Friday, August 31, 2012

Bunga Api, Mercun dan Duit Raya




Setiap kali datangnya Aidilfitri, berdentum dentam bunyi mercun kedengaran di merata- rata tempat. Walaupun suasana kampung sudah berkurangan di tanah kelahiranku di Pulau Pinang, tapi dentuman yang sering mengejutkan orang yang seusia atau lebih berusia dariku sering membuatkan kami resah. Masakan  begitu, kadangkala mercun itu menghala ke bumbung rumah, kadangkala menghala ke parkir bertingkat di kawasan apartment. Mereka yang bermain mercun seolah olah begitu yakin mercun ini tidak akan mendatangkan mudarat. Meskipun awal- awal lagi dah disebutkan mercun diharamkan kecuali yang kecil- kecil. Walaupun di keluarkan berita budak budak terputus jari dan tangan. Namun bunyi dentuman dari  awal Ramadhan dan bertambah rancak di akhir Ramadhan serta di awal aidiltfiri sentiasa membingitkan telinga setiap tahun. 

Siapa yang menjual mercun ini? Kenapa mereka menjualnya sedangkan sudah jelas memasang dan bermain mercun  memang memudaratkan. Jawapan yang saya dengar ialah keuntungannya jual mercun dan bunga api banyak?Kenapa pentingkan diri sendiri? Halalkah dapat duit cara begini?

Siapa pula yang membeli, kanak kanak, ibu bapa atau datuk nenek. Orang melayu ni kaya kah sehingga sanggup menghabiskan  berpuluh-puluh atau beratus ringgit semata-mata untuk mendengar bunyi yang tidak memberi faedah ini? Kenapa tidak disedekahkan saja duit beli mercun tersebut kepada orang Islam Palestin atau pelarian muslim Rohingya yang banyak menderita sekarang. 

Jawapannya ialah alaa... Bukannya selalu. Lagipun masa iniah kita nak bergembira!" Datuk nenek pun turut terpesona melihat bunga api yang menjulang- julang di langit tanpa memberi teguran apa pun pada anak cucu.
Kenapa kurangnya penangkapan oleh pihak yang berkuasa walaupun mereka menjualnya secara terang-terangan di bazar ramadhan? Soalan ini juga saya pernah tanya keada serang polis  di balai polis bergerak tak jauh dari sebuah bazar ramadhan. Saya mendapat jawapan yang sangat mengecewaan. "Ini bukan tugas saya. Tugas pegawai polis lain." Agak agaknya saya sebagai orang awam akan datang lagi ke balai polis bergerak itu ke tidak? 

Dari mana kanak- kanak ini mendapat duit untuk membeli mercun dan bunga api yang mahal-mahal ini? Duit sedekah, hadiah dan apabila  tibanya aidilfitri..... duit raya? "Assalamualaikum kami datang nak beraya, "itulah ungkapan yang biasa kita dengar. Kanak kanak dibiarkan datang ke rumah orang yang tidak dikenali semata- mata untuk memperoleh duit raya. Bila difikirkan , perlukah budaya ini diteruskan?

 Maafkan saya, walaupun ramai yang meredhai cara begini bagaimana kanak- kanak memperolehi wang, saya bukan antara yang meredhainya. Pertama, dari kecil saya tidak diasuh sebegini. Saya hanya dapat duit raya sewaktu menziarahi sanak saudara dan  bukannya menagih duit raya dari satu rumah ke satu rumah yang tdak kami kenali tuan rumahnya. Kedua, saya lebih suka bersedekah kepada yang lebih memerluan. Kadangkala duit yang kita hadiahkan kepada peminta duit raya ini lebih banyak dihabiskan untuk membeli barang yang tidak berfaedah terutama sekali mercun dan buna api. Ketiga, saya lebih suka memberi hadiah berbentuk buku, mainan yang berfaedah atau makanan. Mainan seperi permainan minda, silap mata atau uji minda  dan  permainan yang memberi manafaat kepada kesihatan tubuh badan seerti bola dan layang- layang. 

Saya tahu ramai akan tersenyum atau ketawa melihat cara saya memberi hadiah kepada kanak-kanak. Sebagai bekas pendidik cara begitulah yang saya fikirkan lebih baik daripada memberi peket peket duit raya. Daripada situ saya tahu ke mana perginya wang saya. Kita nak mendapat manafaat apa yang dipelajari  daripada universiti Ramadhan dan bukannya nak menghancurkan generasi akan datang dengan mercun, bunga api dan kemewahan duit raya. Terasa malu juga  bila anakku memberitahu Imam Muda Palestin yang berkunjung ke Malaysia baru baru ini tersenyum  mendengar dentuman mercun apabila mereka sedang berceramah. Kata salah seorang daripada mereka," Di negara mereka ada juga dentuman sebegitu tapi itu dentuman bom!"  

Orang kita masih leka dengan budaya sebegini.....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts