Dalam zaman internet ini tak ramai yang meluangkan masa untuk bertanya khabar atau menziarahi sahabat mahupun kaum keluarga. Aku masih ingat dahulu ketika aku masih kecil, bapaku sentiasa meluangkan masa menziarahi adik adiknya yang tinggal di Seberang Perai walaupun untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat mengambil masa yang agak lama. Ketika itu hanya kami sahaja yang tinggal di bahagian Pulau Pinang dan jambatan Pulau Pinang masih belum ada.Oleh itu kami hanya menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberang ke tanah besar.
Baru baru ini sewaktu mengembara di USA kami telah berkesempatan menziarahi beberapa teman lama, ada yang muslim dan ada yang non muslim. Pertemuan ini telah mengukuhkan persahabatan dan persaudaraan yang telah kami jalin dari dulu. Maklumlah kami ini diambang mencapai pertengahan umur. Tak banyak impian yang harus dikejar. Bertemu sahabat lama merupakan suatu peluang yang sangat berharga bagi kami.
Sahabat kami ada yang terdiri daripada orang Malaysia, orang Arab dan orang Indonesia yang telah membuat keputusan untuk menetap di USA. Pertemuan ini tidak membincangkan hal- hal perniagaan mahupun pekerjaan tapi lebih tertumpu kepada mengimbau kisah kisah lama dan kehidupan kini masing masing. Walaupun terpaksa menghabiskan masa yang agak lama, kami merasa puas dan bersyukur dapat bertemu teman lama. Ada juga yang kami tak berjumpa selama hampir 30 tahun. 30 tahun satu masa yang begitu lama dan kami percaya Allah telah menentukan agar kami bertemu semula agar di eratkan semula persahabatan walaupun kami tinggal beratus ribu kilometer di antara satu sama lain.
Islamic Center of Cincinati, Ohio |

No comments:
Post a Comment