Menghadiri kenduri perkahwinan dua orang anak sahabat membawa satu suasana yang agak berlainan bagi kami kebanyakan yang telah mencapai lewat 40an. Kalau zaman dua puluhan dulu kami hanya menghadiri perkahwinan sesama sendiri, kini senarionya lain kerana kebanyakan dari kami sudah berstatus makcik dan ada juga yang sudah berstatus nenek.
Sahabat- sahabat kami ini yang menerima menantu semasa cuti sekoah Jun 2011 sebenarnya rakan seperjuangan di sekolah menengah dahulu. 5 tahun kami tinggal bersama menyebabkan kami agak rapat dan kenal hati budi masing- masing. Kedewasaan(maturity) menunjukkan perubahan positif dari segi rohani dan jasmani masing- masing termasuklah penulis sendiri. Alhamdulillah, kedewasaan ini juga membawa kepada perhubungan ukhuwwah yang lebih rapat diantara kami.
Dulu semasa berumur awal dua puluhan, kami jarang berkesempatan untuk bertemu beramai- ramai dek kerana tugas dan komitment keluarga. Maklumlah sebagai wanita, ketika itu masing- masing sibuk mengendong anak dan ada yang terpaksa berkejar- kejar dengan urusan anak yang masih kecil. Ketika itu teknologi komunikasi tidaklah berkembang pesat seperti sekarang. Hanya telefon rumah dan surat buat pengganti diri. Tiada telefon bimbit untuk menghantar sms atau komputer peribadi mahupun internet ketika itu.
Masa berlalu begitu cepat sekali. Dulu sibuk mengimbang masa antara urusan sekolah anak dan tugas. Kini ramai anak masing- masing sudah naik ke menara gading dan ada yang sudah bekerja. Tiba pula zaman terima menantu. Begitulah lumrah hidup. Kini sibuk pula dengan urusan kenduri kendara menerima menantu dan menimang cucu. Namun harus diingat seorang ibu adalah selama-lamanya walaupun telah menerima menantu atau tidak.
Bila sekali sekala berjumpa semasa kenduri baru baru ini, tampak perubahan di muka masing-masing, garis- garis halus yang menunjukkan usia kini dah hampir mejangkau separuh abad. Penat mengasuh anak dan urusan bekerja sedikit sebanyak memberi perubaan kepada fizikal masing- masing. Berumur lewat 40an memyebabkan stamina dah berkurangan meskipun ada yang tidak menyedari keadaan ini. Namun begitu kami 'excited' bertemu sesama sendiri. Oleh kerana kami jarang dapat berjumpa seramai ini kami mengambil keputusan untuk bergambar beramai-ramai dengan pengantin. Terkenang zaman persekolahan dahulu dimana kami agak suka mengambil gambar beramai ramai walaupun acara itu hanya membasuh sick bay (bilik sakit).
Kalau dulu masing masing sibuk berbicara tentang kerja kini dah tak sabar menunggu zaman pencen(walaupun tak semua). Menikmati suasana yang lebih tenang ,kurang ke arah duniawi lebih ke arah akhirat, tempat tearkhir perjalanan hidup. Meskipun akhirat sepatutnya awal- awal lagi menjadi fokus utama dalam kehidupan, penulis merasakan kita masih belum terlewat memperbaiki diri dan keluarga. Amal ibadat seharusnya dipertingkatkan. Sedekah jariah diperbanyakkan disamping memastikan anak-anak sentiasa terarah kepada kehidupan islamik agar mereka inilah saham terbaik akhirat bagi kita sebagai ibubapa.
Monday, June 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Takua Rendang Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kit...
-
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ...
-
Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah seje...
-
Masjidil Haram dan Menara Jam Bumi Haramain...Nama yang di berikan kepada Makkah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah. Saban tahun beg...
-
Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaa...
-
Baru baru ini dalam program Tanyalah Ustaz TV9, seorang pemanggil telefon telah menceritakan bagaimana seorang mualaf yang telah berpuluh-...
-
Raccooons- Pic Source: smashinglists.com Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi k...
-
"Kelas fardhu ain? Nak belajar apa lagi? Kan kita dah belajar dulu," kata seorang sahabat. Kami berjumpa di masjid selepas so...
-
"Tadi Ati pi kat sekolah tu. Ada orang jual ABC kat bawah pokok. Ati teringin pula nak makan ais kepal. Lani mana ada orang jual ais ke...
No comments:
Post a Comment