Daerah Sonoma ini terkenal dengan hutan Redwoods tanah pamah. Pokok redwood ini bentuknya seperti pokok pain tapi saiznya sangat besar. Di California, terdapat dua jenis hutan redwoods iaitu hutan redwoods pergunungan dan hutan redwoods tanah pamah. Kesemuanya mempunyai pokok redwood yang bersaiz besar dan tinggi. Adakalanya hutan ini terletak berhampiran pantai.
Di sekitar Sonoma State University juga mempunyai banyak pokok redwood.Pada pandanganku inilah keunikan universiti ini berbanding universiti lain di California yang pernah aku lawati. Kehadiran pokok ini menambahkan kehijauan pada flora dan fauna persekitaran dan ini menambahkan lagi suasana ketenangan di universiti. Bagi kami suami isteri yang berkunjung ke sana, suasana di sini sangat ideal untuk belajar terutama sekali di peringkat universiti. Jauh dari hiruk pikuk suasana kota dan kurang pencemaran udara. Tak jauh dari universiti ini pula terdapat ladang ladang buah- buahan, sesuai dengan iklim mediteranean California.
Namun begitu, susana di universiti ketika kami berkunjung ke sana agak sibuk kerana mereka meraikan hari graduasi yang bakal menjelang tidak lama lagi Di satu kawasan lapang riuh rendah seolah- olah tedapat satu pesta konvo. Di kawasan lain pula kelihatan pelajar masih bertungkus lumus dengan peperiksaan akhir semester yang sedang berlangsung.
Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini
No comments:
Post a Comment