Senario masa kini - Dua orang pelajar muslim sedang berjalan menuju ke kantin di sebuah universiti atau di sebuah sekolah Islam. Di pertengahan jalan mereka bertembung dengan dua orang pelajar lagi yang tidak mereka kenali atau kenal tapi tak berapa rapat. Masing masing asyik bersembang dengan sahabat mereka meskipun dua kumpulan ini hampir berselisih bahu. Tiada senyuman mahupun ucapan salam diberi. Masing masing meneruskan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju. Adakah ini senario yang biasa kita lihat?
Bagi saya yang sering berkunjung ke universiti dan juga sekolah islam, ia merupakan sebuah senario yang biasa. Mengucap salam bukan lagi satu kebiasaan yang diamalkan di universiti dan sekolah yang berunsurkan islamik.
Mengucapkan salam kepada sesama muslim hukumnya sunat dan ia merupakan amalan yang sangat dituntut dalam islam. Daripada Amru al Ashr, beliau berkata:" Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w., " Apakah ( pelaksanaan ajaran) Islam yang paling baik? Nabi menjawab:" Engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang kau kenal dan tidak kenal." -Hadith riwayat Bukhari dan Muslim- sumber Aniqah Nov 2011
Bagi saya yang biasa ke luar negara, bertemu dengan orang Islam dan mengucapkansalam merupakan satu perasaan syukur yang susah nak gambarkan. Ini berlaku terutama sekali sekiranya saya melancong ke negara yang umat Islamnya adalah golongan minoriti. Sebagai contoh, saya pernah sampai ke Mei Sai, sebuah daerah di sempadan Thai Myanmar. Sewaktu kami melintas sebuah jalan kami terserempak dengan seorang muslimah bertudung. Dengan segera muslimah itu memberi salam kepada kami walaupun ketika itu dia dalam keadaan tergesa- gesa melintas jalan. Demikian juga di China. Sewaktu kami berkunjung ke masjid, meskipun kami mempunyai masalah komunikasi, memberi salam dapat melahirkan ukhuwwah dan seterusnya terukirnya senyuman di bibir kedua- dua belah pihak.
Sewaktu berkunjung ke Amerika Syarikat, bertemu sesama muslim merupakan satu kesempatan yang sangat berharga. Kami dapat bertemu ramai umat Islam terutama sekali di Masijd dan Islamic Center. Umat Islam di Amerika Syarikat kini mencecah 6 milion. Walaupun ramai, setiap kali beremu ucapan salam tdak pernah dilepaskan begitu sahaja. Setiap kali menerima dan memberi salam kami dapat merasakan persaudaraan sesama muslim meskipun berlainan bangsa dan keturunan.
Mungkinkah kita dapat kembalikan adat memberi salam dalam masyarakat Islam di Malaysia?

Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik disini!
No comments:
Post a Comment