Pepatah Melayu ada menyebut :" Malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut."
Dalam usaha menuntut ilmu samada ilmu duniawi mahupun ukhrawi, perasaan malu harus dikikis habis- habisan. Ini kerana ilmu yang difahami itu nanti boleh dimanafaatkan dan disebarkan.
Sifat wanita ansar sepatutnya ada dalam diri seseorang yang menuntut ilmu. Sayidatina Aisyah r,ha. pernah memuji:
"Sebaik- baik wanita ialah wanita Ansar. Mereka tdak malu menghalangi diri mereka untuk tafaqquh( mendalami pemahaman) dalam agama."
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah)
Sumber: Hj Zainuddin Ali- Solusi Isu 45
No comments:
Post a Comment