Tuesday, April 30, 2013

Tentera Al Fateh, Penakluk Konstatinople -Tentera Yang Baik Yang Bagaimana

image source: www.travelust.org
Masjid Hagia Sophia kini ditukarkan
menjadi museum.
Nabi saw bersabda: "Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Islam. Pemerintah ketika itu sebaik- baik pemerintah dan tenteranya sebaik- baik tentera."(Riwayat Ahmad)


Sultan Muhammad mengarahkan 250 000 tentera Turki menjalani latihan di Pulau Magnesia. Mereka adalah tentera pilihan terbaik daripada kalangan tentera Turki. Sultan Muhammad menetapkan syarat pemilihan hanya mereka yang taat kepada ajaran agama sahaja yang dipilih. 

" Sepanjang menjalani latihan, tentera kita hendaklah menjaga akhlak dan tingkah laku. Tidak dibenarkan sesiapapun mengganggu penduduk di pulau ini. Malah tanaman atau buah- buahan mereka juga jangan diambil melainkan dengan kebenaran tuannnya," pesan Sultan Muhammad al Fateh.

Sultan Muhammad berasa gembira kerana tenteranya menjalani latihan dengan penuh bersemangat. Apabila masuk waktu sembahyang, mereka sembahyang berjemaah. Sultan Muhammad menjadi imamnya. Semangat jihad meresap ke dalam jiwa mereka melalui ceramah agama yang diberikan. Dengan ini tentera Turki menjadi kuat jasmani dan rohaninya.

"Tentera kita bagai singa pada siang hari dan menjadi abid pada waktu malam," puji Khali Pasya, seorang panglima.

"Walaupun ramai yang berpuasa sunat pada siang hari tetapi mereka begitu kuat dan tangkas ketika menjalani latihan ketenteraan," kata Panglima Tharhan.

"Setiap malam saya meninjau ke dalam khemah dan lebih ramai yang berjaga malam darioada tidur," puji Sheikh Syamsuddin al Wali.

Begitulah sikap dan ibadah tentera Al Fateh semasa bersiap siaga untuk menakluk kota Konstatinople. Dengan adanya tentera sedemikian, Allah telah membantu Muhammmad Al Fateh untuk menakluk Kota Konstatinople seperti yang disebutkan oleh Rasulullah.

Sumber: Muhammad Al Fateh- Penakluk Konstatinopel- Abd Latip Talib

Thursday, April 25, 2013

Kota Konstantinople- Ditakluk Apabila Rakyat Al Fatih Berakhlak Mulia

Dalam buku 'Muhammad Al Fateh' karya abd Latip Talib disebutkan dalam sebuah hadith Rasulullah yang bermaksud," Kota Kontantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."

Sultan Muhammad al Fateh ingin mengetahui akhlak rakyatnya. Sekiranya akhlak rakyatnya baik, barulah dia lebih yakin untuk menakluk kota Konstantinople. Hadith Nabi saw sentiasa dalam fikirannya.
image source:wikitravel.org 

 Pada suatu hari  baginda telah menyamar sebagai seorang yang pekak dan bisu. Baginda telah singgah di sebuah rumah orang kaya. Lalu baginda memberi isyarat tangan kepada tuan rumah agar di beri minuman. Tuan rumah itu berasa kasihan dan segera memberinya minuman. Melihat keadaaan baginda yang serba kekurangan, tuan rumah itu menawarkannya pekerjaan. Sultan Muhammad menolak dengan baik setelah minum minuman yang diberi.

Kemudian Sultan Muhammad meneruskan perjalanan dan singgah di sebuah rumah orang miskin. Walaupun mereka mempunyai  makanan yang hanya cukup untuk makan tengahari sahaja, mereka menawarkan juga supaya dia makan. Mereka sentiasa ingat untuk memuliakan tetamu.  Sultan Muhammad segera keluar daripada rumah tersebut kerana berasa kasihan dengan keadaan keluarga miskin itu.

Kali ketiga Sultan Muhammad tidak menyamar lagi sebagai seorang yang pekak dan bisu. Baginda singgah di sebuah rumah lalu menanyakan di mana letaknya masjid kerana ia hendak menumpang bermalam. Tanpa berlengah lengah lagi tuan rumah itu mengajaknya bermalam di rumahnya. Sebagai meraikan tetamunya, tuan rumah itu menyembelih pula  seekor kambing peliharaannya. Setelah kambing itu  dimasak, disuruh pula anaknya memberi sedikit lauk kambing itu kepada jirannya. Jirannya telah menolak dan menyuruh anak tersebut memberi kepada yang lebih memerlukan. Anak itu telah pergi ke seluruh kampung dan kesemuanya telah menolak dengan  memberi alasan yang sama. Sultan Muhammad bersyukur dengan penduduk kampung itu yang walaupun kehidupan orang kampung itu sederhana sahaja mereka lebih mementingkan jiran di sekeliling mereka.

Ketiga tiga kejadian menunjukkan rakyatnya sudah bertaqwa dan mengikut  kehidupan yang dianjurkan oleh Islam. Sultan Muhammad bersyukur kepada Allah salah satu daripada apa yang dikatakan oleh Rasulullah iaitu rakyat yang baik merupakan akhlak terpuji yang dimilki rakyatnya. Baginda bertambah yakin Konstantinople akan dapat ditakluknya tidak lama lagi.

Wednesday, April 24, 2013

Sultan Mohd Fateh- Penakluk Kota Konstantinople

image source:www.newbeehomeschooler.com Hagia Sophia- Gereja yang menjadi kemegahan masyarakat
Kristian Konstainople di tukar menjadi sebuah masjid oleh
 Sultan Mohd Al Fateh. Kini ia hanya sebuah muzium.
Sultan Mohd al Fateh merupakan  satu nama yang asing bagiku selama ini. Mulanya aku pernah terdengar dalam ceramah- ceramah yang di sampaikan ustaz tapi seringkali ku abaikan saja kerana aku memang tak tahu langsung berkenaan sultan ini. 

Hinggalah aku terserempak dengan Buku Dr Daniel Zainal Abidin berkenaan Bukti kebenaran Rasulullah. Dalam buku itu  di sebutkan tentang hadith Rasuullah yang membuktikan kebenaran Nabi Muhammad saw.

Nabi saw bersabda: "Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Isam. Pemerintah ketika itu sebaik baik pemerintah dan tenteranya sebaik- baik tentera."(Riwayat Ahmad)

Dalam buku 'Muhammad Al Fateh' karya abd Latip Talib disebutkan dalam sebuah hadith Rasulullah yang bermaksud," Kota Kontantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."

Sebelum Perang Khandaq, orang Islam telah menggali parit. Mereka terjumpa seketul batu besar. Nabi Muhammmad telah memukul batu besar tersebut . Pada pukulan pertama kelihatan percikan api dan batu itu pecah separuh. Pada pukulan kedua batu itu terpecah kesemuanya. Kemudian baginda bersabda yang bermaksud, " Pada pukulan pertama , aku melihat gedung dan istana Kisra di Hirah(Parsi). Pada pukulan kedua , aku melihat istana- istana merah di Romawi(Rom). Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka."
Hadith ini menjadi kenyataan selepas 800 tahun kewafatan Rasulullah. Daripada situ aku terus tercari- cari tentang siapa pempin hebat yang dimaksudkan Rasulullah. Pemimpin yang telah menukarkan nama Konstatinople kepada Istanbul yang bermaksud Islam keseluruhannya

Sultan Mohd Fateh menaiki takhta ketika diusia muda iaitu dalam usia 20 an Meskipun demikian, bapanya telah mendapat petunjuk sejak dia belum dilahirkan lagi bahawa anaknya inilah yang akan menakluk kota Konstantinople bila dia dewasa kelak. Oleh itu sejak kecil lagi dia diasuh dengan ilmu agama daripada seorang alim dan dia dilatih berperang. Dia fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Sebagai seorang raja, beliau bersifat tawadduk dan cintakan ulamak. 

Bagaimanakah dia memastikan rakyatnya baik dari segi akhlak dan ibadah seharian mereka sebelum  dia memulakan  penaklukan ke atas kota Konstantinople.?

Bersambung.

Thursday, April 11, 2013

Jemaah Dalam Haiwan- Ambil Iktibar


Burung migrasi tidak pernah bermusafir jauh bersendirian. Mereka akan bermigrasi secara berjemaah dan terbang dalam formasi V.

Saintis mendapati formasi itu menjadikan penerbangan lebih berkesan kerana ia mengurangkan rintangan angin dan menambahkan daya apungan mereka. 

Konsep ini dinamakan aerodinamik. 

Hasilnya, burung- burung tersebut boleh terbang sejauh 71 peratus lebih jauh berbanding terbang secara solo.

Pengajaran- apabila kita menuju kepada suatu matlamat itu secara berjemaah, segala yang sukar akan menjadi mudah.

Solusi Isu 54

Tuesday, April 9, 2013

Makan Secara Berjemaah- Berkat dan Kenyang

Wahsyi bin Harb menceritakan bahawa pada suatu hari, para sahabat mengadu kepada Nabi : "wahai Rasulullah, sesungguhnya kami makan tetapi tidak kenyang- kenyang."
Lalu Baginda menjawab, maksudnya: "Boleh jadi kamu makan secara tidak berjemaah?"
"Ya, benar!"
Nabi bersabda:" Kamu hendaklah makan bersama dan sebutlah nama Allah, maka makanan kamu akan diberkati." (Riwayat Abu Daud)

Jadi, antara tanda makanan itu diberkati adalah kita rasa mencukupi walaupun sedikit. 

Sumber Pahrol Mohd Juoi solusi isu 54

Monday, April 8, 2013

Syukurnya Dapat Bersolat 'Open Air'

Bersolat semasa pengembaraan biasanya mudah jika kita mengembara di negara sendiri atau di negara Islam kerana  biasanya surau dan masjid banyak didapati di sana. Namun jika kita mengembara di luar negara yang bukan Islam, kita hendaklah bersedia untuk solat di mana- mana sahaja sekiranya masjid atau Islamic Center tak sempat kita kunjungi atas alasan tertentu. 

Walaupun Islamic center semakin banyak di Amerika Syarikat, ada kalanya terdapat tempat- tempat yang dikunjungi tidak terdapat masjid atau ruang khas untuk solat. Keadaan ini ketara di tempat tempat peranginan terutama sekali kawasan pergunungan atau kawasan gurun. Almaklum tidak ramai pengusaha restoran makanan halal di tempat sebegini. Biasanya resoran halal di luar negara  menyediakan surau untuk pengusaha dan pekerjanya supaya mudah mereka menunaikan solat.

Namun semasa pengembaraan ke Amerika Syarikat pada tahun 2012, kami mengambil peluang ini untuk bersolat di tempat yang 'open air' sekali sekala. Salah satu tempat yang kami solat ialah di Sequioa Park, California. Sequoia Park ialah tempat dimana banyak pokok gergasi Sequoia yang tumbuh di kawasan pergunungan. Malah pokok yang terbesar di dunia yang digelar General Sherman juga terdapat di sini. 

Ketika kami sampai di sini, keadaan persekitaran masih bersalji. Kami memilih untuk bersolat di kawasan tempat letak kereta yang kurang salji dan tidak terdapat salji cair yang mengalir di situ supaya mudah kami meletakkan sejadah.  Air paip walaupun sangat sejuk namun ia tidak beku. Terketar- ketar juga kami mengambil wudhu di bilik air yang terdapat di sini. 

Aku sendiri yang mempunyai masalah untuk duduk tasyahud dan tahiyat (akibat  masalah tulang belakang) telah menggunakan bahagian belakang kereta untuk duduk semasa solat. Alhamdulillah,  tak sampai pun 20 minit pun kami gunakan untuk menunaikan solat jamak zuhur asar. Anak bongsuku begitu seronok solat dikelilingi salji. 

Udara dingin yang dikelilngi salji ciptaan Allah ini tiada bandingannya dengan udara sejuk yang keluar daripada pendingin hawa. Suasana hening dikelilingi pokok- pokok gergasi ini tiada bandingannya dengan suasana hening di dalam bangunan ciptaan manusia. Sesungguhnya alam semulajadi ciptaan Allah mempunyai kesan yang istimewa terhadap ketenangan jiwa dalam menghadap menyembah  Illahi.

"Sesungguhnya solat itu fardhu atas orang mukmin dengan kefardhuan yang berwaktu."Surah al Nisa':103

Alhamdulillah,  Syukur dan lega rasanya kerana kami sempat bersolat jamak zuhur asar. Motel seterus yang  hendak  kami tuju dianggarkan sampai hanya selepas hari gelap iaitu pada waktu isyak.

Friday, April 5, 2013

Jantung mempunyai Sel untuk Berfikir?

Image source-couleeregionbootcamps.com

Sejak 30 tahun lalu , para pengkaji membuat penelitian tentang kaitan antara jantung dan otak. 
Mereka mendapati jantung berperanan dalam memahami perubahan persekitaran dan mampu memberi kesan  bagi setiap aktiviti pada otak.
Sebab itulah ia di gelar oleh pakar saraf dan jantung sebagai otak kelima (otak pertama hingga keempat terletak di otak).

Kajian mereka mendapati 60- 65 peratus komposisi jantung ialah sel- sel saraf seperti otak, bukannya otot - otot.

Prof  Gary Swatchz dan Prof Linda Russek, pakar psikiatri di University Arizona merumuskan bahawa jantung mempunyai satu kuasa isitmewa yang boleh menyimpan dan memproses sesuatu maklumat. Maka daya ingatan bukan sahaja disimpan oleh otak tetapi turut disimpan oleh jantung. Satu kajian ke atas 300 pesakit yang telah menjalani pemindahan jantung menunjukkan hasil yang agak mengejutkan kerana didapati semua pesakit mengalami perubahan emosi dan psikologi selepas menerima jantung baru.


Al Quran telah menyebut mengenai jantung sebanyak 110 kali. Bahkan ia menjelaskan mengenai kemampuan hati untuk berfikir seperti firman Nya yang bermaksud:" Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati(jantung) yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati di dalam dada.

Sabda Rasulullah s.a.w., mafhumnya: " Di dalam badan terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. Ia adalah hati(jantung).- ( Muttafaq'alaih)

Sumber- Dr Farhan Hadi Mohd Taib- Solusi isu 40

Wednesday, April 3, 2013

Tawaran Hebat 1 April 2013 Hingga 31 Mei 2013

Untuk memesan
1. Klik di sini untuk pembayaran secara pay pal atau bank in transfer
2. Jumlah yang perlu di bayar ialah harga jualan tolak dengan harga diskaun.
Contohnya, RM18.00 - RM4.00= RM 14.00

Popular Posts