Wednesday, June 29, 2011

Travelog Pengembaraanku di Amerika Syarikat- Solat Jumaat Di New York

"Kenapalah nak hantar anak ke US? Kan kat situ ramai Yahudi. Nak solat pun susah!" begitulah apa yang diutarakan oleh adik beradikku yang belum pernah menjejakkan kaki ke sana. Namun berdasarkan pengalamanku empat tahun belajar di negara tersebut, aku merelakan pemergian anakku ke sana. Walaupun secara fitrahnya, seseorang ibu berasa berat hati untuk merelakan anaknya pergi, pendekatan agama yang aku salurkan sekian lama dan ilmu yang diperoleh daripada sekolah agama menyebabkan aku agak yakin melepaskan anakku pergi belajar di sana. "InsyaAllah," bisik hatiku, sewaktu membuat keputusan membenarkan anakku pergi.

4 tahun berlalu dan kini tiba masanya kami pergi ke konvokesyen anak yang telah habis belajar di Vanderbilt, Tenessee. Sebelum bertolak banyak persiapan yang perlu dibuat. Perancangan yang teliti agar tidak terlepas waktu solat selain daripada bekalan makanan halal agar tidak terputus bekalan semasa perjalanan perlu diambil kira. Kami pergi bertiga, aku, suamiku dan anak bongsuku. Lapangan terbang yang pertama yang kami jejaki di Amerika Syarikat  ialah New York. Penerbangan kami mengambil masa sebanyak 23 jam. 

" Ok. Selepas Central Park ni kita nak pergi solat Jumaat. Along, chek GPS kat mana masjid terdekat," kata suamiku kepada anak sulong ku. "Ok. Tak jauh. Lebih kurang 10 minit berjalan aje, kata Along.Anak sulong dan  anak keduaku mengikut kami selepas berjumpa di lapangan terbang New York. Di New York  kami hanya menggunakan tenaga empat kerat saja untuk berjalan- jalan. Maklumlah kami perlu menjimatkan wang kerana kadar pertukaran wang Amerika adalah 3 kali ganda wang Malaysia.  Selain itu lebih mudah untuk melihat kawasan persekitaran.



"Tu dia kita dah sampai.  Nampak bangunan yang ada restoran kat bawah tu. " kata anak keduaku, yang juga sedang belajar di US ketika itu. Rupa- rupanya masjid itu bangunan rumah kedai 4 tingkat yang mempunyai lif.  Ruang untuk kaum wanita terletak di tingkat 4.  Bergegas kami ke astas kerana khutbah Jumaat  telah bermula.Syukur, Alhamdulillah, kami sempat mengerjakan solat Jumaat bersama-sama sebahagian umat islam di sana. Ramai juga wanita muslim yang bekerja di sana kelihatan bersama-sama menunaikan solat Jumaat ini.

Ingin tahu kisah saya pengembaraan saya di Amerika Syarikat?
Klik disini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts