Memikirkan kami yang susah mendapat diet sayuran semasa perjalanan, aku menyarankan agar anakku yang ditugaskan untuk memandu kereta ketika itu supaya berhenti di tempat yang ada menjual buah- buahan. Ditaqdirkan Allah, tak lama selepas itu kami telah melalui sebuah ladang epal yang besar dan di kawasan ini jugaklah terdapat sebuah kedai yang agak besar menjual buah buahan segar.
" Mak, ada kedai jual buah kat depan. Nak singgah tak ?" tanya anakku yang sedang memandu. Aku yang ketika itu sedang lena di buai mimpi, tersentak bila terdengar soalan anakku.
"Dah terlepas, macamana nak pusing balik tak?" tanya anakku lagi apabila tidak mendapat respon dariku.
"Haah, ya, pusing balik. Jom kita pi kedai tu. Mak dah tak sabar nak makan fresh fruits sini, kataku dengan segera. Anakku terus membelokkan kereta ke kanan untuk berpatah
balik.
Sebaik saja kereta kami berhenti di hadapan kedai tersebut, berebut- rebutlah kami keluar dari kereta. Apabila mengembara dengan kereta biasanya kita tak sabar- sabar untuk keluar dari kereta supaya dapat melonggarkan otot- otot yang tegang akibat duduk begitu lama. Oleh itu setiap kali berhenti, kami berasa lega kerana dapat luruskan badan dan kaki serta berjalan- jalan.
Kedai Buah-buahan Friske Orchards ini agak besar. Di sebelah kiri terdapat bahagian buah- buahan segar, di bahagian tengah ialah untuk produk yang lebih tahan lama seperti jam dan sos buah- buahan manakala di sebelah kanan ialah peralatan memasak dan barang perhiasan rumah dihiasi corak buah- buahan dan sayuran.
Kami pergi ke bahagian buah- buahan segar terlebih dahulu kerana tujuan kami ke kedai tersebut ialah membeli buah- buahan segar. Sedang kami memilih buah epal dengan tidak disangka sangka kami bertemu dengan seseorang yang sangat istimewa.
Siapakah orang tersebut?
Al Mulk : 15
Dia yang menjadikan bumi untukmu dengan mudah kamu jalani, maka berjalanlah kamu pada beberapa pepenjurunya dan makanlah rezeki Allah dan kepadaNya (kamu) berbangkit..
Ikuti kisah seterusnya.
Ingin mengikuti kisah pengembaraan kami di Amerika Syarikat? Klik di sini.
No comments:
Post a Comment