Wednesday, April 24, 2013

Sultan Mohd Fateh- Penakluk Kota Konstantinople

image source:www.newbeehomeschooler.com Hagia Sophia- Gereja yang menjadi kemegahan masyarakat
Kristian Konstainople di tukar menjadi sebuah masjid oleh
 Sultan Mohd Al Fateh. Kini ia hanya sebuah muzium.
Sultan Mohd al Fateh merupakan  satu nama yang asing bagiku selama ini. Mulanya aku pernah terdengar dalam ceramah- ceramah yang di sampaikan ustaz tapi seringkali ku abaikan saja kerana aku memang tak tahu langsung berkenaan sultan ini. 

Hinggalah aku terserempak dengan Buku Dr Daniel Zainal Abidin berkenaan Bukti kebenaran Rasulullah. Dalam buku itu  di sebutkan tentang hadith Rasuullah yang membuktikan kebenaran Nabi Muhammad saw.

Nabi saw bersabda: "Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Isam. Pemerintah ketika itu sebaik baik pemerintah dan tenteranya sebaik- baik tentera."(Riwayat Ahmad)

Dalam buku 'Muhammad Al Fateh' karya abd Latip Talib disebutkan dalam sebuah hadith Rasulullah yang bermaksud," Kota Kontantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."

Sebelum Perang Khandaq, orang Islam telah menggali parit. Mereka terjumpa seketul batu besar. Nabi Muhammmad telah memukul batu besar tersebut . Pada pukulan pertama kelihatan percikan api dan batu itu pecah separuh. Pada pukulan kedua batu itu terpecah kesemuanya. Kemudian baginda bersabda yang bermaksud, " Pada pukulan pertama , aku melihat gedung dan istana Kisra di Hirah(Parsi). Pada pukulan kedua , aku melihat istana- istana merah di Romawi(Rom). Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka."
Hadith ini menjadi kenyataan selepas 800 tahun kewafatan Rasulullah. Daripada situ aku terus tercari- cari tentang siapa pempin hebat yang dimaksudkan Rasulullah. Pemimpin yang telah menukarkan nama Konstatinople kepada Istanbul yang bermaksud Islam keseluruhannya

Sultan Mohd Fateh menaiki takhta ketika diusia muda iaitu dalam usia 20 an Meskipun demikian, bapanya telah mendapat petunjuk sejak dia belum dilahirkan lagi bahawa anaknya inilah yang akan menakluk kota Konstantinople bila dia dewasa kelak. Oleh itu sejak kecil lagi dia diasuh dengan ilmu agama daripada seorang alim dan dia dilatih berperang. Dia fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Sebagai seorang raja, beliau bersifat tawadduk dan cintakan ulamak. 

Bagaimanakah dia memastikan rakyatnya baik dari segi akhlak dan ibadah seharian mereka sebelum  dia memulakan  penaklukan ke atas kota Konstantinople.?

Bersambung.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts