"Tadi Ati pi kat sekolah tu. Ada orang jual ABC kat bawah pokok. Ati teringin pula nak makan ais kepal. Lani mana ada orang jual ais kepal. Ati minta juga orang jual ABC tu buat ais kepal. Dia kata dia tak tau nak buat macamana. Ati ajarlah dia macamana. Bubuh sirap macam- macam satu persatu. Tak boleh campur- campur. Nak tergelak pun ya jugak tapi dia sanggup nak buat tak palah. Slurrp...slurrp Ati hirup ais tu. Sedap... tapi tak macam dululah." mak saudaraku yang sudah pun lewat enam puluhan pernah menceritakan kisahnya melepaskan rindu makan ais kepal satu ketika dulu.
Dalam keadaan cuaca panas begini biasanya orang akan teringin nak makan makanan yang sejuk. Kalau zaman sekarang orang terus teringatkan ais krim. Sekarang ni ais krim mempunayai pelbagai jenis dan rasa serta bentuk? Anakku yang bongsu kadangkala nak as krim yang bukan berkrim tapi yang jenis bersirap seperti traffic light, icy grape dan tropicana. Ais krim ni lebih menghilangkan dahaga.
Aku rasa tak ramai yang mengenali ais kepal kecuali orang yang seangkatan denganku. Dah nak masuk kategori veteran atau lebih manis lagi kategori pertengahan abad. Yang berumur dua puluhan atau tiga puluhan mungkin tak mengenali desert ni.
Ais kepal ialah desert yang paling murah bagi budak-budak sekolah di zaman era enam puluhan dulu. Harganya lebih kurang 5 sen ke sepuluh sen. Ia hanyalah ais yang dikisar sepertinak buat ABC kemudian di buat bentuk bulat seerti bola dengan tangan. Ais kepal ini di curahkan pelbagai larutan pemanis seperti sirap dan sarsi. Biasanya ia dijual selepas sekolah oleh seorang apek(penjual cina) di luar pagar sekolah.
Ais kepal ni pegang dengan apa? Mungkin ini akan ditanya oleh generasi terkini. Kalau ais krim murah macamana sekali pun di zaman ini ia mesti bertangkai samada kayu atau plastik. Ais kepal tak ada tangkai atau batang untuk dipegang. Bila apek tu berikan pada kita, kita tadah saja kedua-dua tangan kita. samada sudah basuh tangan atau tidak. Itulah risiko yang harus diambil oleh pembeli ais kepal! Oleh kerana ia sangat sejuk, ais ini akan sentiasa berganti tangan, sekejap tangan kiri, sekejap tangan kanan.
Bagaimana nak makan bola ais ni? Ais ini hampir sama dengan ais kacang yang kita beli zaman sekarang. Masalahnya bila dijadikan bentuk bola, ia menjadi agak keras! Mustahil bagi kita menjilatnya kerana ais ini tidak mudah hancur. Caranya ialah dengan menyedutnya perlahan-lahan. Untuk ais yang berharga 5 sen, Apek tersebut tak akan memberikan kta straw. Jadi kita terpaksalah guna tenaga yang ada di mulut kita. Kita akan merasai kesedapannya bila kita menyedutnya perlahan-lahan air campuran sirap yang sejuk itu.
Sampai bila kita nak sedut air sirap tu? Sampai habis air sirap tulah! Kadangkala aisnya hanya mengecil sedikit saja. Bila dah habis, air daripada ais kepal inilah yang digunakan untuk membasuh tangan agar tangan tidak melekit. Hmmm... Itulah yang keistimewaan ais kepal!
Ingin menulis artikel dan buat duit online? Klik disini

No comments:
Post a Comment