Tuesday, September 11, 2012

Kejadian 11 September, Filem Hindustan dan Umat Islam Kini di Amerika Syarikat

Islamic Center  Bakersfield, California
Aku memang jarang menonton filem hindustan. Aku berpendapat filem sebegini ini banyak keburukannya terutama sekali  dari segi pakaian yag menjolok mata dan lenggok tarinya, tak kira pelakon  lelaki mahupun perempuan. Lagipun filem hindustan biasanya mengambil masa yang agak lama untuk menonton dan aku tidak suka duduk menghabiskan masa begitu lama semata- mata untuk menonton sebuah filem.

Namun aku tertarik pada sebuah filem apabila anakku memberitahu bahawa dia ada terdengar bahawa filem 'My name is Khan' menceritakan tentang keadaan orang Islam di USA selepas kejadian 9/11. Oleh itu aku mengambil keputusan untuk menonton filem tersebut apabila ia disiarkan di tv selepas hari raya aidilfitri baru- baru ini. Filem ini mengisahkan bagaimana Khan(dibintangi oleh Shah Rukh Khan) seorang India muslim yang autisma telah berhijrah ke Amerika Syarikat sebelum kejadian 11 September 2001. Walaupun dia seorang autisma, dia sangat cerdik dan fasih berbahasa Inggeris berkat usaha arwah ibunya yang menghantarnya belajar sendiri dengan seorang bijak pandai di kampungnya.



Islamic Center,Cincinati, Ohio
Di Amerika Syarikat dia telah bertemu dan berkahwin dengan seorang janda  India Muslim yang mempunyai seorang anak lelaki dalam lingkungan umur 9-10 tahun. Malangnya selepas kejadian 9/11 anak tirinya telah dipulaukan kerana berugama Islam dan akhirnya telah terbunuh dalam satu pergaduhan. Isterinya terlampau sedih sehinggakan dia tidak dapat menerima Khan sebagai suaminya  sehinggalah Khan pergi berjumpa Presiden Amerika sendiri dan memberitahu bahawa dia  iaitu Khan bukan seorang pengganas. "My name is Khan and I'm not a terorrist" itulah tagline yang popular dalam cerita tersebut. Dalam cerita ini juga dipaparkan bagaimana Khan telah bersolat di sebuah padang tak jauh dari sebuah restoran semasa berhenti rehat dalam perjalanan ke White House. Dia mengembara ke pejabat presiden itu dengan menggunakan bas kerana masalah  kewangan. Apa yang menarik dia juga telah singgah Ground Zero di World Trade Center, tempat pengeboman Sept 11,2001 dan berdoa sambil membaca Al Fatihah di celah-celah orang ramai yang beragama Yahudi dan Kristian. Ramai yang terkejut mendengar bacaan Al Fatihah itu kerana tidak menyangka ada orang Islam yang berani berada di situ. Umat Islam telah dituduh mengebom World Trade Center tersebut. 

Cerita ini mengingatkan tentang  pengembaraan aku di Amerika Syarikat  selepas peristiwa 11 September, 2001. Tahun 80 an dahulu aku datang sebagai seorang  pelajar. Dengan takdir Allah, ketiga tiga anakku telah menyambung pelajaran di sana. Oleh itu aku berkesempatan mengunjungi dan mengembara di sana sebanyak 3 kali selepas kejadian 11September, 2001 dan yang terakhir pengembaraanku ialah pada bulan April 2012. 

Umat islam di sana menerima tekanan yang hebat akibat peristiwa tersebut. Ada yang dicerca dan ramai yang menghadapi masalah mendapat kerja. Menurut sahabat kami yang tinggal di sana, mereka kini agak susah mendapat dana dari luar negara, khususnya negara arab. Namun disebalik tekanan tersebut mereka telah berusaha bersunguh- sungguh terutama sekali dalam perjumpaan interfaith untuk menerangkan kepada  masyarakat di sana bahawa Islam bukan agama yang menggalakkan keganasan. Sehingga kini kita sendiri belum pasti siapa dalang yang membuat pengeboman di World Trade Center tersebut. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, disebalik tekanan dan kepayahan yang dikenakan kepada mereka semakin ramai pula yang memeluk Islam dan bilangan Islamic Center serta masjid bertambah berkali ganda. Mungkin ini berkat keikhlasan dan kesungguhan umat Islam di sana. 

Dalam suasana yang tenang dan aman di negara kita ini,  kita seharusnya bersyukur kerana  amat mudah bagi kita mengerjakan amal ibadat. Namun berapa ramai yang berusaha menarik lebih ramai ke arah berakhlak mulia dan seterusnya menarik walaupun seorang non muslim ke arah ugama kita? Fikir- fikirkanlah.

Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini

No comments:

Post a Comment

Popular Posts