Dalam buku 'Muhammad Al Fateh' karya abd Latip Talib disebutkan dalam sebuah hadith Rasulullah yang bermaksud," Kota Kontantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."
Sultan Muhammad al Fateh ingin mengetahui akhlak rakyatnya. Sekiranya akhlak rakyatnya baik, barulah dia lebih yakin untuk menakluk kota Konstantinople. Hadith Nabi saw sentiasa dalam fikirannya.
Pada suatu hari baginda telah menyamar sebagai seorang yang pekak dan bisu. Baginda telah singgah di sebuah rumah orang kaya. Lalu baginda memberi isyarat tangan kepada tuan rumah agar di beri minuman. Tuan rumah itu berasa kasihan dan segera memberinya minuman. Melihat keadaaan baginda yang serba kekurangan, tuan rumah itu menawarkannya pekerjaan. Sultan Muhammad menolak dengan baik setelah minum minuman yang diberi.
Kemudian Sultan Muhammad meneruskan perjalanan dan singgah di sebuah rumah orang miskin. Walaupun mereka mempunyai makanan yang hanya cukup untuk makan tengahari sahaja, mereka menawarkan juga supaya dia makan. Mereka sentiasa ingat untuk memuliakan tetamu. Sultan Muhammad segera keluar daripada rumah tersebut kerana berasa kasihan dengan keadaan keluarga miskin itu.
Kali ketiga Sultan Muhammad tidak menyamar lagi sebagai seorang yang pekak dan bisu. Baginda singgah di sebuah rumah lalu menanyakan di mana letaknya masjid kerana ia hendak menumpang bermalam. Tanpa berlengah lengah lagi tuan rumah itu mengajaknya bermalam di rumahnya. Sebagai meraikan tetamunya, tuan rumah itu menyembelih pula seekor kambing peliharaannya. Setelah kambing itu dimasak, disuruh pula anaknya memberi sedikit lauk kambing itu kepada jirannya. Jirannya telah menolak dan menyuruh anak tersebut memberi kepada yang lebih memerlukan. Anak itu telah pergi ke seluruh kampung dan kesemuanya telah menolak dengan memberi alasan yang sama. Sultan Muhammad bersyukur dengan penduduk kampung itu yang walaupun kehidupan orang kampung itu sederhana sahaja mereka lebih mementingkan jiran di sekeliling mereka.
Ketiga tiga kejadian menunjukkan rakyatnya sudah bertaqwa dan mengikut kehidupan yang dianjurkan oleh Islam. Sultan Muhammad bersyukur kepada Allah salah satu daripada apa yang dikatakan oleh Rasulullah iaitu rakyat yang baik merupakan akhlak terpuji yang dimilki rakyatnya. Baginda bertambah yakin Konstantinople akan dapat ditakluknya tidak lama lagi.

image source:wikitravel.org |

No comments:
Post a Comment