, maka Muhammad bersetuju menerima pelawaan itu. Mereka berjalan kaki dengan sekumpulan anak muda ke kampung seberang. Di pertengahan jalan, Muhammad berasa sangat mengantuk. Beliau mengajak Abu Bakar berhenti di bawah sepohon kurma.

Kemudian Muhammad tertidur lena. Abu Bakar tidak sampai hati hendak mengejutkannya. Beliau membiarkan sahabat baiknya tidur nyenyak sehingga menjelang petang. Apabila Muhammad terjaga, pesta keramaian itu sudah selesai dan orang ramai sudah pulang ke rumah masing-masing.

Allah telah memelihara Nabi Muhammad dan sahabatnya sejak kecil lagi dari terlibat dengan perkara mungkar dan melalaikan.


Sumber- Buku: Abu Bakar Sahabat Sejati- Abdul Latip Talip.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts