Ketika mengembara ke California beberapa bulan lepas terlintas keinginanku untuk melawat beberapa tempat yang pernah saya paparkan dalam blog ini dalam tajuk 'The Little Blue Mosque' dan Zaytuna College. Bagiku kedua- dua tempat ini sangat istimewa kerana keunikan mereka. Salah satu keunikannya ialah kedua- duanya terletak dalam kawasan universiti. The 'litlle blue mosque' terletak di University of California, Davis manakala Zaytuna College terletak di University of California, Berkeley. Sebenarnya kedua- dua tempat ini terletak di bahagian utara California.
The 'litlle blue mosque' ini sebenarnya ialah Islamic Center of Davis. Mungkin disebabkan oleh keluasannya yang tidak berapa besar , ia di anggap kecil(little). Ketika kami sampai di sini untuk menunaikan solat jamak zuhur asar, kami dapati ia berkunci. Peristiwa 9/11 telah menyebabkan banyak masjid di USA di ceroboh serta di rosakkkan. Mungkin ini salah satu sebab terdapat masjid yang membuka pintu mereka hanya setengah jam sebelum masuk waktu solat. Islamic Center ini walaupun dikatakan kecil boleh memuatkan jemaah yang agak ramai. Bersebelahan dengannya terdapat sebuah ruang makan tidak bertutup yang boleh digunakan semasa majlis keramaian. Ketika kami duduk di kawasan luar, kami dapat merasakan ketenangan rumah Allah ini. Angin yang bertiup agak kencang ketika itu membawa haruman bunga putih yang ditanam di seluruh kawasan masjid.
Kolej Zaytuna merupakan sebuah kolej islam yang menawarkan beberapa kursus peringkat ijazah berkaitan Islam dan Bahasa Arab. Ketika berada di sana, aku hanya mempunyai alamat kolej yang aku dapatkan menerusi internet sebelum bertolak ke USA. Oleh itu agak sukar kami mencari kolej ini kerana kami tidak mempunyai GPS ketika itu. Sampai sahaja di alamat tersebut, kami tersilap ambil pintu hadapan ke arah salah sebuah bangunan University Berkeley.
Apabila salah seorang daripada pelajar ternampak kami tercari- cari sesuatu,dia menanyakan kami samada kami sedang mencari pintu masuk Kolej Zaytuna. Lantas dia menunjukkan arah pintu masuk ke kolej ini. Mungkin dia melihat kami ini bertudung lalu menganggap kami sedang mencari kolej tersebut. Rupa-rupanya mereka berkongsi sebelah bangunan yang besar dengan salah satu fakulti di University of California Berkeley.Namun apa yang perlu kita puji ialah usaha murni mewujudkan sebuah kolej Islam di kawsan ini.
Kedua dua tempat ini terletak di dalam kawasan ilmiah. Tempat yang sangat ideal untuk menyebarkan dakwah islamiah di kalangan ilmuan. Disamping memudahkan orang islam di kawasan ini menunaikan solat dan mendapatkan ilmu, ia memainkan peranan penting dalam memberi peluang memperkenalkan islam kepada masyarajat sekeliling. Wallahulam.

Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya bersama keluarga di USA? Klik di sini!
No comments:
Post a Comment