Monday, August 25, 2014

Kotak Kertas Kecil Buat Membantu Ummah


Aku teringat dulu setiap kali Ramadhan  anakku akan membawa balik sebuah kotak kertas kecil dari sekolahnya. Di kotak itu tertera tulisan  Tabung Semarak Ramadhan. Kali pertama bila aku melihatnya  aku bertanya kepada anakku,"Kotak macam origami ni buat apa?" "Ni cikgu suruh ahli keluarga derma kat Palestin," terang anakku." Hmm..Kenapa perlu tabung?  Bukan selalunya bagi duit terus saja kat borang ke?" tanyaku. " Tak tahu." jawab anakku. 

Lama kelamaan barulah aku faham yang kotak kecil itu sebenarnya tabung bertujuan melatih ahli keluarga supaya sentiasa bersedekah walaupun dalam jumlahnya kecil.  Mungkin  ada kalanya kita boleh sedekah seringgit saja pada hari-hari tertentu, maka sebanyak  itulah yang kita sedekah. Hari lain mungkin 2 ringgit atau lebih lagi. Namun sekiranya smua ahli keluarga bersedekah sedikit seorang, maka jumahnya akan menjadi banyak . Kebanyakan daripada kita tidak rasa keberatan bersedekah dengan jumlah wang yang sedikit, bukan? 

Oleh itu tabung itu sebenarnya berperanan dalam menggalakkan semua ahli eluarga supaya istiqamah dalam bersedekah. Ingat setiap kali kita bersedekah setiap kali jugalah kita mendapat pahala. Tambahan lagi pahala berganda apabila bersedekah dibulan Ramdhan. 

Sekiranya kita memasukkan wang seringgit ke dalam tabung itu, dalam 30 hari kita sudah bersedekah 30 kali dan jumlahnya sudah mencapai RM30. Itu hanya jumlah bagi seorang ahli keluarga. Cuba bayangkan sekiranya kita mempunyai 4 ahli dalam satu keluarga. Paling minima jumlah yang terdapat dalam tabung itu di akhir Ramadhan ialah RM 120. Sekiranya dalam satu kelas terdapat 30 orang sudah tentu jumlahnya sangat banyak. Semuanya ini untuk membantu golongan yang susah dan terancam  di Palestin. Mudah bukan? 

Kini sudah beberapa tahun anakku tidak bersekolah di situ. Tabung itu tdak lagi kelihatan di rumah setiap kali Ramadhan.  Palestin masih lagi dibedil oleh puak Zionist.  Mungkin kini tibalah masa kita mengadakan tabung itu sendiri di rumah tanpa mengira bulan apa pun, bulan Ramadhan, Zulhijjah mahupun Rejab. Dalam kata lain, biarlah sepanjang tahun, InsyAllah. Usahlah menunggu untuk bersedekah di tabung masjid, mungkin  cara yang lebih baik ialah memulakan tabung sedekah di rumah sendiri.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts