Cheng Ho di lahirkan di Yunan, China pada tahun 1371. Beliau sebenarnya berasal dari keturunan Sayyid Ajjal dari Bukhara. Bapa dan datuknya pernah menunaikan haji di Makkah. Oleh itu sememangnya Cheng Ho dilahirkan sebagai seorang Islam.
Nama asalnya ialah Ma San Bao. Dia di tangkap semasa pemberontakan oleh orang Monggol dan dijadikan sida(pekerja istana). Lama kelamaan dia dinaikkan pangkat menjadi penasihat Maharja Yung Lo. Sebagai balasan khidmat cemerlang, beliau dikurniakan nama Zheng He oleh maharaja tersebut.
Menariknya tentang Cheng Ho ini ialah mengenai pengembaraan yang dikatakan telah membantu penyebaran Islam di Asia Tenggara. Beliau telah mengetuai sebanyak 7 ekspedisi laut yang bertujuan mengukuhkan kedudukan Maharaja China dan untuk menekankan orang asing daripada menguasai Lautan Hindi.
Armada Cheng Ho bukannya sebuah angkatan yang kecil. Dikatakan dalam armada tersebut terdapat 300 buah kapal yang terdiri daripada 28 000 orang anak kapal. 6 buah kapal adalah sangat besar dan boleh memuatkan lebih daripada 500 penumpang setiap sebuah dengan kargonya sekali.
Terdapat peta pelayaran Cheng Ho yang menunjukkan Cheng Ho telah melawat Arab, Afrika Timur, India , Indonesia dan Siam. Bahkan ada yang mengatakan Cheng Ho pernah sampai ke Amerika. Dalam lawatan Cheng Ho, beliau telah memepersembahkan hadiah berbentuk emas, perak, tembikar dan sutera. Perlu ditekankan disini, pelayaran dan lawatan Armada Cheng Ho ini bukannya untuk menakluk satu -satu kawasan. Ia lebih kepada mewujudkan hubungan baik antara negara. Sebagai balasan, pemerintah kawasan yang di lawati telah menghadiahkan burung unta, zebra, zirafah dan gading untuk di bawa balik ke China. Pelik difikirkan bagaimana binatang besar sebegitu boleh survive dalam pelayarna laut bergelora dan jauh sedangkan kita sendiri mudah mabuk laut dan sakit jika kali pertama berada dalam pelayaran sebegitu jauh.
Namun, apabila Cheng Ho sampai di Melaka dikatakan sudah ada China muslim di situ. Cheng Ho dan angkatannya telah membantu membina komuniti muslim di sana. Maharaja Ming telah menghantar Puteri Hang Li po untuk di kahwinkan dengan Sultan Mansor Shah. Dikatakan beratus-ratus dayang telah mengikut rombongan puteri ini dan setelah mentap beberapa lama, mereka telah berkahwin dengan penduduk tyempatan dan melahirkan keturunan China Peranakan.
Itulah sedikt sebanyak pengetahuan yang dapat ku petik dariapada buku Laksamana Haji Muhammad Cheng Ho.
Namun yang menjadi persoalan dalam fikiranku ialah kurangnya kesan dakwah Islamiah Cheng Ho di tempat-tempat yang di singgahinya. Berdasarkan kepada buku ini, bukti yang menunjukkan Cheng Ho pernah samipai ke sini ialah dengan adanya patung di kelenting di tempat- tempat tersebut. Jika di semak dalam Kamus Dewan, kelenting ialah rumah berhala China. Yang menjadi persoalannya ialah kenapa buktinya terdapat di rumah berhala China dan bukannya di masjid. Sedangkan Islam dari awal lagi pun memang mengharamkan berhala. Kenapa orang-orang negara China tidak menggunakan perkataan Islam atau nama-nama Islam untuk memudahkan muslim yang lain mengenalinya Mungkin di zaman Maharani dowager (Dragon Lady), orang Islam dan agama lain di tindas. Tapi pelayaran Cheng Ho berlaku di zaman awal lagi.Mungkin penulis-penulis sejarah Islam boleh memberi sedkit penerangan kepada kemusykilan aku ini.
Thursday, October 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Takua Rendang Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kit...
-
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ...
-
Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah seje...
-
Masjidil Haram dan Menara Jam Bumi Haramain...Nama yang di berikan kepada Makkah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah. Saban tahun beg...
-
Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaa...
-
Baru baru ini dalam program Tanyalah Ustaz TV9, seorang pemanggil telefon telah menceritakan bagaimana seorang mualaf yang telah berpuluh-...
-
Raccooons- Pic Source: smashinglists.com Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi k...
-
"Kelas fardhu ain? Nak belajar apa lagi? Kan kita dah belajar dulu," kata seorang sahabat. Kami berjumpa di masjid selepas so...
-
"Tadi Ati pi kat sekolah tu. Ada orang jual ABC kat bawah pokok. Ati teringin pula nak makan ais kepal. Lani mana ada orang jual ais ke...
No comments:
Post a Comment