Sejak awal hidup hingga Rasulullah wafat, Baginda menjalankan kerja dakwah yang banyak memaparkan amar makruf berbanding nahi mungkar. Kadang kadang dakwah baginda tidak menggunakan lidah sebaliknya sikap atau akhlak.
Ibnu Abbas berkata Rasulullah menulis sepucuk surat untuk orang Muhajirin dan Ansar agar mereka berfikir berdasarkan akal mereka, membantu kehidupan mereka dengan yang makruf dan membaiki kelemahan antara orang Islam.
Begitu juga dengan amalan para ulama terdahulu dalam dakwah mereka. Banyak tunjuk ajar yang diberikan kepada umat Islam berbanding dengan melarang pelbagai perkara. Sebenarnya itulah yang melonjakkan penerimaan Islam dalam kalangan orang awam termasuk orang bukan Islam. Apabila kia memperbanyakkan sesuatu yang baik, secara tidak langsung kemungkaran tidak mampu dilakukan oleh masyarakat.
Pendekatan Rasulullah iaitu amar makruf telah mempamerkan kejayaan besar dalam dakwah. Saya percaya kita ada pengalaman ,apabia kita disuruh berbuat baik kita berasa selesa untuk melakukannya. Malah terkesan jika amalan kebaikan dilakukan oleh seorang tokoh, kita lebih cepat mengikutinya.
Sumber: Ust Ahmad Baei Jaafar: Solusi Isu 44

Salam.
ReplyDeleteSaya ingin bertanya sedikit mengenai kehidupan di USA. hujung bulan Ogos ni saya akan pergi ke US untuk menyambung pengajian saya peringkat M.A in Economics, Eastern Michigan University. Saya merupakan pelajar Islam. Boleh beri sedikit tips bagaimana kalau hendak mencari masjid, pergaulan dgn umat islam kt sne, dan paling pnting mencari makanan2 halal kat sane.
Terima kasih.
Syam
Utk tahu lebih lanjut tentang umat Islam di USA, jemput baca buku saya Putik Putik Islam yang Kian Berkembang. Boleh di dapati di banyak kedai buku di KL(Pustaka Mukmin,Jalan TAR, kedai buku di Medan Mara, di Pertama Kompleks, dll serta di MPh wangsa maju. Juga boleh pesan melalui saya sendiri. Klik saja di gambar buku tersebut.
DeleteWaalaikumussalam,
ReplyDeleteBerdasarkan anak saya yang pernah belajar di Ann Arbor, Michigan, pelajar Eastern Michigan U biasanya pergi bergaul dengan pelajar Melayu di Ann Arbor. Ann Arbor hanya terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dengan kereta. Ada bas juga ke sana. Rasanya di Ypsilanti pun ada Islamic Center. Islamic Center juga berfungsi sebagai masjid yang digunakan untuk solat jumaat dan solat jemaah selain daripada aktiviti Islamic yang lain. Di Ann Arbor terdapat sebuah Islamic Center di dalam kawasan universiti. Sama seperti Ann Arbor,di Ypsilanti juga terdapat kedai barangan halal. Utk tips sila tengok
http://www.zabihah.com/. Dearborn yang terletak tak jauh dari Ann Arbor ini merupakan kawasan penempatan muslim terbesar di US. Deretan kedai orang Islam terdapat di Warren Ave. Di Dearborn juga terletak masjid terbesar di US. Jadi jangan risau tentang nak cari makanan halal di sini. Fast food dan cafe halal pun ada, InsyaAllah.