Untuk mengembara dengan sendiri di luar negara kita perlu membuat 'itinerary' sendiri. Dengan cara begini masa dan wang kita boleh dirancang mengikut kesesuaian tahap kewangan kita dan cuti yang kita dapat ambil. Lainlah sekiranya kita menggunakan khidmat pemandu pelancong. Sampai saja terus ada yang mengaturkan ke mana hendak di tuju, dimana hendak tidur dan apa yang hendak dimakan. Walaubagaimanapun khidmat pemandu pelancong yang merancang pergi melawat ke tempat-tempat yang tidak kita gemari adalah amat merugikan.
'Itinerary' pengembaraan ke USA kali ini dimulakan oleh saya sendiri sejak beberapa bulan sebelum bertolak. Maklumlah kami hanyalah dari golongan sederhana. Tak boleh 'call the airline and take off' saja. Selain masa, segala perbelanjaan harus di ambil kira. Semua ahli keluarga terlibat untuk mengeluarkan perbelanjaan mengikut kemampuan masing- masing.
Perbelanjaan yang utama termasuk sewa kereta, sewa motel untuk bermalam dan makanan. Semuanya harus dikira mengikut matawang dollar Amerika. Dunia internet kini membolehkan kita memilih dan membuat tempahan sewa kereta dan motel dari Malaysia lagi mengikut keupayaan kewangan kita. Kebanyakannya boleh diuruskan dengan kad kredit atau debit.
Walaubagaimnapun semasa mengembara ada kalanya kita tidak dapat menentukan betul- betul tempat yang hendak dituju. Faktor masa dan cuaca memainkan peranan penting dalam hal ini. Dalam pengembaraan saya kali ini, seminggu sebelum kami sampai ke California terdapat ribut salji di kawasan pergunungan yang kami telah rancang untuk pergi. Alhamdulillah, semasa kami sampai ribut itu telah reda dan kami masih berkesempatan melihat dan bermain salji di sana.
Beberapa hari setelah kami sampai pula, terdapat ribut salji tebal di kawasan sebelah timur Amerika Syarikat yang melibatan beberapa buah negeri( New York State, Ohio, Pensylvania, Maryland dan lain lain). Anehnya apabila kami sampai di sana 2 minggu kemudian tiada nampak sebarang kesan kerosakan langsung akibat ribut tersebut. Untuk makluman, sepatutnya ketika itu sudah di akhir musim bunga dan cuaca semakin panas.
Namun Allah jua yang Maha Berkuasa menentukan segala galanya.
Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya di USA pada tahun 2005 dan 2009? Klik di sini

stumble blog nih, salam ;p
ReplyDelete